Showing posts with label CHALET. Show all posts
Showing posts with label CHALET. Show all posts

Tuesday, March 3, 2009

CHALET TERAPUNG PELADANG SG. PETANI

Sewaktu pulang bercuti baru-baru ni,aku berkesempatan ke Chalet Terapung Peladang yang terletak di Kg. Pengkalan Bukit Kecil,Mukim Simpor,Sg.Petani,Kedah Darul Aman...Tidak berapa jauh sangat dengan bandar Sg. Petani.Kalau dari Giant tu,kita harus ikut jalan ke Sg.Pasir,kemudian ikut jalan ke Batu Lintang hingga sampai ke simpang kanan ke Kg.Bukit Kecil.
bila dah sampai ke signboard ni,terus maju ke depan sehingga nampak signboard berikutnya...hehehe.kalau kita dah nampak signboard ni,alamatnya dah hampir sangat nak sampai...tapi kena ke depan sikit lagi...tiang signboard tu tinggal satu jer...mungkin telah dikebas oleh pengumpul besi buruk... belok ke kiri ikut arah anak panah...pasti tak sesat...kita akan melalui teduhan hutan bakau di kiri kanan jalan bertar ni...
terus memandu sehingga kita sampai ke pelantar tambatan... tempat parking kereta tepi sungai... Sg.Merbok yang luas itu...berlatarbelakangkan Gunung Jerai... chalet-chalet terapung yang boleh disewa untuk bermalam sambil memancing atau memukat...hasil tangkapan boleh dimasak dalam chalet tu...jangan lupa bawa beras dan rempah ratus yang wajar secukupnya...kat sungai ni banyak terdapat ikan ketang, gelama, kerapu, jenahak,siakap,semilang,duri dan udang serta ketam sungai...kita akan dibawa ke chalet yang terletak di tengah Sg.Merbok ni dengan bot dari pelantar tambatan..kalau tak nak menginap di chalet,kita boleh juga berehat-rehat sambil mengambil angin di tepi sungai tu...antara perkhidmatan yang diiklankan...chalet ni diusahakan oleh persatuan peladang yang dianggotai oleh orang-orang kampung setempat...semasa berbual-bual dengan pengunjung, aku dapati ramai juga orang luar yang datang ke sini...ada yang datang sejauh dari Selangor dan Kuala Lumpur...