Masih ingatkah kita bagaimana rakus,gelojoh dan kemaruknya DSAI nak jadi Perdana Menteri Malaysia?Tak sempat-sempat lagi beliau nak tunggu Pilihanraya ke 13...Aku masih ingat dan tak akan kulupakan...hehehe.Selepas jer Pilihanraya ke 12 lalu,BN masih juga dipilih oleh rakyat Malaysia secara demokrasi(walaupun sebelum Pilihanraya SPR dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan) untuk menerajui kerajaan pusat. Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor pula dikuasai oleh PR, juga secara demokrasi atas pilihan rakyat(mereka yang mempertikaikan SPR dulu tak pula tuduh menyeleweng!).Sebaik saja DSAI menang di Permatang Pauh(SPR juga tak dipertikaikan) dan beliau menjadi ketua pembangkang,maka gegak gempitalah bumi Malaysia dengan perkhabaran bahawa PR sedang mara ke arah membentuk kerajaan di peringkat pusat.Maka ke hulu dan ke hilirlah beliau mencanangkan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008...Perang saraf dilancarkan bertubi-tubi dengan mendakwa bahawa ramai wakil rakyat BN(yang dipilih oleh rakyat secara bermaruah dan sah dalam pilihanraya) akan melompat parti meninggalkan BN untuk menyertai PR.Maka kecut perut dan kecut telur(yang ada telur ler..hehehe...)serta gelabah biawaklah sesetengah pemimpin BN dengan telatah DSAI itu.Penyokong-penyokong PR pun dengan penuh keyakinan dan riang gembira memasang angan-angan bahawa pada tarikh keramat itu pasti DSAI akan menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada saat dan waktu itu penyokong-penyokong PR sedikit pun tidak pernah mempersoalkan betapa keji,kotor,busuk,jahat,zalim,hina dan hanjengnya tindakan serta perbuatan melompat parti itu.Bagi mereka, perbuatan melompat parti dari BN ke dalam PR pada ketika itu adalah suatu perbuatan yang mulia,wajar,baik,bagus,adil dan terhormat.Waktu itu, pendokong PR langsung tidak merasakan bahawa melompat parti itu suatu tindakan yang jelas memperleceh serta memperlekehkan hak dan suara rakyat.Apa yang penting DSAI mesti jadi Perdana Menteri.PR mesti menggulingkan BN untuk berkuasa dan menerajui pemerintahan Malaysia.Mereka lupa untuk menghormati pilihan rakyat yang masih mahu BN untuk memerintah Malaysia.Pelbagai tawaran,pujukan dan janji-janji telah cuba ditawarkan demi memastikan wakil-wakil rakyat BN melompat parti meninggalkan BN lalu masuk PR supaya PR berkuasa dan DSAI boleh naik tahta.Begitulah keadaannya sehinggalah ADUN Bota,Perak Darul Ridzuan dari BN(UMNO) melompat parti menyertai PKR.Perlakuan ini masih lagi dianggap mulia dan diraikan oleh PR dengan pujian,syukuran serta kegembiraan tanpa sedikit pun mereka(penyokong PR) berasa ianya adalah tindakan yang sangat tidak bermoral,keji,hina,hanjeng dan memperlekehkan kuasa dan pilihan serta hak rakyat yang beliau wakili....
Tiba-tiba,bila ADUN PKR dan DAP keluar parti PR dan mengisytiharkan lompat ke dalam BN,sehingga menyebabkan kerajaan Perak Darul Ridzuan yang dikuasai oleh PR(hasil pilihan dan sokngan rakyat secara sah) runtuh hancur,terus timbul suara cacian,keji-kejian,kutukan dan marah-marah menyatakan bahawa melompat parti itu adalah tindakan jahat dan tidak adil...mereka yang melompat parti dicop sebagai jahat,keji,busuk dan hanjeng...jahatnya seolah-olah sama macam murtad keluar Islam menjadi kafir!!! Kenapa pada masa DSAI menggila mahukan wakil BN melompat parti ke dalam PR dulu mereka(penyokong PR) tidak merasakan ianya perbuatan keji lagi tidak bermoral??? Adilkah? HAKIKAT:
(1)Melompat parti tidak kira samada dari BN ke PR atau dari PR ke BN adalah tindakan yang tidak adil dan tidak bermoral.
(2)Jelas bahawa politik Machiavellism masih diamalkan oleh semua parti di Malaysia,BN mahupun PR.Malah parti yang mengaku bersifat Islamic pun tidak terkecuali...mengapakah mereka tidak menasihatan sekutu mereka untuk lebih bermoral dan berakhlak?
(3)Perlu adanya undang-undang yang tidak membolehkan mana-mana wakil rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang yang mewakili mana-mana parti politik sewenang-wenangnya melompat parti.
(4)Pilihanraya semula haruslah diadakan dan calon yang telah melompat parti tersebut haruslah tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi berkenaan.
Firman Allah Taala:
Katakanlah(wahai Muhammad):"Wahai Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan,Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali 'Imran:26.
Showing posts with label KEJI. Show all posts
Showing posts with label KEJI. Show all posts
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
