Pada petang 31 Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban 1429 yg lalu aku berkesempatan menyertai rombongan mencerap hilal(anak bulan) Ramadhan di Menara Alor Star.Selain Menara Alor Star,terdapat dua lagi tempat cerapan hilal di negeri Kedah Darul Aman ni iaitu di Kg Pulau Sayak,Kuala Muda dan Pemandangan Indah,Langkawi.Penetapan tarikh mula berpuasa dan berhari raya di Malaysia adalah berdasarkan hisab(kiraan mengikut ilmu falak) dan rukyah(mencerap dengan mata kasar atau peralatan2 tertentu).
Kalaulah tidak kerana awan yg agak tebal pada petang itu,hilal Ramadhan boleh dilihat dengan mata kasar,kerana telah memenuhi kriteria ketetapan imkanur rukyah(kemungkinan untuk nampak).Kriteria imkanur rukyah adalah seperti berikut:
1)Pada ketika matahari terbenam(ghurub),ketinggian hilal di atas ufuk mestilah tidak kurang dari dua darjah dan jarak lengkung(hilal dan matahari) tidak kurang dari tiga darjah.
2)Pada ketika hilal terbenam(ghurub) pula,umurnya tidak kurang dari lapan jam selepas ijtimak berlaku.Ijtimak ialah kedudukan matahari,bulan dan bumi berada selari di garisan yg sama.



lokasi mencerap hilal Ramadhan!!! Menara Alor Star merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur,kedua2 menara ini ditadbir dan diurus oleh pengurusan yg sama. Jom kita lihat sebahagian pemandangan Bandaraya Alor Star diambil dari atas menara ini...


nampak jelas dari atas ni Masjid Zahir(Masjid Negeri).


Stadium Darul Aman dari kejauhan...



taklimat dan muzakarah ringkas disampaikan oleh Tuan Haji Mohammad Yunus bin Md Yusuf,Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM)sebelum aktiviti cerapan dimulakan.

antara sebahagian ahli jawatankuasa rukyah hilal Ramadhan...dari kiri berbaju kuning ialah Tuan Syeikh Abdullah Bin Awang Sa(Ketua Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah),berbaju biru berkain pelikat ialah Yang Amat Arif Dato' Syeikh Yahaya Bin Jusoh(Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah)yang berbaju putih pula Tuan Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim(Pegawai Agama Daerah Padang Terap).

yang bermisai tebai berbadan gempai ni pulak ialah Tuan Syeikh Zakaria Bin Mustafa(Pegawai Agama Daerah Kota Setar)jangan marah ya Tuan Syeikh...

yang ni pula ialah Dato' Syeikh Zakaria Bin Awang Besar(Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah)amboiiii...sembang rabung nampak, sampai Yang Amat Arif Dato'Ketua Hakim Syarie muncung sakan mulut dia tu...
Aktiviti cerapan bermulalah pada waktu yang telah ditetapkan...


para pegawai dari jabatan ukur dan pemetaan sedang mengadjust theodolite(alat utama cerapan).

Yang Amat Arif sedang melakukan cerapan...


Dato'Syeikh Zakaria Awang Besar sedang menggunakan theodolite...

cerapan terakhir sebelum kami berhenti untuk solat maghrib...

hari dah semakin gelap...

hilal tidak dapat dilihat pada petang itu walaupun berdasarkan hisab ianya boleh nampak kerana awan agak tebal...










hari dah gelap gelemat...jom solat maghrib...jumpa dalam part II,insya Allah...
ilalliqak...