Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts
Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

MASUK JAWI

Hangpa teringat dak lagi berapa umuq hangpa masa hangpa masuk jawi? Kalu dah lupa, sila telipon mak atau ayah hangpa...tanya la depa sat...depa tentu ingat...
sempena cuti sekolah ni ramai la budak-budak yang ambil kesempatan untuk masuk jawi... masuk jawi adalah istilah yang digunakan di Kedah ni untuk bersunat...tapi orang kampung aku lagi ganas...selain masuk jawi ,0rang kampung aku sebut kerat k*te untuk merujuk kepada bersunat...pernah orang tanya aku,"awat depa panggil bersunat pulak walhal masuk jawi atau kerat k*te tu hukumnya wajib bukannya sunat"...blackout sat!!! Dulu pernah sorang kawan aku bukan Melayu dah tu perempuan pula bertanya kenapa orang Islam perlu bersunat...tetiba adala pakcik sebelah aku tu memberi dua biji pisang kepadanya dan dia suruh kopek kulit pisang tu manakala satu lagi jangan dikopek...pastu pakcik tu suruh makan pisang yang tak dikopek kulitnya...kemudian pakcik tu suruh makan pisang yang di kopek kulit pula...kawan aku tu pun makan la kedua-dua pisang tu...lepas tu pakcik tadi bertanya,"antara pisang yang dikopek kulit dengan pisang yang tak dikopek kulit mana yang lebih sedap?"kawan perempuan aku jawab,"tentula pisang yang dikopek kulitnya"!!!...pakcik tu dan aku ketawa....kawan aku tu pun tersenyum jer... ntah la...dia faham ke tak...baru-baru ni aku berkesempatan hadir ke majlis kenduri sempena masuk jawi beramai-ramai di Kampung Wang Tok Rendong,Langkawi...sempat la juga aku tengok proses memotong *** tu dijalankan oleh mudim yang telah didatangkan dari Jabatan Kesihatan Alor Setar...tahniah kepada masyarakat di kampung itu kerana dapat mengadakan majlis tersebut dengan meriahnya...
ada kenduri masakan kampung...seronoknya...
masakan kampung yang serba sederhana tapi sangat lazat...
gulai ikan yu...sangat sedap...inilah kali kedua aku makan ikan yu...kali pertama aku makan asam pedas ikan yu masa bertugas di daerah Sik lebih kurang enam tahun lalu... ni pula satu lagi menu kesukaan aku...ikan selangat yang dikelar lalu digoreng garing...ikan selangat ni lebih sedap kalau digoreng asam...sedap...

Wednesday, November 25, 2009

HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK KE 61

Pada 21-November 2009 baru ni,genaplah umur mak 61 tahun.Satu majlis kesyukuran untuk meraikan mak telah kami adakan di rumah.Majlis yang sederhana tapi penuh makna serta sarat dengan rasa bahagia dan gembira...
kalau ada besday musti ada makan-makan...hidangan ringkas tapi sangat meruntun nafsu makan... pulut kuning menggantikan kek...lebih Kemelayuan katanyer... sambal udang yang sangat mengancam sukma...dimakan dengan pulut kuning dan pulut tanak... puding buah peach...Mak tengah dok potong pulut kuning hari jadinya...Allah Selamatkan Kamuuu...