Wednesday, September 24, 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK- ANAK PEKAK

Khamis lepas,aku,mak aku,adik perempuan aku dan suaminya beserta anak-anak mereka telah membuat sedikit sedekah atau jamuan berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik bertempat di Asrama Sekolah Rendah Pendidikan Khas,Sungai Petani,Kedah.Atas hikmah yg hanya diketahui oleh Allah Subhanahu Wataala,ditakdirkan anak-anak ini dilahirkan pekak dan bisu...syukur kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.Bulan Ramadhan ni disamping kita berpuasa,Allah Taala juga mahukan kita sentiasa insaf dan turut merasai kekurangan dan pengalaman insan-insan yg kurang bernasib baik.Itulah sebahagian hikmah puasa diwajibkan kepada kita.Itulah cantiknya agama Islam kita.

Jamuan pada petang tersebut telah disponsor oleh adik perempuan aku...Antara menu makanan yg disediakan ialah nasi tomato,ayam masak merah,kurma daging,dan jelatah.Kuih muih(kami beli)pun ada dan tidak ketinggalan bubur jagung(aku yg suruh mak aku buat sebab aku minat gila bubur jagung) serta dadih. Selepas masak2 di rumah,segala makanan tersebut kami bawa ke asrama berkenaan.Jom kita lihat serba sedikit apa yg sempat aku rakamkan pada petang itu...
hmm..wardenku,ibubapaku...untuk makluman,ada juga sebahagian ibu-bapa yg hantar anak-anak mereka ke sini bukan kerana bertujuan mendapatkan didikan yg sempurna,sebaliknya hanya kerana kecacatan anak2 mereka yg dianggap bebanan bagi mereka. Mereka tak datang menjenguk dan tak pernah mahu mengambil tahu keadaan anak2 mereka.Mereka serahkan 100% untuk kerajaan bela dan jaga budak2 malang tu...nasib baik kerajaan Malaysia ni antara yg terbaik di dunia.( walaupun sering dikutuk dan dimaki hamun diblog2 dan dipentas2 ceramah politik, oleh mereka yg tak pernah tahu bersyukur akan nikmat Allah!!) Bahkan ada diantara ibubapa yg tidak suka apabila anak-anak mereka diberi kebenaran pulang sebulan sekali berjumpa keluarga.Bagi mereka lebih elok kalau anak2 cacat mereka itu tinggal selama-lamanya di situ atau mati jer...Anak-anak kat sini sangat dahagakan kasih sayang terutama dari mereka yg lebih tua dari mereka...para pekerja dan pengasuh sedang menyiapkan hidangan untuk iftar jamaie(buka puasa beramai ramai) kami di situ...ini pemandangan di dewan makan asrama. air sirap dan teh susu panas pun disediakan oleh mak aku...oops,sorry la mak...cheq gatai tangan pi tambah gula pula dalam teh susu tu,terus jadi manih melecaih...anak2 OKU ni sedang menanti waktu berbuka dengan penuh kesabaran...ada juga antara mereka yg bukan Muslim.pekerja dewan makan...manisnya tukang cedok lauk tu...patut la nasi yg aku makan petang tu rasa bertambah sedap....suasana sebelum berbuka...meja tempat aku makan...mak aku dan cucunya,Syamil Elham... bubur jagung...aku dedikasikan pic ni khas untuk diri aku,peminat bubur jagung!
mak aku bersama anak2 OKU...mak aku ni jenis ratu air mata...tengok budak2 tu jer dia dah mula keluar air mata dan air hidung...sedih dan sayu katanya.aksi-aksi yg menggambarkan betapa anak-anak ini sangat teruja apabila gambar2 mereka diambil... sebelum pulang beredar meninggalkan asrama tersebut,kami sempat memberi duit raya dalam sampul hijau(chehpau)kepada anak2 asrama tersebut... kelihatan adik ipar aku dan mak aku sedang menyampaikan duit raya....

ilalliqak...

