Showing posts with label PERANGINAN TITI HAYUN. Show all posts
Showing posts with label PERANGINAN TITI HAYUN. Show all posts

Sunday, August 10, 2008

PERANGINAN TITI HAYUN

Selepas bergumbira mandi manda kat Peranginan Sri Perigi,aku bertolak pula ke satu lagi lata atau air terjun iaitu di Peranginan Titi Hayun.Letaknya kurang lebih 10km dari Peranginan Sri Perigi juga dalam daerah Yan.Tempat ni aku dah beberapa kali datang...Mai cuti- cuti D'Yan katanyer...kemudahan parking disediakan dengan baik,tapi selalunya sesak juga...
Nyenyaknya abang ni tidoq...hilang tension dia kena marah ngan boss kemarin...eh!pepandai jer aku...

kat sini ada titi gantung,bila kita berjalan atasnya,maka akan terhayun-hayun.Pasai tu la gamaknya depa bagi nama tempat ni Peranginan Titi Hayun! abang tu pulak dok pulun nasi,lapaq sangat barangkali,punya ralit dok pekena nasi sampai terlupa anak di belakang tu...hati2 bang,nanti jatuh dalam air.
syoknya jadi budak-budak...tengok air ni jer dah terasa sejuk,tapi gagahkan diri juga untuk mandi manda buat kali kedua...


Dibawah ni pula adalah pokok dan buah ara...tumbuh meliar di tebing sungai,buahnya menjadi makanan ikan dan manusia pun boleh makan juga...
Orang dulu-dulu khasnya di kawasan agak pedalaman sikit, bila mereka buat kenduri kawin atau arwah akan mencampurkan buah ara ni dalam gulai daging,bila gulai tu dah masak, buah ara ni kelihatan seakan akan limpa lembu atau kambing.Kali terakhir aku makan gulai daging campur buah ara ni ialah pada tahun 1997, sewaktu aku bertugas di Kulim,di sebuah rumah kawan di Kg. Jangkang,Kulim,Kedah sewaktu majlis kenduri kawin.Renungan bersama...ingatkan juga hadis nabi dalam bab imatotul aza 'anittoreeq...
Wah!!!ada tempat rekreasi baru yang dimajukan oleh kerajaan nampaknya...AIR TERJUN PUTRI MANDI namanya,hmm...mesti tempat tu malam2 jadi pusat mandi manda para mambang,pari-pari dan puteri bunian...hehehe...Air Terjun Putra Mandi tak der ker...???Ingat nak pi juga tapi bila tengok lagi 3km kena berjalan kaki,jaln tu pulak nampak sayup2 jer,sbb tak boleh masuk kenderaan maka tak jadi la aku pi.Lagi pun aku sorang-sorang,kalo kena colek ngan puteri bunian tak der sapa yang tahu dan dapat selamatkan...lain kali jer la mai lagi.