
ruang istirehat...
ruang makan...
ruang tetamu...
ruang dapur...
bilik tidur...selimut tebal...musim sejuk...


sebahagian pemandangan yang sempat aku rakamkan dari atas apartment kami...kelihatan kota Kaherah padat...menjadi penghuni lebih kurang 20juta jiwa.Setelah puas berehat,kami dibawa oleh Ustaz Zakaria jalan-jalan sekitar kota Kaherah.Pada sebelah petang itu pula,kami berkesempatan menziarahi apartment anak Dato' Yang di Pertua(YDP) Majlis Agama Islam Kedah(MAIK)yang terletak tidah jauh dari masjid Sayyida Zainab.
di rumah anak Dato' YDP MAIK...kelihatan Ustaz Zakaria sedang menuang teh 'o' untuk membasahi tekak dan memanaskan badan kami...
dan sedikit roti kering yang sangat enak dicicah dengan air teh 'o'...


anak perempuan Dato' YDP MAIK adalah penuntut fakulti perubatan di Cairo University,so tak hairanlah kalau di rumahnya terdapat pelbagai tulang temulang manusia di sana- sini...menurut beliau tulang2 tu dibeli dengan harga 200 pounds mesir(200 genih)...1 pound/genih=65sen Malaysia.
alamak...roti dan tulang manusia tu sama keras dan sama warna jer...jangan-jangan aku dah tersalah ambil dan cicah tulang tu dalam air teh 'o'...eeeeeee!!!!!Selepas di apartment anak perempuan Dato'YDP MAIK,kami berkunjung pula ke rumah anak Ustaz Hassan Basri yang sedang belajar dan mengajar di sana...
al-akh Zaidi...anak Ustaz Hassan Basri...juga merupakan rakan lama saudara Ishan-Qureshi,salah seorang rakan blogger aku.
Ustaz Hassan Basri bersama cucunya,anak Zaidi yang lahir di Kaherah... Kami juga telah menikmati makan malam di rumah Zaidi.Menu yang disediakan amat menyelerakan.Masih teringat-ingat keenakannya sampai ke saat ini...

itik nila(itik serati)kukus...untuk makluman,ini bukan masakan orang Arab tetapi masakan Melayu Pattani...disediakan oleh kawan-kawan Zaidi yang kebanyakannya dari Pattani,Thailand...

sup daging itik nila(itik serati)...sup ini dikenali sebagai sup loreh...
tu dia...kami pulun itik tu sampai tinggal tulang...kalau tulang tu leh telan,nescaya gambar ni pasti tak dapat disiarkan di sini...
kenyangnya...sedapnya...nak lagiiiii...bersambung ceita dalam N3 mendatang...ilalliqak...

























