Showing posts with label EGYPT. Show all posts
Showing posts with label EGYPT. Show all posts

Sunday, December 7, 2008

HARI PERTAMA DI MESIR

Selepas menikmati futur(sarapan)di rumah Ustaz Zakaria di tingkat 1,kami dibawa ke tingkat 11 yang menjadi rumah penginapan kami sepanjang berada di Mesir.Sangat selesa...rasanya seperti berada di rumah sendiri.
ruang istirehat...ruang makan...
ruang tetamu...ruang dapur... bilik tidur...selimut tebal...musim sejuk... sebahagian pemandangan yang sempat aku rakamkan dari atas apartment kami...kelihatan kota Kaherah padat...menjadi penghuni lebih kurang 20juta jiwa.
Setelah puas berehat,kami dibawa oleh Ustaz Zakaria jalan-jalan sekitar kota Kaherah.Pada sebelah petang itu pula,kami berkesempatan menziarahi apartment anak Dato' Yang di Pertua(YDP) Majlis Agama Islam Kedah(MAIK)yang terletak tidah jauh dari masjid Sayyida Zainab. di rumah anak Dato' YDP MAIK...kelihatan Ustaz Zakaria sedang menuang teh 'o' untuk membasahi tekak dan memanaskan badan kami...
dan sedikit roti kering yang sangat enak dicicah dengan air teh 'o'...
anak perempuan Dato' YDP MAIK adalah penuntut fakulti perubatan di Cairo University,so tak hairanlah kalau di rumahnya terdapat pelbagai tulang temulang manusia di sana- sini...menurut beliau tulang2 tu dibeli dengan harga 200 pounds mesir(200 genih)...1 pound/genih=65sen Malaysia.alamak...roti dan tulang manusia tu sama keras dan sama warna jer...jangan-jangan aku dah tersalah ambil dan cicah tulang tu dalam air teh 'o'...eeeeeee!!!!!
Selepas di apartment anak perempuan Dato'YDP MAIK,kami berkunjung pula ke rumah anak Ustaz Hassan Basri yang sedang belajar dan mengajar di sana...
al-akh Zaidi...anak Ustaz Hassan Basri...juga merupakan rakan lama saudara Ishan-Qureshi,salah seorang rakan blogger aku.Ustaz Hassan Basri bersama cucunya,anak Zaidi yang lahir di Kaherah... Kami juga telah menikmati makan malam di rumah Zaidi.Menu yang disediakan amat menyelerakan.Masih teringat-ingat keenakannya sampai ke saat ini...
itik nila(itik serati)kukus...untuk makluman,ini bukan masakan orang Arab tetapi masakan Melayu Pattani...disediakan oleh kawan-kawan Zaidi yang kebanyakannya dari Pattani,Thailand...
sup daging itik nila(itik serati)...sup ini dikenali sebagai sup loreh...tu dia...kami pulun itik tu sampai tinggal tulang...kalau tulang tu leh telan,nescaya gambar ni pasti tak dapat disiarkan di sini...
kenyangnya...sedapnya...nak lagiiiii...bersambung ceita dalam N3 mendatang...


ilalliqak...

Saturday, December 6, 2008

LAWATAN KE MESIR

Pada 24 Nov sampai 1 Dis yang lalu aku berkesempatan melawat ke bumi anbiya,Mesir(Egypt).Dari KLIA dengan menaiki pesawat Egyptair ke Cairo(Kaherah) mengambil masa lebih kurang 12jam termasuk 2jam transit di Mumbai.Harga tiket pergi dan balik adalah sebanyak RM3250.Dalam N3 kali ni aku akan menceritakan pengalaman di sana... kalau sudi jom kongsi pengalaman berada di Mesir...nasi yang disajikan dalam pesawat...dua kali makan,nasi dan mee goreng...serta makanan ringan dan minuman...kami bertolak jam 10.30pm waktu Malaysia dan sampai jam 11.00am waktu Malaysia bersamaan jam 5.00am waktu Egypt.
imigresen Mesir ni kalau korang kasi duit pelicin(baksis)kat depa,cepat lah segala urusan diselesaikan, kalau tak, depa akan sengaja lambat2 kan...dia0rang ada minta duit kat aku, tapi aku buat dak jer...gaji mereka difahamkan terlalu rendah...Sistem di Malaysia ni 100kali lebih cekap dan bersih dari sebarang duit2 pelicin ni...somemore kita hanya perlu scan jer passport tu,tak payah cop bagai...baguihnya Malaysia...walaupun ada orang yg selalu mengutuk dan tak puas hati itu dan ini, serta tak pernah bersyukur dengan apa yg ada di negara kita sendiri... Setelah selesai urusan di airport,kami dibawa terus ke Asrama Pelajar Kedah/Kedah Students' Hostel.Sesampai jer di situ kami terus dibawa ke rumah warden iaitu Ustaz Zakaria bin Othman(beliau sekarang berada di Mekah...semoga mendapat haji mabrur).Kami dijamu nasi lemak dan sejenis roti Arab oleh isteri beliau, Ustazah Salmah yg juga senior aku semasa di sekolah rendah kat Sg Petani dulu...
kibdah...roti yang berintikan hati lembu goreng... kemudian sebagai pencuci mulut kami makan delima(rumman),limau dan kurma muda(balah)...inilah pemandangan asrama pelajar Kedah atau dikenali dengan panggilan'rumah kedah baru' di Hayyu Sabik'(seksyen tujuh)yang merupakan tempat penginapan kami sepanjang berada di bumi Mesir...asrama ini telah dibina semasa pemerintahan MB yang dulu lagi tapi ketentuan Ilahi mentakdirkan MB baru yang merasmikannya setelah berlaku pertukaran pucuk pimpinan negeri Kedah selepas pilihanraya yg ke 12 lalu... terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Zakaria dan semua adik-adik pelajar yg menghuni asrama ni di atas budi baik anda melayan dan menjaga kebajikan kami selama berada di sana...moga Allah jualah yg dapat membalas budi baik kalian...amin. Jumpa dalam N3 berikutnya,insya Allah...


Ilalliqak...