Showing posts with label CUTI-CUTI PERAK. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI PERAK. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

IPOH DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA

Ipoh adalah ibu negeri Perak Darul Ridzuan,terletak di dalam Lembah Kinta.Keadaannya sama seperti Kuala Lumpur iaitu ibu negara Malysia yang terletak di dalam Lembah Kelang.Kedua-dua bandaraya ini dibangunkan rentetan penemuan bijih timah yang merupakan hasil galian yang sangat bernilai pada waktu itu.Pada zaman kegemilangannya,Lembah Kinta adalah kawasan pengeluaran bijih timah yang terbesar di dunia. Penjajah Inggeris dengan rakusnya telah menjajah dan menjarah bumi Lembah Kinta untuk mendapatkan bijih timah lalu dibawa ke negara mereka.Tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk anak watan. Sebaliknya mereka(penjajah Inggeris) telah membawa masuk pendatang berbangsa Cina sebagai pelombong bagi mengaut serta mengikis hasil galian di kawasan tersebut.Maka tidak hairanlah pada masa sekarang bangsa Cina adalah penduduk majoriti di Ipoh yang merupakan anak cucu para pelombong berkenaan...
terlanjur ke Ipoh,tak patut rasanya kalau tak singgah melawat Warisan Kapal Korek Bijih Timah yang terletak di Jalan Tg. Tualang, Batu Gajah. Inilah satu-satunya kapal korek yang masih ada di negara kita. bayaran masuk ke sini ialah RM5...tetapi pada hari kunjungan aku tu, tak dibuka atas faktor keselamatan kerana pada sebelah malam tadi hujan lebat yang menyebabkan paras air naik... melihat kapal korek ni,teringat pelajaran ilmu alam masa sekolah rendah dulu...harap-harap kapal korek ni akan terus kekal supaya dapat dilihat oleh generasi mendatang... kemudian lajak ke Parit...inilah kali pertama aku ke sana...rakyat Perak Darul Ridzuan memang ramai sampai dalam Parit pun depa berumah tangga...gurauan yang selalu kita dengar... sebahagian dari pekan Parit...Masjid Parit la...bukan Parit Masjid...Parit terletak di tebing Sungai Perak...
Jambatan Cempakasari yang menghubungkan pekan Parit dengan Blanja. Panjang 378 meter dan lebar 3.4 meter...ia merupakan jambatan untuk penunggang motorsikal dan pejalan kaki sahaja...asalnya cuma jambatan kayu,tetapi telah dihanyutkan oleh arus deras pada tahun 1996. Mula dibina pada 13 Mac 2008 dan siap pada 18 Oktober 2009... ditengah-tengah Sungai Perak ni terdapat pulau yang bernama Pulau Cempakasari...sebelum bertolak balik singgah dulu di kebun limau bali kat Tambun...beli buah limau bali sebagai ole-ole mak ai!!!...rumah tokey limau bali...

Tuesday, January 5, 2010

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA

Hospital bahagia ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada hospital bagi merawat pesakit mental.Kalau dalam bahasa yang lebih kasar kita panggil hospital gila...Salah sebuah hospital mental yang tertua di negara kita ialah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.Adakalanya ia juga dipanggil hospital gila Tg. Rambutan,kerana terletak di pekan kecil Tg.Rambutan...aku secara peribadinya telah lama teringin untuk melawat hospital ni kerana ianya sering menjadi buah mulut dan bahan gurauan orang-orang di sebelah utara ni...kalu orang di sebelah selatan mungkin mereka sering mendengar Hospital Bahagia Tampoi,di Johor...teringin nak lihat sendiri bagaimana rupanya hospital yang tersohor itu...sewaktu ke Ipoh baru-baru ni,aku mengajak rakan yang merupakan orang tempatan untuk melihat-lihat di dalam kawasan hospital ni...
kami ambil pas lawatan dulu...supaya tidak dicap sebagai penceroboh...hospital ni rupa-rupanya tersangat la luas...kami ambil keputusan untuk melawat sebahagian kecil jer kerana kekangan masa...banyak lagi tempat lain yang nak dilawati...marilah kita lihat sebahagian pemandangan di dalam hospital ni sebagai gambaran selayang pandang kepada kita...selepas beberapa ketika berpusing-pusing dalam kawasan hospital ni,kami pun keluar la dengan puas hati...so lepas ni tak dak sapa lagi buleh bekunun pasai hospital ni kat aku...mengkalu ada sapa-sapa teringin nak mai dok sini, sila la mai...ramai kawan-kawan dok menanti...hehehe. stesen keretapi Tg Rambutan terletak tidak jauh dari pintu masuk hospital ni...
aku suka sangat bangunan stesen keretapi ni...klasik...agaknya suatu ketika dahulu ramai pesakit mental yang datang untuk mendapat rawatan kesini menggunakan perkhidmatan keretapi melalui stesen ni...di kala sistem perhubungan tidak sebaik zaman sekarang ini... tentu meriahkan pada masa tu...agaknya la...

Wednesday, December 23, 2009

MELAWAT KELLIE'S CASTLE

Sewaktu ke Ipoh baru-baru ni aku sempat mengunjungi sebuah bangunan lama tinggalan penjajah yang diberi nama Kellie's Castle(KC)...tuan empunya bangunan ini ialah William Kellie Smith,salah seorang pemilik ladang getah di daerah Kinta.Sebenarnya aku memang telah lama memasang angan-angan untuk ke sini,apabila ada kesempatan ke Ipoh aku terus ke tempat ni untuk merasai pengalaman berada di KC ni...ulasan berkenaan bangunan ni telah banyak diperkatakan rasanya tak perlu diceritakan lagi...gambar-gambar yang sempat aku rakamkan di sini adalah sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri...
KC terletak tidak jauh dari pekan Batu Gajah,Perak...
maju ke depan lagi...
dalam hati aku berbisik sendirian...suka-suka hati jer penjajah ni datang kaut hasil bumi kita dan buat istana bagai...pastu biarkan kita menjadi hamba abdi di tanah air sendiri...