Cuti Hari Kebangsaan itu hari aku tak kemana-mana...hanya kat rumah jer.Bosan di rumah aku keluar lunch kat Taman Ria Jaya.Masa nak balik rumah aku lalu di hadapan The Carnivall,Sg Petani(ala2 theme park gitu).Aku singgah jap bila tgk ramai manusia berimpun di depan parking lot tempat tu untuk aku amik tau apa yg ada kat situ...

pintu masuk utama ke Carnivall

orang ramai dengan aktiviti mereka...


ada gak gerai2 cenderahati kat situ...

plan layout theme park tu...

kalau nak main2 air kat dalam tu kena la beli tiket dulu...

syoknya kalau dapat bawa anak2 mai sini...anak apa tataw?!!!hehehe


bubu ayah Nazz yg hilang tu ada sini rupanya...depa buat hiasan lampu...


hmm...raga sayur pun boleh pakai buat hiasan lampu gak no!!!kreatif...

tu dia!bergentayangan di atas pokok nun...

nak masuk pi main ayaq kena la lalu pintu ni dulu...

Kak Ja,Putu,Catz...Sorry!!!Hampa diharamkan masuk sebab pakai tudung menutup aurat! Nak masuk kena londehkan tudung tu! Seperti biasa,kalau yang menyentuh hak-hak asasi orang Islam,tiada sapa pun berani bersuara lantang buat komplen,semua kecut teloq kat orang Kapiaq!PAS perintah Kedah pun undang-undang kuno macam ni masih diamalkan.Ini tidak adil!!! Exco pelancongan!,jangan dok tidoq, turun la mai tengok supaya depa buat sesuatu alternatif kepada yg memakai tudung,Muslimah pun nak berhibur juga!Alamak...ekstrem ker aku ni? hehehe...
Jom kita tengok pula kereta2 yg telah dimake up untuk pertandingan di situ...







wow!!!bonet kereta2 ni padat ngan aksesori sound system...macam mana la agaknya nak isi kelapa,durian,pisang,ubi kayu,pucuk paku bila balik kampung nanti...


taklimat pertandingan sdang disampaikan oleh penganjur...tiga orang lelaki yg di depan tu adalah hakim2 yg akan mengadili pertandingan ni...


sebahagian dari peserta sedang mendengar taklimat...


pemilik kereta ni tayang segala hadiah yg pernah dimenangi dalam pertandingan2 sebelum ni...
bersambung dalam N3 berikutnya,insya allah...
ilalliqak...