Thursday, March 26, 2009

AKTIVITI LUAR JANGKA

Sepanjang 6 hari di Sandakan pelbagai aktiviti percutian telah dilalui.Bagi mereka yang telah mengikuti pengalaman aku di sana, tentu dapat memahami betapa seronoknya percutian itu. Selain menjayakan aktiviti yang telah dirancang dari awal sebelum sampai ke Sandakan lagi, terdapat juga aktiviti yang aku lalui tanpa dirancang atau direncanakan...
tidak jauh dari hotel aku,terdapat sebuah padang awam...kebetulan semasa aku di Sandakan diadakan Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Aku ke situ untuk melihat persembahan kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan yang diadakan selama 2 hari...
dapatlah tengok juga persembahan kebudayaan penduduk Sandakan... bilangan penduduk bukan warganegara ramainya...majoriti dari Filipina...
Pada malam tersebut juruacara majlis ada membuat pengumuman bahawa esok pagi jam 7 akan diadakan senamrobik di padang tu... maka pagi-pagi lagi aku bangun dan menuju ke padang untuk sama-sama bersenam dengan masyarakat tempatan...aku call ASM untuk datang sama ke sini...


dah selesai...dah cooling down pun...segar badan...bersurai...
terima kasih cikgu senamrobik...
selepas bersenam balik ke bilik hotel...bilik aku tingkat dua color pink yang terselak curtain itu...
pemandangan dari atas bilik aku... selepas mandi dan bersiap-siap aku turun ke tamu pula...sama macam nat atau pasar minggu kat tempat aku tu...hmmm...pucuk paku midin...kesukaan ayah aku...kalau masak kuahnya akan jadi kemerah-merahan...ada juga kat sini rupanya...ayya! attak jual hanjeng juga ma...
besarnya labi-labi ni...sedap ker?
kat tamu pun ada juga pemeriksaan kesihatan...pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah untuk penyakit kencing manis...pemeriksaan kencing masin ada tak?
periksa tekanan darah RM1.00...

owh!!! kena cucuk untuk ambil darah...tak sakit pun...rasa macam kena sunat jer...periksa kandungan gula dalam darah kena RM5.00... La...aku sorang jer Melayu...! Muka dan pakaian serta penampilan orang-orang kat sini semuanya lebih Melayu dari aku,tapi depa bukan Melayu...hahaha...zoom dan baca la di ruangan bangsa depa tu...tekanan darah aku 130/70 dan gula pula 5.1, sihat ke aku ni? Sapa-sapa yang tau tolong habaq mai sat...mai! mai! mai!...Pakcik,makcik,abang,adik dan kakak...jangan takut...mai la periksa kesihatan...

15 comments:

Aleeza Zaily said...

Labi-labi tu depa beli wat per? makan ker?

Pemeriksaan kesihatan:
Blood pressure ok, gula mesti mau jaga sket, kurangkan nasik, makanlah capati!

Anonymous said...

hahhahaahha...
senamrobik ye bang...
peluh ke... macam tak je....

wah... itu labi2 makan kot.. eksotik food..

tekanan dara n kencing manis..
sanggup ek .. ni sah dah takde aktiviti pg tu...
mata kiraan tekanan daran tinggi n kencing manis sleepas aerobik tu pun macam tinggi je.. apetah lagi sebrlum ek bang..

apa2 pun.. abg dah macam jadik org sandakan baa..

Anonymous said...

IK -

salam adie, semacam ada satu aura yang selalu memanggil2.. saya untuk menyususri blog kamu...

"budaya" .. kamu sememangnya menghayati budaya setempat.. kunjungan kamu ke "tamu" saya percaya, memberikan satu pengalaman yang tak akan kamu lupakan...

sememangnya.. kamu adalah genuine traveller... saya dapat rasakan sahabat kamu amat selesa berlibur bersama-sama kamu dan berkongsi segala pengalaman yang dilalui bersama..

saya tertarik dengan foto terakhir di dalam blog kamu... seperti satu teknik candid yang amat2 natural.. saya suka!

IK

p/s- sedikit info berkenaan blood sugar level untuk kamu.

jaga diri dan kesihatan.

Blood sugar concentration, or glucose level, refers to the amount of glucose present in a mammal's blood. Normally, the blood glucose level is maintained at a reference range between about 4 and 6 mM (mmol/l). It is tightly regulated in the human body as a part of metabolic homeostasis. Other sugars (eg, fructose) do not participate in the control mechanisms and are, thus, largely irrelevant to metabolic control.

