Showing posts with label AWANA PORTO MALAI. Show all posts
Showing posts with label AWANA PORTO MALAI. Show all posts

Wednesday, October 22, 2008

AWANA PORTO MALAI

Pagi tadi telah diadakan Persidangan Bagi Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) di Awana Porto Malai,Tanjung Malai,Langkawi.Aku telah menghadiri majlis perasmian persidangan tersebut sebagai tetamu jemputan.Awana Porto Malai ni adalah merupakan hotel yg dibina di tepi laut yg sangat cantik pemandangannya lagi mententeramkan jiwa.Pengurusannya adalah sama dengan Awana Kijal di Trengganu tu...Selain Pantai Tg. Rhu,Awana Porto Malai ni adalah antara tempat kesukaan aku untuk mencari kedamaian dan ketenangan hati serta perasaan...jom layan!
bangunan pentadbiran dan pengurusan hotel ni...laluan masuk...lobi hotel... bilik-bilik penginapan di bahagian atas...kalau dapat santai kat balkoni tu kan best...syoknya kalau dapat bermalas-malasan atas kerusi menyuloq tu!!!
sambil lihat dan perhatikan laut dan pulau-pulau...hmmmm...damainya!kemudahan untuk rekreasi juga turut disediakan...lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yg tersedia...mini marina pun ada di sini...
nak balik Taman Kelisa Ria,Sungai Petani berapa km yer????