Showing posts with label NASI KANDAR BERATUR TEPI MASJID KAPITAN KELING. Show all posts
Showing posts with label NASI KANDAR BERATUR TEPI MASJID KAPITAN KELING. Show all posts

Thursday, September 11, 2008

NASI KANDAR BERATUR

Dalam bulan puasa ni,dua kali aku ke Penang. 1st ialah masa pergi makan biryani kambing kat Restoran Kapitan tu dan 2nd pula pergi makan nasi kandar di Kedai Nasi Kandar Beratur,di sebelah Masjid Kapitan Keling,Penang.Masjid Kapitan Keling dan Restoran Kapitan tu tak der kena mengena yer...Aku ni gigih sampai ke Penang bukannya apa,cuma diundang oleh seorang kawan yang baru datang berhijrah untuk bekerja di salah sebuah syarikat antarabangsa di Bayan Lepas nun...dia berasal dari Seri Kembangan,Selangor...Riza namanya.sebelum kami pi makan nasi kandar tu,kami buka puasa dulu di masjid tidak jauh dari apartment Riza tu...mat-mat Bangla pun ramai juga join buka posa sini,maklumlah,nak jimat...duit tu nak buat ketul hantar balik Bangladesh. menu buka posa kami...makaroni goreng ya...sedap...ada ayam lagi.dan ini...orang Kedah panggil kanji,orang Kuala Lumpur panggil bubur lambok,orang Selatan India panggil Sakannji...teh susu,buih tu sebab aku tarik sendiri masa tuang dari cerek...oren ais aku tak nak...
Selepas buka posa,solat maghrib...pastu dok bual2 sampai masuk isyak dan tarawih...kami pergi ke Kedai Nasi Kandar Beratur tu lambat sikit kerana khabarnya pukul 10.00pm baru buka...kedai ni dekat sangat ngan pintu masuk Masjid Kapitan Keling...zoomkan untuk baca apa yg ditulis kat banner tu...ada tulisan melayu dan tamil...tu dia...kena beratoq no!!!patut la nama Nasi Kandar Beratur...alamak...korang perhatikan la...belemoih dengan kuah-kuah yg tumpah sana sini...biasalah,mamak punya cara...kalau geli,jangan makan nasi kandar...
hmm...lauk baru masak dah sampai...periuk tu kalau kat tempat aku dipanggil periuk cekek nama dia...hehehe.
nasi aku...lauk kurma kambing,ayam goreng dan sebatang cabai hijau. Sedapnya...hampa pakai la mai cuba!