Thursday, February 5, 2009

SENJATA MAKAN TUAN???!!!

Masih ingatkah kita bagaimana rakus,gelojoh dan kemaruknya DSAI nak jadi Perdana Menteri Malaysia?Tak sempat-sempat lagi beliau nak tunggu Pilihanraya ke 13...Aku masih ingat dan tak akan kulupakan...hehehe.Selepas jer Pilihanraya ke 12 lalu,BN masih juga dipilih oleh rakyat Malaysia secara demokrasi(walaupun sebelum Pilihanraya SPR dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan) untuk menerajui kerajaan pusat. Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor pula dikuasai oleh PR, juga secara demokrasi atas pilihan rakyat(mereka yang mempertikaikan SPR dulu tak pula tuduh menyeleweng!).Sebaik saja DSAI menang di Permatang Pauh(SPR juga tak dipertikaikan) dan beliau menjadi ketua pembangkang,maka gegak gempitalah bumi Malaysia dengan perkhabaran bahawa PR sedang mara ke arah membentuk kerajaan di peringkat pusat.Maka ke hulu dan ke hilirlah beliau mencanangkan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008...Perang saraf dilancarkan bertubi-tubi dengan mendakwa bahawa ramai wakil rakyat BN(yang dipilih oleh rakyat secara bermaruah dan sah dalam pilihanraya) akan melompat parti meninggalkan BN untuk menyertai PR.Maka kecut perut dan kecut telur(yang ada telur ler..hehehe...)serta gelabah biawaklah sesetengah pemimpin BN dengan telatah DSAI itu.Penyokong-penyokong PR pun dengan penuh keyakinan dan riang gembira memasang angan-angan bahawa pada tarikh keramat itu pasti DSAI akan menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada saat dan waktu itu penyokong-penyokong PR sedikit pun tidak pernah mempersoalkan betapa keji,kotor,busuk,jahat,zalim,hina dan hanjengnya tindakan serta perbuatan melompat parti itu.Bagi mereka, perbuatan melompat parti dari BN ke dalam PR pada ketika itu adalah suatu perbuatan yang mulia,wajar,baik,bagus,adil dan terhormat.Waktu itu, pendokong PR langsung tidak merasakan bahawa melompat parti itu suatu tindakan yang jelas memperleceh serta memperlekehkan hak dan suara rakyat.Apa yang penting DSAI mesti jadi Perdana Menteri.PR mesti menggulingkan BN untuk berkuasa dan menerajui pemerintahan Malaysia.Mereka lupa untuk menghormati pilihan rakyat yang masih mahu BN untuk memerintah Malaysia.Pelbagai tawaran,pujukan dan janji-janji telah cuba ditawarkan demi memastikan wakil-wakil rakyat BN melompat parti meninggalkan BN lalu masuk PR supaya PR berkuasa dan DSAI boleh naik tahta.Begitulah keadaannya sehinggalah ADUN Bota,Perak Darul Ridzuan dari BN(UMNO) melompat parti menyertai PKR.Perlakuan ini masih lagi dianggap mulia dan diraikan oleh PR dengan pujian,syukuran serta kegembiraan tanpa sedikit pun mereka(penyokong PR) berasa ianya adalah tindakan yang sangat tidak bermoral,keji,hina,hanjeng dan memperlekehkan kuasa dan pilihan serta hak rakyat yang beliau wakili....
Tiba-tiba,bila ADUN PKR dan DAP keluar parti PR dan mengisytiharkan lompat ke dalam BN,sehingga menyebabkan kerajaan Perak Darul Ridzuan yang dikuasai oleh PR(hasil pilihan dan sokngan rakyat secara sah) runtuh hancur,terus timbul suara cacian,keji-kejian,kutukan dan marah-marah menyatakan bahawa melompat parti itu adalah tindakan jahat dan tidak adil...mereka yang melompat parti dicop sebagai jahat,keji,busuk dan hanjeng...jahatnya seolah-olah sama macam murtad keluar Islam menjadi kafir!!! Kenapa pada masa DSAI menggila mahukan wakil BN melompat parti ke dalam PR dulu mereka(penyokong PR) tidak merasakan ianya perbuatan keji lagi tidak bermoral??? Adilkah? HAKIKAT:
(1)Melompat parti tidak kira samada dari BN ke PR atau dari PR ke BN adalah tindakan yang tidak adil dan tidak bermoral.
(2)Jelas bahawa politik Machiavellism masih diamalkan oleh semua parti di Malaysia,BN mahupun PR.Malah parti yang mengaku bersifat Islamic pun tidak terkecuali...mengapakah mereka tidak menasihatan sekutu mereka untuk lebih bermoral dan berakhlak?
(3)Perlu adanya undang-undang yang tidak membolehkan mana-mana wakil rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang yang mewakili mana-mana parti politik sewenang-wenangnya melompat parti.
(4)Pilihanraya semula haruslah diadakan dan calon yang telah melompat parti tersebut haruslah tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi berkenaan.
Firman Allah Taala:
Katakanlah(wahai Muhammad):"Wahai Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan,Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali 'Imran:26.

