Showing posts with label MAK MAI JENGOK AKU DI LANGKAWI. Show all posts
Showing posts with label MAK MAI JENGOK AKU DI LANGKAWI. Show all posts

Thursday, November 13, 2008

MAK MAI JENGOK AKU DI LANGKAWI

Pada hari Sabtu lepas(8 Nov 2008),mak dan adik aku Awie telah datang menjengok aku di Langkawi ni...Actly pada hari Khamis(6 Nov 2008) mak aku telah ke Putrajaya dan tinggal di rumah adiknya di sana.Tujuan dia ke Putrajaya adalah untuk melawat,memberi semangat dan memberi sokongan moral serta memberi restu kepada adik aku Firdaus,yang akan menduduki SPM bermula 11 Nov 2008 di Sek. Men. Alam Shah,Putrajaya.Adik aku Awie pula telah menempah tiket Airasia ke Langkawi dari LCCT supaya mak aku dapat melawat anak bujangnya yang hidup sebatang kara di bumi Langkawi Bandaraya Pelancongan ni...hehehe.Flite mereka dijadualkan berlepas dari LCCT pada jam 6.45 petang tetapi malangnya telah didelaykan sampai jam 10.30 malam.Kesian kat depa yang terpaksa menanti dengan penuh kebosanan di airport tu...Aku pula yang sampai lebih awal 1 jam di Langkawi Airport terpaksa lah lepak2 jap sebelum kapalterbang mendarat lebih kurang jam 11.30 malam. Untuk menghabiskan masa aku gagahi la juga tangan aku ni mensnapkan beberapa keping gambar dalam airport tu...tengok jer lar...
korang bila lagi nak sampai Langkawi ni...?suasana dalam balai menunggu... kalau lapar naik ler ke tingkat atas tu...ada food garden...Anjung Serai namanya... akhirnya...my sweetheart dan adik aku sampai juga...Ahlan! Ahlan Wa Sahlan Ya Mama! Ya Albie! Ya Hayatie...!!!!
Sesampai jer di rumah aku mereka tidur ngan nyenyaknya...letih barangkali.Mak aku hanya tidur semalam jer di sini,petang keesokannya dah nak balik.Pada hari berikutnya selepas bershopping sakan di Idaman Suri dan Ismail Group kami pi lunch di Bamboo Beach Restaurant,Penarak...tidak jauh dari bandar Kuah. restoran masakan Thai ni terletak di tepi laut.Suasananya sangat mendamaikan dengan hembusan dan puputan bayu laut yang boleh menyebabkan perut yang dah kenyang pun boleh melantak lagi...hehehe...sementara menanti nasi dan lauk pauk sampai aku ketik-ketik camera untuk ambil gambar dulu...lihat lar...
ketika kami sampai kesini air laut telah surut...tak lama kemudian,lauk dan nasi pun sampai...mak...awie... Lauk yang kami pesan ni simple jer...antaranya...tomyam campur... kailan ikan masin...siakap tiga rasa... masak lemak cili api ketam...kerabu mempelam muda... tu dia...licin liau kami makan.... hanya tinggal kerapah2 saja untuk dibuang oleh pekerja restoran...
Selepas menikmati lunch di sini kami balik ke rumah untuk berehat dan bersiap.Lebih kurang jam 5.40 petang aku menghantar mak dan Awie ke Jeti Kuah. mak dan Awie beratur untuk masuk ke dalam feri...
mak sedang masuk ke dalam feri tu...tempat duduk mak dan awie tepi tingkap kedua dari depan feri...feri dah mula dok gostan meninggalkan aku dan jeti...sayu,sebak dan sedih la pulak aku rasa...makkkkkkkkkkk jangan tinggai chek!!!!!!