Tuesday, August 26, 2008

WILAYAH SATUN

Wilayah Satun atau Setoi dalam sebutan Melayu adalah wilayah bersempadan dengan Malaysia. 68% penduduk wilayah ini berbangsa Melayu beragama Islam.Penduduk Melayu Satun bercakap Melayu dengan loghat seperti di Kedah dan Perlis kerana Satun atau Setoi dahulunya adalah sebahagian dari negeri Kedah.Adapun orang2 Melayu di wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat pula bercakap Melayu dengan loghat seperti di Kelantan.Satun adalah wilayah terakhir dalam lawatan kami kali ini sebelum masuk semula ke sempadan Malaysia.Sewaktu kami tiba di bandar Satun dari Trang,hujan sedang membasahi bumi Satun.Destinasi pertama kami di Satun ialah Pasar Besar Satun...Satun amat terkenal ngan belacan dan udang kering yg bermutu tinggi.Kami amik peluang membeli sedikit sebanyak sebagai ole-ole untuk dibawa balik ke tanah air...harumnya bau belacan ni,belacan asli 100% udang yer...kalau makan sajer pun sedap belacan ni,tapi kalau ada resdung boleh rompong hidung,hehehe...kalau ke Siam tak beli beras wangi dan pulut,macam tak sah,macam pi ke dusun tapi tak makan sebiji pun buah,gitulah ibarat bandingannya...kami beli la serba sedikit untuk guna bulan puasa ni...
Pasar besar Satun terletak di tepi Sungai Mambang(Khlong Mambang).
Semasa otw nak ke sempadan Malaysia Thai,kami singgah gerai di tepi jalan untuk makan durian.Durian kampung tau...bukan durian kawin macam yg dieksport ke Malaysia tu...
pakar mengopek durian...
pakar melantak durian...
Makcik Romlah...penjual durian...makcik ni tak reti cakap Melayu kerana dia bukan penduduk asal wilayah Satun.hmmm...cempedak pun ada,lain kali kami mai beli yer makcik Romlah...
Maka berakhirlah lawatan kami ke Thailand untuk kali ini.Insya Allah kami akan mai pulak...

10 comments:

nazzman ibrahim said...

wahhhhhhhh suka ayat PAKAT PAKAT MAI PULAK NOOOOO....
saya banyak saudara sebelah emak saya kat satun....tapi kami tak pernah dok p cari,sepupu saya yang kat manjung tu kerap la p jumpa saudara mara sebelah siam.

insyaAllah 1 masa nanti saya akan cari adik beradik saya belah satu,dengan patani

nazzman ibrahim said...

pembetulan *****insyaAllah 1 masa nanti saya akan cari adik beradik saya belah satun,dengan patani.

adie-ishmael said...

insya allah moga awak akan jumpa adik beradik awak kat sana tu...leh masuk rancangan jejak kasih tv3suku!hehehe

Zuer said...

besarnya belacan nie...

adie-ishmael said...

besar sebab dia letakkan dalam bekas yg besar...masa nak jual dia tuang jer atas meja dia tu...

Aleeza Zaily said...

Nko nih keje apa eh? asyik berjalan jer... ni business trip ker personal trip?

adie-ishmael said...

aleeza zaily=keja gomen lar... cuti tahun kan gomen kasi setahun 30 hari...

Cae said...

entry ni pun aku suka.. best tul tgk durian kg tu kan?

p/s suka cempedak dr durian..

adie-ishmael said...

cae=cempedak angin...pakcik kureng sikit cik oi!

Najib Ariyan Ali Basha said...

Bila nak ke sana nih... kalau nak ke sana kena ada ahli yg rajin dan tak kisah nak ke tempat2 yg tak glamer macam ni... shopping pun belacan dan bukan Prada diskaun ker... hmmm tengok jer lahhh