Showing posts with label JALAN-JALAN SEKITAR PULAU. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN SEKITAR PULAU. Show all posts

Wednesday, November 12, 2008

PROGRAM SAYANG AL-QURAN(PART II)

Sebaik saja sampai ke Pulau Dayang Bunting,van kami terus ke Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior.Ustaz Helmi mahu memantau bengkel pemantapan fardhu ain yang dikendalikan oleh para pelajar UIA di situ.Beliau adalah salah seorang guru kat sekolah ni.
bangunan sekolah yang tersergam indah walaupun hanya terdapat 65 orang pelajar sahaja di sini...untuk kegunaan pada masa hadapan....berdasarkan pemerhatian aku sewaktu melawat Indonesia,bangunan macam ni kalau di sana tu kira taraf universiti la jawabnya...bertuah sungguh rakyat Malaysia ni!!!bangunan asrama desa... penginapan di asrama desa ini dan segala kelengkapannya disediakan sepenuhnya secara percuma oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran demi anak-anak bangsa kita...bersyukurlah kepada Allah! Jangan kufur nikmat...
Selepas melawat-lawat persekitaran Pulau Dayang Bunting,kami berpatah balik ke pulau Tuba untuk melawat aktiviti pelajar di Sekolah Menengah Langkawi,Pulau Tuba pula...
aku terlupa nak ambil gambar aktiviti pelajar kerana sibuk berborak dengan Ustaz Helmi...
Selesai melawat para pelajar,aku pun dihantar ke jeti untuk pulang ke Kuah.Aku sengaja memilih jeti yg lain dari yg mula aku sampai ke sini untuk menambah pengalaman...Jeti yg aku sampai pagi tadi terletak di Kg. Selat Lubok Chempedak manakala jeti yg aku akan bertolak balik ini terletak di Kg. Tuba...Jeti di Kg Tuba ni lebih baik kemudahannya... semasa dalam perjalanan ke jeti untuk pulang ke Kuah,kami sempat singgah di Pekan Tuba.Hanya pekan kecik ala-ala pekan koboi jer...kelihatan dalam gambar van yg kami naiki... sempat pose-pose berketayap lagi nihh...berlatar belakangkan pantai yang airnya dah surut...
dah sampai di jeti...sementara menunggu bot bertolak aku sempat mengambil gambar-gambar di sekeliling jeti ni...silalah layan...motor-motor diletakkan oleh pemiliknya yg mahu berurusan di Kuah...Ustaz Helmi dan isterinya...Ustaz Helmi ni akan balik berjumpa dengan isterinya setiap hari Khamis di UUM dan akan datang semula pada petang Sabtu...pada kali ni isterinya pula datang ke Pulau Tuba ni berjumpa dengan dia... rindu la tu...hehehebot yang akan membawa aku ke Kuah...terpaksa menunggu 30 minit untuk penuhkan penumpang sebelum bergerak...
kelihatan bandar Kuah di kejauhan sana berlatar belakangkan Gunung Raya,puncak tertinggi di Langkawi...
selamat tinggal Tuba...aku akan datang lagi,insya Allah...