13 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

HANJENG tu maksudnya apa ye bang? ISH dok try check dlm Kamus Dewan Edisi ke-4, takde pun perkataan tu! Ke perkataan HANJENG tu ada dlm mana2 kitab lain?

Apa pun, ISh mmg setuju dgn abg yg LOMPAT PARTI adalah salah satu perbuatan terKUTUK, HINA, KEJI dan HANJENG (nak guna jugak walaupun ISH tak tau maksudnya) sbb seseorang AHLI PARLIMEN atau ADUN yg LOMPAT PARTI dia sebenarnya telah memusnahkan harapan rakyat yg telah menyokongnya. Seolah2 segala perit-jerih para penyokongnya yg begitu berkobar2 kobar memangkahnya dlm pilihanraya dulu seperti TIADA NILAInya langsung. Rakyat seperti dipermainkan. Kalau boleh sesuka hati nak lompat sana-sini, baik tak payah buat sistem pilihanraya...buat je sistem AUTOKRATIK atau MONARKI yg jelas rakyat tak boleh mengundi...biar semua dpt merasakan kesannya diperintah oleh seorang pemimpin autokratik atau monarki...DUSHHH;-)

komen ikhlas dari BUKAN KATAK a.k.a ISHAN QURESHI MEHMOOD

PUTUBAMBU said...

aper ramai bebenor yg citer pasal politik ni?

ala..bosan le weii...

Anonymous said...

Sokong putu bambu. Blog hang ni tak sesuai cerita bab politik-politik ni .... hang bukak blog lain la. Aku cadnga nama blog hang AKU INSAN GERHANA. Memang la hang ada hak, ni blog hang. "Aku nak tulih apa aku punya suka" tapi aku dok prati bila hang buka cerita bab politik pengomen-pengomen tetap dah kurang komen... mesti depa rasa lain macam nak komen bab-bab politik ni... Setuju putu bambu????

Anonymous said...

Sokong putu bambu. Blog hang ni tak sesuai cerita bab politik-politik ni .... hang bukak blog lain la. Aku cadnga nama blog hang AKU INSAN GERHANA. Memang la hang ada hak, ni blog hang. "Aku nak tulih apa aku punya suka" tapi aku dok prati bila hang buka cerita bab politik pengomen-pengomen tetap dah kurang komen... mesti depa rasa lain macam nak komen bab-bab politik ni... Setuju putu bambu????

kak ja said...

"(3)Perlu adanya undang-undang yang tidak membolehkan mana-mana wakil rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang yang mewakili mana-mana parti politik sewenang-wenangnya melompat parti.
(4)Pilihanraya semula haruslah diadakan dan calon yang telah melompat parti tersebut haruslah tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi berkenaan.'

Kja sgt2 bersetuju, kecuali part calon yg melompat tak dibenarkan bertanding lagi.. Tak kira yg terjadi tu wakil rakyat mana melompat menyeberang kemana.. Pokoknya rakyat harus diberi peluang utk menentukan samaada tetap mahukan parti yg sama dgn calon yg baru atau calon yg sama yg bertanding atas tiket partinya yg baru..

*It's ok Adie, tulislah bab politik ni.. Sikit atau banyaknya komen bukan penentu entry kita dibaca atau tidak.. Some just choose not to menyampuk..

Anonymous said...

salam.

perlu kita melihat kepada perkara pokok dalam isu2 berkaitan. Namapon POLITIK. tak akan lari dari isu2 yg politik yg peningkan kepala. apa yg dikesali, rakyat memberi mandat kepada kerajaan yg dibentuk.. tak kira pencadang atau pembangkang, jadilah Pemimpin yg adil. janganla menang sorak kampung tergadai...

adie-ishmael said...

