Oat adalah bijirin yang amat baik untuk memberi tenaga di sepanjang hari berpuasa.Korang patut cuba sahur dengan oat ni.Nak masak apa dan nak makan macam mana terpulanglah kepada korang...Kata orang,oat juga boleh bantu menyerap lemak2 dan kolestrol dalam tubuh kita. Alamak!!fakta ker auta ni? Sapa leh jawab? Tok(nenek) aku selalu cerita tentang kegemaran ayah mertuanya(moyang aku@bapa tok wan aku)yg suka sangat makan oat dengan sup ayam setiap malam....Aku tak pasti macam mana rupa sup ayam + oat yang dimakan oleh moyang aku tu,tapi aku tunjukkan di sini rupa sup ayam + oat yang aku masak untuk aku bersahur...jom lihat..hehehe

serai dikatok-katok (orang Kuala Lumpur cakap dititik) Kenapa pula dititik yer...heran aku?,setahu aku yang dititik tu air jer kan?

daun limau purut... serai dan daun limau purut untuk hilangkan bau hanyir ayam dan membangkitkan aroma yg menyelerakan...

oat...


serbuk rempah sup...

isi ayam...

air untuk mereneh sup...tak payahla guna mineral water...botol tu hiasan jer...

bahan2 tadi korang rebuskan sekaligus dalam periuk...kalau dapat periuk tanah macam aku punya ni lagi bagus kerana lebih sedap...


inilah hasilnya...sup ayam + oat...aku suka yang pekat tak berkuah,so aku letakkan sedikit jer air...kalo nak yang banyak kuah masukkanlah air banyak sikit...