21 comments:

Zuer said...

abg adie, nak chepau gak..bak nya kelurga abg...semoga keluargamu mendapat keredaan Allah sempene Bulan Ramadhan nie..AMIN

nazzman ibrahim said...

mmg pun org malaysia ni tak pernah nak bersyukur akan nikmat yang ALLAH dah kasi...terutama org melayu apa yang kerajaan buat semua tak kena,tapi kalau bagi dia dulu yang jengoih kepala,sama mcm pelajar kat luaq negara tak habis2 nak salahkan kerajaan tapi p belajar ambil duit mana???guna duit sendiri ka????dah tu plak sibuk nak tukaq kerajaan baru( aku takut negara ni lagi teruk jaaa bukan semakin elok.

kalau sesapa tak suka lantak hang'pa la noooo aku cakap apa tyang aku rasa betoi..pakat2 muhasabah diri nooooo jgn kita di jajah lagi lepas ni walaupun 51 dah merdeka.

chow..................

adie-ishmael said...

zuer...kalo nak chehpau kena mai sg ptani atau langkawi...abang leh kasi 3 keping...Amin,moga doa zuer dimakbulkan Allah Taala.

nazzman=depa la nie dok yakin dan percaya bahawa orang kafir tu lebih baik dari orang Islam...sedangkan Allah Taala dah terang2 katakan orang Islam bersaudara dan seharusnya tolong menolong,bukannya dok bekerjasama ngan orang kafir nak pelingkup saudara seagama...Allahu Akbar!

april RD said...

semoga Tuhan murahkan rezeki kalian....

Ishan_Qureshi said...

Salam Abg,

Tersentuh jiwa saya membaca entry terbaru abg ni. Tidak saya sangka, dalam keadaan setiap manusia di dunia moden ini masing-masing dibelenggu kepentingan diri dan rasa tidak peduli sesama manusia, MASIH ADA LAGI INSAN SEBAIK DAN SETULUS ABG SEKELUARGA. Kehadiran abg sekeluarga telah membahagiakan anak-anak pekak & bisu tersebut. Abg sekeluarga telah bisa membuatkan mereka kembali tersenyum setelah sekian lama dirundung duka dek kerana dilupakan oleh masyarakat sekeliling. Terasa syahdu terkenangkan nasib mereka. Sekalung syabas diucapkan pada abg sekeluarga kerana telah menghulurkan bantuan, meringankan beban sesama manusia. Alangkah bahagia & damainya dunia ini jika seluruh penghuni dunia ini memiliki akhlak dan budi pekerti mulia seperti abg sekeluarga. Saya doakan abg sekeluarga akan selalu dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah supaya selalu bisa membantu insan-insan yang kurang bernasib baik...dan pastinya saya juga turut mendoakan keredhaan & keberkatan Allah Taala dikurniakan pada abg sekeluarga. Insya-Allah.

Pssst...Ramadhan tinggal cuma beberapa hari saja lagi untuk meninggalkan kita. Bila abg nak beriftar jama'ie dengan saya, insan sebatang kara di hamparan dunia yang fana ini? Tidakkah saya juga tergolong dalam golongan insan yang perlu diberi perhatian dan bantuan? Tidakkah terdetik di hati abg untuk memberi ihsan pada insan yang tak punya apa-apa seperti saya ini? Sebelum ajal menjemput saya pergi, ingin sekali saya merasai detik-detik bahagia sepertimana yang telah dikecapi oleh anak-anak pekak & bisu tersebut...chewah...hehehe!!!!

DarcyDiaries said...

Salam,

Bagus ada nilai2 murni camnih...

shazali said...

salam abg adie,

saya ni pelawat baru ke blog ni, melalui kawan saya "Ishan" (nama timangan dia kt rumah ye?).

bila baca post ni, hati sendiri mmg tersentuh. Ingatkan "kedaifan" fikiran orang Malaysia ni setakat "sanggup" menhantar ibu/bapa yg sudah tua sahaja ke Rumah Orang Tua2, tapi kali ni anak2 yang pekak pun nak diabaikan juga! MasyaAllah..memang tak patut..nak menitik airmata..

Tapi, baguslah..sama2 la kita beramal dgn golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini. Semakin meningkat dewasa, semakin kita peka dengan persekitaran kita...no wonder la persiapan raya sendiri pun makin ala kadar sahaja.

Selamat berkenalan!

Anonymous said...

ishan_qureshi=overnya ko punya komen....jgn la gedik sangat meluat aku baca.

Ishan_Qureshi said...

