Kemarin(semalam) aku ke Langkawi untuk memulakan tugasan di tempat baru...hmm...sempat lihat2 bilik aku di pejabat sana tu...selesa...staff aku 10 orang...semuanya nampak baik jer...insya allah.Rumah aku pula,alhamdulillah,besar...4(empat) bilik semuanya,demi untuk berlaku adil,aku akan gilirkan keempat2 bilik tersebut pada setiap malam pabila waktu beradu menjelang.Heheheh. Kenderaan juga ada,sebuah pajero...khabarnya aku juga akan dapat sebuah laptop...alhamdulillah.Selepas,upacara serahan tugas berlangsung,aku pulang semula ke Alor Star kerana ada state function yg dihadiri oleh KDYMM Tuanku Sultan.Waktu berbuka sudah menjelang,maka aku singgah di sebuah kedai di tepi jalan untuk berbuka....menunya sederhana jer...

asam pedas batang keladi(asam pedas versi Kedah bukan macam asam pedas Melaka tu)...

kerabu jantung pisang dan tauge

ikan temenung borek bakar dan sambai belacan

dan yg pasti tidak ketinggalan bg aku ialah ulam-ulaman...ada terung rapuh,pucuk janggus dan kacang sireh.Aku memang minat segala macam ulaman ni...aku makan ngan nasi putih yg gambarnya tak tertera di sini kerana takdan nak ambil disebabkan azan maghrib dah mula berkumandang!