Showing posts with label OPEN OFFICE. Show all posts
Showing posts with label OPEN OFFICE. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

PEJABAT TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI 1429

Kemarin,15 Oktober 2008,pejabat aku telah mengadakan open house atau open office. Sebenarnya, majlis ni kira tiga dalam satu ...di samping ianya majlis sempena aidil fitri, juga sebagai majlis perpisahan dengan pegawai lama dan majlis selamat datang kepada pegawai baru(aku ler tu)....jom kita lihat sambil jamu mata apa yg sempat aku rakamkan kemarin tu....


wah!!! sempat lagi anak buah aku ni buat banner bagai...baguih betui la depa ni!!!bakaq satay... 4000(empat ribu)cucuk...aku sengaja tak jemput Nazz,Yazz,Zuer,Ishan dan Pokcik Asmadi ke open office aku ni kerana mereka tidak boleh makan satay...maklumlah,depa tu semua pengamal ilmu susuk,mana leh makan satay!!!!hmm...abang dan kakak ni dok besiang sengkuang dan lain-lain buah-buahan untuk buat rojak. tu dia...boss baru tengah dok tekrisin tekeryeh...boss lama sedang menyampaikan ucapan terima kasih dan selamat tinggal...pemandangan dalam tenda(khemah)VIP...jamuan pada hari ni adalah untuk kira-kira 1000(seribu)orang tetamu yg terdiri dari kakitangan jabatan kerajaan dan swasta serta orang ramai yg berurusan dengan pejabat aku...majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan aluan dari aku dan ucapan selamat perpisahan dari pegawai yg lama,kemudian bacaan doa diikuti dengan aktiviti makan-makan...yang berbaju belang tanpa songkok dan berbaju putih bersongkok ni adalah ADO Langkawi(Penolong Pegawai Daerah)manakala bersongkok berbaju Melayu tu pula ialah Tuan Imam Kariah Kelibang,Langkawi..Tuan Imam ni sangat baik hati lagi pemurah...aku minta dia sponsor RM300 tapi dia kata:"Rm300 tu nak makan apa,mana cukup,nah ambil Rm500"...terima kasih tuan imam...sebahagian pemandangan yg sempat aku rakamkan dari dalam khemah VIP semasa majlis baru nak dimulakan...
selepas ucapan,upacara makan pun dimulakan...sila!sila!antara menu yang telah disediakan pada majlis ni ialah:1)satay 2)nasi tomato+ayam masak merah+dalca 3)makaroni 4)laksa 5)lemang,ketupat palas+rendang dan gulai daging 6)tapai pulut 7)rojak buah 8)kueh mueh 9)air sirap+oren+mineral
maaf...aku tak sempat nak ambil gambar2 makanan kerana terlalu sibuk melayan tetamu yang tak putus-putus datang bertandang...sebelum kami mengemas-ngemas setelah majlis berakhir,aku dan para staff aku yang berjumlah 10 orang itu sempat bergambar kenangan...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...tahun depan kita buat lagi no!!!!