Normal blood glucose levels are about 90mg/100ml, equivalent to 5mM (mmol/l) (since the molecular weight of glucose, C6H12O6, is about 180 g/mol daltons). The total amount of glucose normally in circulating human blood is therefore about 3.3 to 7g (assuming an ordinary adult blood volume of 5 litres, plausible for an average adult male). Glucose levels rise after meals for an hour or two by a few grams and are usually lowest in the morning, before the first meal of the day. Transported via the bloodstream from the intestines or liver to body cells, Glucose is the primary source of energy for body's cells, fats and oils (ie, lipids) being primarily a compact energy store.

advise - regular exercise, eat healthy food, drink plenty of plain water & fasting.

shazali said...

ewahhh...tu senamrobik atau amik kesempatan menari? ;) larikkk...

for me, BP tu ok...gula pun ok. Eh, mcm tak percaya pula gula 5.1...adakah tuan tanah dah makin kurus????? ***** scary! hehehe!


p/s : nnt jom kita pi joging kat lebuhraya langkawi tu noo....

PINATBATE said...

wow!percutian yg sungguh bermakna..
awek nurse tu manis-manis ...ehemm

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Tak sangka abang seorang penari-robik yg hebat. Kalaulah abang jadi pelakon utama dalam filem 'SAYANG YOU CAN DANCE", konpom filem tu akan meletup di panggung dgn kutipan box-office. Tapi sayang seribu kali sayang, Dafi & Samuel Rizal yg dipilih sbg pelakon utama...sbb tu filem tu jadi suam2 kuku je kat panggung;-) Ok la, teruskan penarian abang (maksudnya perkelanaan abang) ke seluruh pelosok dunia dan jgn lupa utk berkongsi cerita dgn kami semua. Wassalam...khuda hafiz!

daela said...

abg adie...cute la masa bersenam...ahahaha...serius ke main2 masa bersenam tu???

ape pun betul kata IK...daela setuju..

Madam Casper said...

adie
5.1 tu hang dah kena jaga2 dahhh..dah nak terlebih level tu .Tapi lebih afdal masa test darah tu hg puasa sebelah malamnya.

Wahh ni nnt aku nak minta no phone hang mana tau lepas bersalin ni aku nak wat kenduri nak jemput hang

PUTUBAMBU said...

sihat le tu...

DarcyDiaries said...

Jale2 lagik!
Adoi..

Bestnya!

P/S; Bila nak gi London nih, jom?

adie-ishmael said...

Aleeza=aku dibagi tau memang untk dimakan...jadi ubat katanya... capati pun ok...semalam aku makan capati ngan ayam tandoori...

Lin=minta2 abng sihat selalu...amin

Ik=kata-kata kamu sentiasa menjadi perangsang pada saya...terima kasih juga atas maklumat berkenaan kesihatan itu...

shazali=yup...kurus tu tak la,perut makin kecik kot...hahaha...

pinatbate=betul...nurse tu manis... tp bila saya ngorat,dia cakap nak orang Bajau jer...punah ler harapan saya...

Ishan=apa!!! Sayang u can dance? yurk...hehehe

daela=orang berpeluh sampai basah baju...ingat main2 pulak...

casper=nanti buat kenduri jemput aku ya...no phn ada kat Putu n Nazzman...

Putu=amin...doa putu biasanya dimakbul ilahi...

darcydiaries=insya allah...kalo ada rezeki leh kita pi ya...

Arm Cher said...

owh...

begitu informasi la blog ni...

heheh...

CATZ said...

wah..penuh terisi masa kan..u really enjoy ur trip..bergaul dgn penduduk tempatan..taste their food..
yup..such a genuine traveller..
boleh jadi host rancnagan jln2 cari makan..or travel and living program..cenel 707.

adie-ishmael said...

izham=terma kasih...

catz=sekali lagi pujianmu buatkan aku tersenyum dan bersemangat...

yusop said...

sekali lagi terima kasih memperkenalkan sandakan di mata umum.....hahaha...org kat sini banyak mix lah en Adi...jangan keliru tau...ada jugak yang bangsa melayu,jikalau emak dia orang sini dan ayah dia orang semenanjung,automatik bangsa dia akan melayu.Emm...labi labi tu memang untuk di makan..nak cuba ke...hehe...makan kat sini pastikan ada lebel halal....

Lama saya mengikuti blog en Adi..best..
Ini alamat e mail saya on tagged
ellyazalie@hotmail.com