Sunday, August 10, 2008

PERANGINAN TITI HAYUN

Selepas bergumbira mandi manda kat Peranginan Sri Perigi,aku bertolak pula ke satu lagi lata atau air terjun iaitu di Peranginan Titi Hayun.Letaknya kurang lebih 10km dari Peranginan Sri Perigi juga dalam daerah Yan.Tempat ni aku dah beberapa kali datang...Mai cuti- cuti D'Yan katanyer...kemudahan parking disediakan dengan baik,tapi selalunya sesak juga...
Nyenyaknya abang ni tidoq...hilang tension dia kena marah ngan boss kemarin...eh!pepandai jer aku...

kat sini ada titi gantung,bila kita berjalan atasnya,maka akan terhayun-hayun.Pasai tu la gamaknya depa bagi nama tempat ni Peranginan Titi Hayun! abang tu pulak dok pulun nasi,lapaq sangat barangkali,punya ralit dok pekena nasi sampai terlupa anak di belakang tu...hati2 bang,nanti jatuh dalam air.
syoknya jadi budak-budak...tengok air ni jer dah terasa sejuk,tapi gagahkan diri juga untuk mandi manda buat kali kedua...


Dibawah ni pula adalah pokok dan buah ara...tumbuh meliar di tebing sungai,buahnya menjadi makanan ikan dan manusia pun boleh makan juga...
Orang dulu-dulu khasnya di kawasan agak pedalaman sikit, bila mereka buat kenduri kawin atau arwah akan mencampurkan buah ara ni dalam gulai daging,bila gulai tu dah masak, buah ara ni kelihatan seakan akan limpa lembu atau kambing.Kali terakhir aku makan gulai daging campur buah ara ni ialah pada tahun 1997, sewaktu aku bertugas di Kulim,di sebuah rumah kawan di Kg. Jangkang,Kulim,Kedah sewaktu majlis kenduri kawin.Renungan bersama...ingatkan juga hadis nabi dalam bab imatotul aza 'anittoreeq...
Wah!!!ada tempat rekreasi baru yang dimajukan oleh kerajaan nampaknya...AIR TERJUN PUTRI MANDI namanya,hmm...mesti tempat tu malam2 jadi pusat mandi manda para mambang,pari-pari dan puteri bunian...hehehe...Air Terjun Putra Mandi tak der ker...???Ingat nak pi juga tapi bila tengok lagi 3km kena berjalan kaki,jaln tu pulak nampak sayup2 jer,sbb tak boleh masuk kenderaan maka tak jadi la aku pi.Lagi pun aku sorang-sorang,kalo kena colek ngan puteri bunian tak der sapa yang tahu dan dapat selamatkan...lain kali jer la mai lagi.

7 comments:

kak ja said...

Salam Adie,
Love the pics.. Seronoknya jd bebudak, kan? Terjun sini sana, xde masaalah..

Kja tak penah plak rasa gulai campoq buah ara.. Nak mkn mcm ni kena pi kenduri belah2 kpg skit, kan? Tp gulai campoq rias/batang pisang penah makanlah..

CATZ said...

hem..another air terjun.bestnyaaa..nak mandiii..nam mandi air terjunn...syoknya...kalau jadi budak2 bestnya....bleh terjun tirukk...
bestnya tempat hang ismardi, byk air terjunn..sejukkkk

nazzman ibrahim said...

i baru ja p ayaq tojun perigi semalam ingat nak buat entry rupanya awak dah buat huhuhuhu

adie-ishmael said...

kak ja=salam...gulai rias/batang pisang yang paling sedap didunia ialah yg dibuat oleh orang2 di Kg. Chepir,Sik,Kedah...setakat ni saya dah makan di merata tempat,tp tak dak yg boleh teng depa.

catz=catz mai la sini,bawa sedara mara ramai2, leh kita pi berkelah

nazz=ya ka?hmm..nazz masukkan cerita pasai air terjun sg kunyit je lah ek...

Anonymous said...

Awat ler masa aku dok dekat sana xpi....Hrtu masa kita pi air terjun yang kering kontang tu apa mana tau ? Surip

adie-ishmael said...

surip=masa hang mai asyik sibuk ngan tugas kat INTAN tu jer...mana dan nak plan pi kesana sini pun kan...

PUTUBAMBU said...

wow..!! nice photos.

sejuk jek tgk ayaq terjun tu..!

eei...bestnya kalau berkelah..