Showing posts with label CUTI-CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI. Show all posts

Friday, April 10, 2009

KEMBOJA...KAMI DATANG!!!

Alhamdulillah,setelah sekian lama merancang akhirnya hari untuk berangkat ke Kemboja pun tiba...Tanggal 1 April 2009 dengan kudrat dan iradat Allah Taala kami menuju ke Phnom Penh...
sebahagian dari ahli rombongan kami...dari kiri Anuar,Aku,Sam dan Azhar(sedang ambil gambar kami)...Wak Surip tak pergi sebab dia sering teragak-agak...kejap nak gi,kejap tak nak...tak tetap pendirian...maka kami tinggalkan dia di Malaysia dengan penuh kesedihan dan penyesalan...dapat mai hantar kami kat LCCT jer la nampaknya...jangan nangis ya Wak!... kami naik Airasia...tapi kapal terbang ni tak dak ciri-ciri Airasia langsung...
dah nak dekat sampai...nampaknya Malaysia kita lebih hijau...
Alhamdulillah...dapat juga pijak bumi Kemboja(Cambodia)...
kenderaan yang menanti untuk membawa kami ke hotel...bukan tak mampu nak naik teksi,tapi saja nak cuba kenderaan yang tak dak kat Malaysia... malam pertama kami menginap di Hotel Puncak...kepunyaan orang Malaysia...dari Kedah khabarnya... dua bilik=USD55...kurang lebih RM198...bahagi 4 orang=RM49.50 seorang...
Selepas mandi dan bersiap-siap,kami keluar bersiar-siar di sekitar bandaraya Phnom Penh...

antara tempat yang kami tuju pada malam tersebut ialah kawasan lapang berhadapan Istana Raja Kemboja...ala-ala Dataran Merdeka kalau kat Kuala Lumpur...yang berbaju hitam itu ialah saudara Manzur bin Musa...rakyat Kemboja berketurunan Cham yang pernah tinggal di Malaysia menjadi pekerja rakan kami Anuar(sebelah Manzur)...sepanjang berada di Kemboja,Manzur lah yang banyak membantu kami khasnya sebagai juru bahasa dan juru arah... kami lepak-lepak sambil minum dan makan sotong lenyek...kat Malaysia pun aku selalu makan benda tu...kemudian kami ke rumah kawan Azhar pula yang bernama Panya yang terletak tidak jauh dari tempat kami lepak tadi...Panya dan Azhar adalah kenalan lama sewaktu mereka sama-sama berkursus di Korea Selatan tidak berapa lama dulu...Panya adalah seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri Kemboja...kelihatan dalam gambar ialah Azhar,anak Panya yang berumur 3 tahun itu dan Panya...kedai cenderamata kepunyaan keluarga isteri Panya...mereka tinggal di tingkat atas kedai ini...isteri Panya menjamu kami buah mempelam yang dipetik dari ladang mereka...kami bantai 3 pinggan...alhamdulillah.
bersambung...

Sunday, March 29, 2009

HARI-HARI TERAKHIR DI SANDAKAN

Sebelum berangkat pulang ke Langkawi aku sempat ke beberapa tempat lagi.Antaranya Pusat Perlindungan Monyet Belanda(Proboscis Monkey) di Teluk Labuk.Selain orang utan,monyet belanda adalah antara spesies monyet yang hanya terdapat di Pulau Borneo.Pusat ini diurus oleh pihak swasta...
tempat ni agak kedalam...tapi berbaloi kalau korang datang... oleh kerana ianya diuruskan oleh pihak swasta, harga tiket pun boleh tahan la juga...bukan pemegang MyKad dewasa=RM60, bawah 18 tahun RM30...pemegang MyKad dewasa=RM15, bawah 18 tahun=RM10...camera RM10... menanti waktu petugas memberi monyet belanda makan...



selepas berada di Labuk Bay kami ke kuil Buddha Puu Jih Syh lak...kebebasan agama di Malaysia ni sentiasa terjamin, tak seperti yang selalu ditohmahkan oleh sesetengah orang kafir dan orang-orang Islam yang bengong lagi bertaraf kuda kayu serta boneka plastik kepada si kafir lahanat yang sering menggambarkan mereka ditindas oleh pemerintah...malah keadaan mereka di sini lebih baik dari di China dan di India lagi...kalau hangpa tak puas hati,nyah ler berambus balik ke China atau India...baru hangpa tau dan rasakan...aku dah berjalan ke merata negara...tak dak negara yang lebih bagus dari Malaysia tanah airku ini...aiyyo emo sakan...!!hahaha...




Thursday, March 26, 2009

AKTIVITI LUAR JANGKA

Sepanjang 6 hari di Sandakan pelbagai aktiviti percutian telah dilalui.Bagi mereka yang telah mengikuti pengalaman aku di sana, tentu dapat memahami betapa seronoknya percutian itu. Selain menjayakan aktiviti yang telah dirancang dari awal sebelum sampai ke Sandakan lagi, terdapat juga aktiviti yang aku lalui tanpa dirancang atau direncanakan...
tidak jauh dari hotel aku,terdapat sebuah padang awam...kebetulan semasa aku di Sandakan diadakan Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Aku ke situ untuk melihat persembahan kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan yang diadakan selama 2 hari...
dapatlah tengok juga persembahan kebudayaan penduduk Sandakan... bilangan penduduk bukan warganegara ramainya...majoriti dari Filipina...
Pada malam tersebut juruacara majlis ada membuat pengumuman bahawa esok pagi jam 7 akan diadakan senamrobik di padang tu... maka pagi-pagi lagi aku bangun dan menuju ke padang untuk sama-sama bersenam dengan masyarakat tempatan...aku call ASM untuk datang sama ke sini...


dah selesai...dah cooling down pun...segar badan...bersurai...
terima kasih cikgu senamrobik...
selepas bersenam balik ke bilik hotel...bilik aku tingkat dua color pink yang terselak curtain itu...
pemandangan dari atas bilik aku... selepas mandi dan bersiap-siap aku turun ke tamu pula...sama macam nat atau pasar minggu kat tempat aku tu...hmmm...pucuk paku midin...kesukaan ayah aku...kalau masak kuahnya akan jadi kemerah-merahan...ada juga kat sini rupanya...ayya! attak jual hanjeng juga ma...
besarnya labi-labi ni...sedap ker?
kat tamu pun ada juga pemeriksaan kesihatan...pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah untuk penyakit kencing manis...pemeriksaan kencing masin ada tak?
periksa tekanan darah RM1.00...

owh!!! kena cucuk untuk ambil darah...tak sakit pun...rasa macam kena sunat jer...periksa kandungan gula dalam darah kena RM5.00... La...aku sorang jer Melayu...! Muka dan pakaian serta penampilan orang-orang kat sini semuanya lebih Melayu dari aku,tapi depa bukan Melayu...hahaha...zoom dan baca la di ruangan bangsa depa tu...tekanan darah aku 130/70 dan gula pula 5.1, sihat ke aku ni? Sapa-sapa yang tau tolong habaq mai sat...mai! mai! mai!...Pakcik,makcik,abang,adik dan kakak...jangan takut...mai la periksa kesihatan...