Saturday, January 30, 2010

PULUT AYAM

Sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Songkhla yang terletak kira-kira 25km ke utara Hatyai kami sempat bersarapan pulut ayam dulu. Kami beli di pasar pagi yang terletak tidak jauh dari hotel.Pulut ayam adalah antara makanan wajib kalau ke Thailand selain pulut mempelam.Kalau kita ke Thailand tapi tak makan pulut rasa macam kurang lengkap jer percutian kita tu.Pulut memberi kekuatan tenaga kepada kita untuk bergerak ke sana sini semasa bercuti. Sebaliknya ia juga boleh membuatkan kita mengantuk kalau tidak ada sebarang aktiviti lasak yang kita lakukan...
ayam digoreng dengan rempah khas...kat Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam pun ada dijual...cuba ler tanya rempah pulut ayam kepada penjual...pulut ayam tu juga dimakan bersama dengan sos, sos mae pranom namanya...ada dijual dalam botol...kat pasaraya Malaysia pun boleh kita dapati...
pulut ditabur bawang dan bumbu goreng... lazat...selepas sarapan barulah kami check out dan gerak ke destinasi seterusnya dengan penuh semangat dan bertenaga...

5 comments:

s820 said...

Hi Adie, sedapnya tengok pulut ayam tu. Teringat dulu masa saya pi Hatyai bersama family. Bau wangi ayam dan bawang tu... Aduih memecah selera.

PUTUBAMBU said...

uishh sodapnya..!!

husband aku mmg 'berhantu' pulut2 ni...

PINATBATE said...

isyy..! isyy...! menggoda sungguh pulut tu..

adie-ishmael said...

s820=memang sedap...kalo pi lagi jangan lupa makan pulut ayam ni...

putu=kalo macam tu ur hubby n aku ni sama2 'hantu'...

pinat=hehehe...tergoda ngan pulut katanya...

catz said...

that ayam goreng killingme softly lah this morning..
mana nak carik ayam goreng mcm tuuu...alaaaaa..ko niii..kan aku dah teringinnn