Tuesday, August 26, 2008

WILAYAH SATUN

Wilayah Satun atau Setoi dalam sebutan Melayu adalah wilayah bersempadan dengan Malaysia. 68% penduduk wilayah ini berbangsa Melayu beragama Islam.Penduduk Melayu Satun bercakap Melayu dengan loghat seperti di Kedah dan Perlis kerana Satun atau Setoi dahulunya adalah sebahagian dari negeri Kedah.Adapun orang2 Melayu di wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat pula bercakap Melayu dengan loghat seperti di Kelantan.Satun adalah wilayah terakhir dalam lawatan kami kali ini sebelum masuk semula ke sempadan Malaysia.Sewaktu kami tiba di bandar Satun dari Trang,hujan sedang membasahi bumi Satun.Destinasi pertama kami di Satun ialah Pasar Besar Satun...Satun amat terkenal ngan belacan dan udang kering yg bermutu tinggi.Kami amik peluang membeli sedikit sebanyak sebagai ole-ole untuk dibawa balik ke tanah air...harumnya bau belacan ni,belacan asli 100% udang yer...kalau makan sajer pun sedap belacan ni,tapi kalau ada resdung boleh rompong hidung,hehehe...kalau ke Siam tak beli beras wangi dan pulut,macam tak sah,macam pi ke dusun tapi tak makan sebiji pun buah,gitulah ibarat bandingannya...kami beli la serba sedikit untuk guna bulan puasa ni...
Pasar besar Satun terletak di tepi Sungai Mambang(Khlong Mambang).
Semasa otw nak ke sempadan Malaysia Thai,kami singgah gerai di tepi jalan untuk makan durian.Durian kampung tau...bukan durian kawin macam yg dieksport ke Malaysia tu...
pakar mengopek durian...
pakar melantak durian...
Makcik Romlah...penjual durian...makcik ni tak reti cakap Melayu kerana dia bukan penduduk asal wilayah Satun.hmmm...cempedak pun ada,lain kali kami mai beli yer makcik Romlah...
Maka berakhirlah lawatan kami ke Thailand untuk kali ini.Insya Allah kami akan mai pulak...

Sunday, August 24, 2008

WILAYAH TRANG

Hari semakin gelap sewaktu kami meninggalkan wilayah Krabi menuju ke selatan...Pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di Wilayah Satun,tetapi oleh kerana agak letih dan perjalanan ke Satun masih jauh,maka kami telah menukar rancangan dengan bermalam di wilayah Trang jer.Di wilayah Trang,kami bermalam di Pantai Pak Meng(Hat Pak Meng).
Pakarung Guest House adalah tempat kami bermalam...chalet atau guest house berhawa dingin dan bertv color ni kami sewa dengan harga rm60 semalam,kami amik dua rumah, so seorang rm30 jer la...
Seawal awal pagi kami sudah keluar dari bilik untuk menikmati bayu pagi yang segar itu... Jom kita lihat pemandangan di pantai ni...pantai ni adalah pantai rakyat awam,so tak banyak lah mat saleh atau pelancong yg datang...antara pulau2 yang mengadap pantai ni

syoknya bermalas malasan kat tepi pantai ni,angin dia pula bertiup agak deras...bestnya kalau hidup tak payah kerja, leh makan angin hari-hari,hehehe... Wow!!!Powernyerrrrrr dia!!!!Pakcik ni dok kelih apa tak tau...?hmm...macam pernah tengok la!!! kat mana ek??!!! Ooooo..ASTRO,Globe Trekker!!!Ahakz...Alamak!!! Tsunamiiiiiiii!!!! Larikkkkkkkkkk!!!Tu dia aih,sorang tak dan nak pakai baju,yang sorang lagi pulak tak dan nak pakai seluaq! woi,hampa tak baca ka,GO TO HIGH GROUND OR INLAND...yang hampa pi panjat menatang tu sapa suruh!!!
Jumpa dalam entry terakhir di Thailand,insya Allah.

ilalliqak...

Thursday, August 21, 2008

WILAYAH KRABI

Selepas meninggalkan Phang-nga,kami ke Wilyah Krabi pula. sebahagian bandar Krabi,terletak di tepi sungai...
kami telah berpakat menyewa bot mamat ni untuk menyusuri Sungai Krabi sambil santai2 dan relax2...cara naik bot yg betul...lonjakkan pungkoq(bontot) dulu...bot sedia bergerak...sebahagian bandar Krabi dilihat dari dalam bot...di mana2 pun tetap ada bukit batu kapur...kampung2 nelayan di pinggir sungai...
kami dibawa melawat sangkar menternak ikan yg diusahakan oleh para nelayan di sini...
mak cik ni bukan main lagi sibuk dok besiang kupang...di tangan Krie tu ialah tiram... ini pula ialah ikan buntal...ikan buntal ni akan menchubbykan dirinya apabila dia rasa terancam,trauma atau dikeluarkan dari dalam air,konon2nya nak takutkan musuh2 la dengan saiz yg lebih besar tu,kalo dalam air kecik jer...ini ialah kuda laut...diternak untuk dikeringkan apabila sudah cukup matang bagi tujuan industri ubat kuat khas untuk kaum lelaki!!!aku hairan la,kenapa kalau nak bagi kuat kaum lelaki mesti kena guna benda2 yg pelik2...heran kan!!!ini pula ialah ikan kotak... cute nya mulut ikan kotak ni,aku rasa cam nak comolot jer ngan dia!!!
Jumpa dalam entry berikutnya di Wilayah Trang pula...

ilalliqak...