Ishan=terima kasih... setuju... sepatutnya isu lompat parti ni dipandang keji dan jahat semenjak DSAI menggila mahu wakil BN lompat parti ke dalam PR lagi...bukannya hanya masa sekarang...dia yang mula perkenalkan politik kotor tu dulu...maka hukum karma kena pada dia la sekarang ni...dia tak leh marah la...

putu=hehehe...saja jer nak bagi ko bosan...hehehe.

Anonymous=saya hanya setuju dengan pandangan hang,"ni blog aku,aku nak tulih apa aku punya suka"...hehehe...yang lain aku tak setuju...sapa2 kalu suka nak baca,baca jer la...sapa2 tak suka baca tak usah la baca...sapa2 nak komen,komen la...sapa2 tak nak komen ikut suka dia la...hang jangan emo no...hehehe

kakja=terima kasih...apa yang berlaku jadi iktibar kepada kita...parti politik kalau berjuang atas prinsip sekular tetap salah dan jauh dari moral serta petunjuk agama...tak kira dia tu parti pemerintah atau pembangkang...

adie-ishmael said...

2nd anonymous=aku sangat setuju ngan hang...tapi orang kita masih tak sedaq lagi bahawa kampung depa dah nak tergadai...sanggup jadi boneka dan puppet orang kafir nak melingkup bangsa dan agama sendiri...

Anonymous said...

saya setuju dengan kamu.. akan tetapi kita perlu ingat.. melayu amat terkenal dengan sopan santun nya.. tutur katanya... saya tertarik dengan ishan.. perkataan Hanjeng... dan saya akui perkataan itu lahir dari situasi kamu yg cuba menjadikan perkataan itu bersifat sinis. Demi AGama, bangsa, negara! slogan itulah yg selalu dituturkan oleh orang2 politik... kalau demi Agama.. apa yg "mereka" lakukan demi Agama? kalau demi Bangsa? apa yg mereka lakukan demi Bangsa? kalau demi Negara??? apa yg mereka lakukan. saya sedih melihat senario politik negara tercinta ini. masing2 ada agenda masing2.. masih adakah keikhlasan berpolitik? masih adakah semangat nenek moyang kita dahulu? yg bergolok bergadai demi tanahairtercinta? demi menegakkan kesultanan Melayu. adakah kita sudah mulai lupa asal usul kita? lupakan bahawa bumi yg kita pijak adalah bumi melayu? bangsa2 lain memandang dengan mata iri? menunggu masa yg sesuai utk menjajah kembali! jgn kita alpa walau sedetik cuma... apa yg berlaku tetap berlaku.. semangat Melayu perlu diperjelaskan dengan sempurna. terima kasih kerana setuju dengan pandangan saya.

insan kerdil berjiwa besar.

adie-ishmael said...

anonymous=saya amat bersetuju dengan anda...saya amat berharap dapat mengenali anda dan berkongsi pandangan dengan anda...kalau anda sudi ler...

Anonymous said...

insya allah... ilmu Tuhan itu luas... ilmu dunia hanya diibaratkan sebatang jarum halus yang dicelupkan ke dalam lautan yg luas... dan air yg lekat di jarum itulah hanyalah ilmu dunia... sama2 kita berkongsi pandangan.

ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah

insan kerdil

Catz said...

adie,
aku pun hairan..sekiranya sesuatu itu mmeberi faedah kepada sesuatu parti itu, walau nampak keji di sokong pulak..tapi bila menyebabkan keburukan parti dia di keji habis-habisan...aku rasa kan.kenalah ada satu peraturan yg tegas mengenai hal ini..ini soal negara, soal pilihan dan hak rakyat semasa pilihanraya. Kalau boleh lompat suka-suka, apa gunanya ada pilihanraya..now perkara ni dah mcm dibolehkan pula (sekiranya membawa kebaikan kpd parti itu..ini TIDAK ADIL)...seoloah2 hak dan suara rakyat tak dihormati....depa ni dulu bertanding bukan atas tiket individu kan...? atas tiket parti..so kenapa nak jadi katak suka-suka...(tak kisahlah..part BN ke..PKR ke...aku ckp secara general).
apapun...aku harap apa yg berlaku pun now ni..negara kita aman damai lah hendaknya..tak nak huru hara...
kenalah bersyukur kan dgn apa yg dikecapi sekarang..

adie-ishmael said...

catz=aku sokong pendapat kau catz...kebenaran dan keadilan bukan ditentukan oleh parti atau ahli politik...kalau ikut depa,negara hancur tergadai...lebih malang kalau orang kafir yang untung hasil pergaduhan sesama Islam...