Dear anonymous,

GEDIK? Matlab kya hai? (maksudnya apa ya?) Mujhe nahi samjha! (I don't understand the word!) Arre Anonymous..kya baat hai?! Ullu ka patthe!!! I don't give a damn to your comment but i really appreciate your sincere comment.

Khuda hafiz & wassalam...!!!

adie-ishmael said...

april rd=semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga juga ya...amin.

ishan_qureshi=moga doa Ishan dimakbulkan Allah Taala...amin. Mai la Langkawi,boleh kita iftar jamaie kat Masjid Aishah...Tan Sri Rashid Hussain sponsor 30 hari sepanjang Ramadhan kat masjid tu...

darcydiaries=sama2 kita beramal ya...

shazali=hi shaz,selamat berkenalan...sama2 ler kita ambil berat nasib mereka yg kurang bernasib baik,insya allah rezeki dan keberkatan hidup Allah Taala akan gandakan...yakinlah!

anonymous + ishan=guys!!!relax...blog ni untuk santai santaian jer tau...jangan ambil serious sangat!!! hehehe...

PUTUBAMBU said...

apsal tadi takleh bubuh comment..
dah hilang semua..tak sempat aku nak save..

aku bukan ape.. terharu bila baca entry ni.. macam2 perasaan ada..

suka tgk hang sekeluarga yg buat keje2 murni di bulan mulia ni.. hanya Allah sahajalah yg dpt membalasnya..

sedih memikirkan budak2 yg kurang bernasib baik ni kan.. terasa betapa bersyukur nya hidup kita... dan jgn alpa sedangkan... ada org lain yg lebih daif dari kita... (sedih wo..)

kelakar bila baca posting adie pasal 'budak2' ceduk lauk tu..heheh..mmg manis2 belaka..

er..tak sangkut sorang ke bang? hehehee..

adie-ishmael said...

putu=kita orang buat seciput jer...apa yg terdaya, sbb Tuhan bukan akan tanya berapa banyak yg kita beri,Tuhan tanya ada tak kita beri...
putu,aku memang tersangkut kat dia...dia jer tak tersangkut kat aku...

PUTUBAMBU said...

ye betul tu adie.

tapi tang ayat last hang tu.., hang tak pandai ayat kot..

gilah belajar ngan nazz ke..ekekeke..

Asmadi said...

salam Abg adie..

murni betul niat abg di bulan puasa ni ..memang ada manusia yg tak syukuri nikmatNya ..

masih ada insan yg sebaik keluarg abg ni ..pokcik pun suka gak pada benda2 camni ..cuma takda kawan2 yg sehaluan nak buat semua ni.

kalau pokcik ke langkawi blh bawa pokcik ke rumah anak OKU ni ..best pokcik ..
pokcik suka layan budak2 !

salam lebaran yg dah makin ti8ba!

adie-ishmael said...

asmadi=salam asmadi...kita patut banyak bersyukur untuk menambahkan nikmat Allah pada kita...Asmadi, asrama OKU tu di kampung abng kat Sungai Petani,bukan di Langkawi.. kalau datang Langkawi,singgahlah ke rumah abang...Salam Lebaran juga buat adik Asmadi.

ibrahim_n said...

bagusla ko nih..
aku akan cuba contohi pada suatu hari nanti

adie-ishmael said...

ibrahim_n=amin...moga hasrat tu dimakbulkan Allah.

kak ja said...

Salam Adie,
kebetulan plak semlm kja berjumpa dgn dua drp penghuni asrama ni di Res Nasi Kandaq Hussin.. sempatlah huloq2 skit kat depa..Depa berdua tu dr Sidam Kiri, sdr dua sepupu..

adie-ishmael said...

kakja=oh ya ker...alhamdulillah, moga ramai lagi yg dapat membantu mereka...kalau ada ustaz2 yg pandai bahasa isyarat,tolong la pi ajar depa fardhu ain sat...depa amat memerlukan bimbingan agama Islam....kesian depa.

Firman Nurmie said...

adie...mmg ada yg hantar anak pas tu x jenguk2 yer. teruk betul la mak pak cam tu. benih tu dari depa. buat apa nak benci kat darah daging sendiri.

adie-ishmael said...

firman nurmie=ada...kesian...kita doakan Allah Taala akan lembutkan hati2 yg keras untuk lebih bersifat belas kasihan...