Saturday, May 16, 2009

MASUK VIETNAM

Selepas selesai urusan di pos imigresen,kami meneruskan perjalanan masuk ke Vietnam.Aktiviti pertama ialah menyusuri perkampungan tepi sungai untuk melihat kehidupan desa di Vietnam...
bot yang mengambil kami di sempadan Vietnam-Kemboja... bot bergerak meninggalkan pos sempadan... melihat rumah-rumah di pinggir sungai ni menimbulkan rasa syukur yang amat sangat menjadi anak Malaysia... anak-anak keriangan bermain sambil melambai-lambai kepada kami... menikmati pemandangan di kiri dan kanan tebing sungai...santai...stesen minyak terapung... setelah 2 setengah jam berada dalam bot, kami menghampiri bandar Chau Doc... dah sampai di jeti bandar Chau Doc...kami akan bermalam di sini semalam sebelum meneruskan perjalanan... bilik penginapan kami...termasuk dalam pakage...satu bilik untuk dua orang...duit Vietnam... 2000(dua ribu)dong=5(lima)kupang=50(lima puluh)sen...sebahagian pemandangan bandar Chau Doc dari atas hotel kami... selepas berehat sebentar di hotel,kami menaiki feri menuju ke kampung bapa mertua Anuar yang terletak tidak jauh dari bandar Chau Doc ni...bapa mertua Anuar sudah lama berhijrah ke Malaysia dan sekarang tinggal di Parit Buntar,Perak...saudara-mara isterinya masih ramai di situ...rumah mak sedara isteri Anuar... Anuar dan sepupu isterinya Awie...Awie fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal 19 tahun di Malaysia... kami dijamu dengan kuey teow sup ala Vietnam yang paling meletop lagi merecik-recik...dok teringat lagi keenakannya sampai saat ini...slurppppp...
seperti biasa la...licin... dari kiri,Awie,Mak Ngah,Anuar dan Pak Ngah...terima kasih Mak Ngah kerana menjamu kami kuey teow sup yang lazat itu...Mak Ngah hanya boleh bercakap beberapa patah bahasa Melayu...Awie yang menjadi penterjemah...Pak Ngah pula boleh berbahasa Inggeris...katanya pernah bekerja dengan askar Amerika sewaktu Amerika berpengkalan di Vietnam Selatan sebelum dikalahkan oleh tentera Vietcong dari utara... bergambar kenangan ngan Mak Ngah dan Pak Ngah sekeluarga...

bersambung...ilalliqak...

10 comments:

PINATBATE said...

Fuh!
bestnya dapat pengalaman macam ni...

Anonymous said...

Jauh perjalanan luas pengalaman. Tp tak semestinya luas pengalaman hanya melancong ke negara2 yg jauh perjalanan berjam2 penerbangan. Yg dekat pun ok gak. Sesekali merasai kehidupan yg berbeda dari kehidupan di tanah air sendiri. Awas selsema babi (nak sedap sikit-guna la influenza A)..... Art

adie-ishmael said...

pinatbate=terima kasih...memang best...

Art=betul...sokong...kita mesti merasai dan belajar dan terus belajar segala apa yang ada di Bumi Allah Taala ni...semoga selsema babi akan cepat berakhir supaya tidak mengganggu urusan bermusafir lagi nanti...amin

CATZ said...

salam adie..
wah..sambung ke vietnam pulak..
ni betul2 traveller ni....siap naik boat bagai...jelessss...
mcm bestnya tgk acara jln2 korang nihh.......mcm2 pengalaman dan makanan dpt di rasa kan,....
betul2 luas pemandangan...

PUTUBAMBU said...

duit kita lagik mahal..

tentu ko cam org kaya kat sana yek?
hehehe..

murah2 kan barang dia...

DarcyDiaries said...

it's quite interesting though to go back to the grass roots i.e. jumpa2 keluarga kat other countries, where sometimes kita mungkin tak pikiaq langsung kan bang syeikh?

P/S: Bila nak ambik magnet?

Anonymous said...

ada nombor tel awie tu tak? kalau ada bleh bagi... nak suruh dia jadi guide kita orang kat sana nanti. tolong ye... kitaorang nak g hcmc bulan 2 2010 nanti.

rosmaini said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sye pn asal parit buntar..kat situ de 1 kwsn , pnuh dgn org vietnam, dorg jual bju n telekung2 ni...

telekung vietnam hrga rm40 cmtu...

tmpt tu, pggl as 'little kemboja''..

Anonymous said...

salam..

nak tanya sikit, kita dari Malaysia tak payah visa nak masuk Vietnam kan? Jadi, kalau dari phnom penh naik bot ke Chau Doc, cuma bawak diri dan passport je lah kan?

ada cadangan tak bot murah dari Phnom Penh ke Chau Doc? Dan kat mana nak tukar duit Vietnam yang rate bagus ya?

tq!