Hatyai adalah bandar terbesar di selatan Thailand dan keempat terbesar di seluruh Thailand. Terletak di dalam Changwat (Wilayah) Songkhla. Sebutan yang betul ialah Hat- Yai,tetapi entah kenapa orang Malaysia sering menyebut Hat-Nyai...Ianya sering dikunjungi terutama oleh rakyat Malaysia dan Singapura dengan 1001 tujuan yang hanya diketahui oleh empunya diri. Buruk atau baik tujuan kunjungan tersebut biarlah mereka dan Tuhan mereka sahaja yang tahu. Bagi aku pula lawatan ke sana baru-baru ni adalah kali yang ketujuh. Gembira sebab ada destinasi baru yang belum pernah dikunjungi,salah satunya ialah pasar terapung atau dalam bahasa Thai dikenali sebagai thalat nam Klong Hae. Thalat=pasar...nam=air atau terjemahan harfiahnya pasar air. Klong Hae(sebut hair) ialah nama sungai. Sebelum ni aku tidak pernah tahu bahawa pasar terapung juga ada di Hatyai. Pernah kunjungi pasar terapung di Damnoen Saduak tidak jauh dari Bangkok suatu ketika dahulu.
Perjalanan dari pintu sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam,Kedah ke Hatyai mengambil masa lebih kurang sejam sejauh 60km. Melintasi Ban Prik,Sadao,Klong Nge dan beberapa pekan kecil yang lain lagi. Ala-ala jarak Sungai Petani ke Penang jer. Berkereta sendiri memudahkan perjalanan dan menyenangkan ke lokasi yang telah dirancang.
Sesampai di Hatyai kami bertiga memilih Hotel Diamond Plaza.Harganya cuma THB890 sebilik dan kami minta extra bed THB200,jadi kami kongsi lebih kurang RM36 seorang...berbaloi. Hotelnya bersih,biliknya besar dan kemudahannya lengkap.
Selepas khidmat diri dan berehat-rehat kami keluar makan di salah sebuah restoran yang telah lama beroperasi di Hatyai ni dan sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia.Nama restoran tu ialah Restoran Hamid. Sejak kali pertama ke Hatyai,restoran ni telah pun wujud dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Rasanya pemilik restoran ni telah jadi kaya raya hasil untung perniagaannya yang disumbangkan oleh pelancong dari negara kita.Selepas makan,kami balik ke hotel menanti kedatangan seorang lagi rakan orang tempatan untuk ke Pasar Terapung Klong Hae atau Thalat Nam Klong Hae.Khabarnya pasar terapung ni lebih meriah pada waktu malam kerana memang konsepnya sebagai pasar malam.Kebanyakan jualan makanan adalah di atas sampan yang berada di dalam sungai dan pembeli pula memesan di tebing sungai.Barang-barang yang bukan berbentuk makanan kebanyakannya ada dijual di daratan...
majoriti peniaga di pasar terapung ni adalah Muslim,makanya kita dapat membeli pelbagai makanan tanpa ragu-ragu lagi akan kehalalannya...tudung dan cara pakaian mereka amat memudahkan kita membezakan antara Muslim dan bukan Muslim...inilah salah satu hikmah kenapa umat Islam diwajibkan mengenakan pakaian yang beridentitikan Islam supaya jatidiri kita terserlah biar di mana pun kita berada di muka bumi ini...kuihnya manis...penjualnya pun manis...setuju?ramai sungguh pengunjung ke sini...meriah... pelanggan memesan makanan di tebing sungai...penjual di dalam sampan...salah satu keunikan di sini ialah air minuman dijual di dalam buluh dan tembikar dengan pelbagai bentuk...kelihatan penjual sedang memasukkan kelapa dan laici ais yang kami pesan ke dalam batang buluh... air diisi dalam buluh...makanan dalam daun pisang... hilang dahaga...makanan yang berkuah diisi dalam bekas dari tempurung kelapa...mee hijau yang penuh berisi daging ayam... kueh telur puyuh... pemandangan deretan perahu yang terapung di tebing sungai...gambar diambil dari atas jambatan yang merintangi Sungai Klong Hae... setelah kekenyangan kami pun pulang ke hotel dengan penuh kepuasan...jom kita pi lagi...
Monday, January 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
cawan buluh tu dorg recycle balik ke camne?
p/s: bestlah your travel log ni. i like.
aduhai..gambar makanan tu yg tak tahan tuuu..
adie,
wahhh..
menariknyaaa!
minum dlm buluh, tempurung, daun..
and deretan makanan tuh sungguh tempting melihatnya..
1st time aku tgk org pi hadyai pi tmpt mcm ni..
aku pernah sampai hatyai lama dulu, and i dont know hatyai got this kind of place..
wow....tempting la..
tapi penjual kuih manis tuh mmg manis..setuju.
:)
uishhh..tgk hang minum tu dah buat aku telan ayaq liuq..
menarik sungguh..!
yus=agaknya dia org recycle balik kot...kalo tak habis la pokok buluh satu Thailand...
pinat=rasa dia pun sedap...
catz=ya la...banyak kali pi hatyai tp baru tau ada tempat macam ni kat sana...
putu=memang menarik putu...hang patut pi situ...
huhuhuhuh.. bestnye.. soalan cepu mas..
selamat tak?
sepatutnye gi sana 8/1/10 -10-/1/10
tqpi tak dpt sebb managment tak bg faktor keselamatan.. tesnion tull
-lin-
aduhai...lama gila blog abg adie bersawang...heeeee....padan la bersawang..jauh nau g nya...anyway..bila nk masukan edisi ayam penyet kat sunway?heeeee...
lin=Wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat jer yang bergolak... wilayah-wilayah lain insya Allah selamat...
daela=hahaha...tingat lagi no ayam penyet bandar Sunway tuh...maaf, tak amik gambaq masa pi makan tu..
samada minuman diisi dalam buluh atau bekas lain,semuanya dibawa terus.mungkin sebagai ingatan agar pelawat kembali kesana.
***baru melawat pada 26/02/2011
Post a Comment