Showing posts with label BERBUKA BERSAMA ANAK-ANAK PEKAK DAN BISU. Show all posts
Showing posts with label BERBUKA BERSAMA ANAK-ANAK PEKAK DAN BISU. Show all posts

Wednesday, September 24, 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK- ANAK PEKAK

Khamis lepas,aku,mak aku,adik perempuan aku dan suaminya beserta anak-anak mereka telah membuat sedikit sedekah atau jamuan berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik bertempat di Asrama Sekolah Rendah Pendidikan Khas,Sungai Petani,Kedah.Atas hikmah yg hanya diketahui oleh Allah Subhanahu Wataala,ditakdirkan anak-anak ini dilahirkan pekak dan bisu...syukur kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.Bulan Ramadhan ni disamping kita berpuasa,Allah Taala juga mahukan kita sentiasa insaf dan turut merasai kekurangan dan pengalaman insan-insan yg kurang bernasib baik.Itulah sebahagian hikmah puasa diwajibkan kepada kita.Itulah cantiknya agama Islam kita.

Jamuan pada petang tersebut telah disponsor oleh adik perempuan aku...Antara menu makanan yg disediakan ialah nasi tomato,ayam masak merah,kurma daging,dan jelatah.Kuih muih(kami beli)pun ada dan tidak ketinggalan bubur jagung(aku yg suruh mak aku buat sebab aku minat gila bubur jagung) serta dadih. Selepas masak2 di rumah,segala makanan tersebut kami bawa ke asrama berkenaan.Jom kita lihat serba sedikit apa yg sempat aku rakamkan pada petang itu...
hmm..wardenku,ibubapaku...untuk makluman,ada juga sebahagian ibu-bapa yg hantar anak-anak mereka ke sini bukan kerana bertujuan mendapatkan didikan yg sempurna,sebaliknya hanya kerana kecacatan anak2 mereka yg dianggap bebanan bagi mereka. Mereka tak datang menjenguk dan tak pernah mahu mengambil tahu keadaan anak2 mereka.Mereka serahkan 100% untuk kerajaan bela dan jaga budak2 malang tu...nasib baik kerajaan Malaysia ni antara yg terbaik di dunia.( walaupun sering dikutuk dan dimaki hamun diblog2 dan dipentas2 ceramah politik, oleh mereka yg tak pernah tahu bersyukur akan nikmat Allah!!) Bahkan ada diantara ibubapa yg tidak suka apabila anak-anak mereka diberi kebenaran pulang sebulan sekali berjumpa keluarga.Bagi mereka lebih elok kalau anak2 cacat mereka itu tinggal selama-lamanya di situ atau mati jer...Anak-anak kat sini sangat dahagakan kasih sayang terutama dari mereka yg lebih tua dari mereka...para pekerja dan pengasuh sedang menyiapkan hidangan untuk iftar jamaie(buka puasa beramai ramai) kami di situ...ini pemandangan di dewan makan asrama. air sirap dan teh susu panas pun disediakan oleh mak aku...oops,sorry la mak...cheq gatai tangan pi tambah gula pula dalam teh susu tu,terus jadi manih melecaih...anak2 OKU ni sedang menanti waktu berbuka dengan penuh kesabaran...ada juga antara mereka yg bukan Muslim.pekerja dewan makan...manisnya tukang cedok lauk tu...patut la nasi yg aku makan petang tu rasa bertambah sedap....suasana sebelum berbuka...meja tempat aku makan...mak aku dan cucunya,Syamil Elham... bubur jagung...aku dedikasikan pic ni khas untuk diri aku,peminat bubur jagung!
mak aku bersama anak2 OKU...mak aku ni jenis ratu air mata...tengok budak2 tu jer dia dah mula keluar air mata dan air hidung...sedih dan sayu katanya.aksi-aksi yg menggambarkan betapa anak-anak ini sangat teruja apabila gambar2 mereka diambil... sebelum pulang beredar meninggalkan asrama tersebut,kami sempat memberi duit raya dalam sampul hijau(chehpau)kepada anak2 asrama tersebut... kelihatan adik ipar aku dan mak aku sedang menyampaikan duit raya....

ilalliqak...