Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Monday, January 5, 2009

MAKAM ANWAR SADAT

Sewaktu di Mesir aku juga berkesempatan menziarahi makam presiden ketiga Mesir.Beliau ialah Muhammad Anwar As Sadat (محمد انور السادات) atau lebih dikenali dengan nama Presiden Anwar Sadat jer...Beliau dilahirkan pada 25 Disember 1918 di Mit Abu al-Kum,al Minufiyah,Mesir dalam sebuah keluarga miskin yang terdiri dari 13 orang adik beradik.Beliau menggantikan Presiden Gamal Abdul Nasir sebagai presiden pada 15 Oktober 1970 sehinggalah beliau dibunuh oleh Khalid Islambouli pada 6 Oktober 1981.
Terdapat sebuah pentas di seberang jalan berhadapan makam Anuar Sadat ni.Pada 6 Oktober 1981 sewaktu perarakan tentera,di atas pentas inilah beliau telah ditembak oleh salah seorang pegawai tentera yang menyertai perarakan tersebut yang bernama Khalid Islambouli.