Jumaat lepas, aku berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia,Sungai Petani.Setiap tahun GM dia kan kasi sekeping voucher kat aku untuk dua orang.Selalunya aku berdua jer ngan mak aku,tapi tahun ni berempat dengan anak2 penakan.

voucher yg disedekahkan(hehehe) oleh GM Seri Malaysia ,Sg Petani...terima kasih Puan Hajjah Zarinah...

La...tak dak sapa lagi ka!!!dalam surat suruh sampai mai sini 6.30pm,kami sampai 6.45pm...kami tak terlalu awalkan??


sementara nak pi amik makanan,sempat lagi posing2 nih...mak aku,Syarmin Elise dan kakaknya Sarah Emily.

seingat aku,pada petang tu semua tips ini kami patuhi dengan jayanya...


pelbagai aneka choocalk yg melazatkan...yummie yummie! kelihatan choocalk lompang,choocalk cara,choocalk bengkang,choocalk udang,choocalk kodok pun ada nih!! macam2 lg lah...


tu dia...penghujung rasa katernyer...so kena la makan last sekali pelbagai jeruk meruk tu!!!

La...dulu kampung setinggan,bila masa pula jadi kolam mandi kat situ tu...?

gong dipalu menandakan tempoh berpuasa untuk hari tu dah tamat...

cucoq2 yg kami amik untuk dimakan pada round pertama...

nasi untuk round kedua...ini nasi aku...nasi minyak,kari kepala ikan,gulai daging lembu,ikan temenung bakar(seekor),ikan pari bakar(sepotong kecik) dan ikan keli bakar(saiz s jer).

apala anak2 aku dok perati dan dok pikiaq tu...?agaknya depa dok pikiaq lagu mana nak sumbat semua makanan2 tu sekaliguih ke dalam mulut kot.


selepas solat maghrib, round ketiga pun diteruskan...bantai bihun sup pulak dah...

last sekali makan jeruk pulak untuk mengelakkan dari melugai kerana makan itu dan ini...hehehe.

habis licin laik...

terima kasih seri malaysia...selamat malam!
Selepas hantar mak dan anak2 penakan aku balik,aku bersiap untuk ke Bandar Perda,Bukit Mertajam pula kerana ada sorang kawan dah beberapa kali ajak makan,dia nak belanja.Makanya,lokasi makan berikutnya pada malam itu ialah steambot di Restoran Johnny's.




ais batu campur ala Thai...side order.







Selepas makan steamboat,kami ke Nash Donuts & Bakery yg tidak berjauhan dari situ pulak...makan lagi...Apa yg membanggakan aku pemiliknya ialah seorang Melayu...





cutenya cawan kopi dia...bersemangat jer aku nak hirup kopi tu.



donut...oh!sedapnya...

Aku pasti akan datang lagi sini,insya Allah.