Wednesday, September 3, 2008

MENCERAP HILAL RAMADHAN PART I

Pada petang 31 Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban 1429 yg lalu aku berkesempatan menyertai rombongan mencerap hilal(anak bulan) Ramadhan di Menara Alor Star.Selain Menara Alor Star,terdapat dua lagi tempat cerapan hilal di negeri Kedah Darul Aman ni iaitu di Kg Pulau Sayak,Kuala Muda dan Pemandangan Indah,Langkawi.Penetapan tarikh mula berpuasa dan berhari raya di Malaysia adalah berdasarkan hisab(kiraan mengikut ilmu falak) dan rukyah(mencerap dengan mata kasar atau peralatan2 tertentu).
Kalaulah tidak kerana awan yg agak tebal pada petang itu,hilal Ramadhan boleh dilihat dengan mata kasar,kerana telah memenuhi kriteria ketetapan imkanur rukyah(kemungkinan untuk nampak).Kriteria imkanur rukyah adalah seperti berikut:
1)Pada ketika matahari terbenam(ghurub),ketinggian hilal di atas ufuk mestilah tidak kurang dari dua darjah dan jarak lengkung(hilal dan matahari) tidak kurang dari tiga darjah.
2)Pada ketika hilal terbenam(ghurub) pula,umurnya tidak kurang dari lapan jam selepas ijtimak berlaku.Ijtimak ialah kedudukan matahari,bulan dan bumi berada selari di garisan yg sama.lokasi mencerap hilal Ramadhan!!! Menara Alor Star merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur,kedua2 menara ini ditadbir dan diurus oleh pengurusan yg sama. Jom kita lihat sebahagian pemandangan Bandaraya Alor Star diambil dari atas menara ini...
nampak jelas dari atas ni Masjid Zahir(Masjid Negeri).Stadium Darul Aman dari kejauhan...
taklimat dan muzakarah ringkas disampaikan oleh Tuan Haji Mohammad Yunus bin Md Yusuf,Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM)sebelum aktiviti cerapan dimulakan.antara sebahagian ahli jawatankuasa rukyah hilal Ramadhan...dari kiri berbaju kuning ialah Tuan Syeikh Abdullah Bin Awang Sa(Ketua Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah),berbaju biru berkain pelikat ialah Yang Amat Arif Dato' Syeikh Yahaya Bin Jusoh(Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah)yang berbaju putih pula Tuan Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim(Pegawai Agama Daerah Padang Terap).yang bermisai tebai berbadan gempai ni pulak ialah Tuan Syeikh Zakaria Bin Mustafa(Pegawai Agama Daerah Kota Setar)jangan marah ya Tuan Syeikh...yang ni pula ialah Dato' Syeikh Zakaria Bin Awang Besar(Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah)amboiiii...sembang rabung nampak, sampai Yang Amat Arif Dato'Ketua Hakim Syarie muncung sakan mulut dia tu...
Aktiviti cerapan bermulalah pada waktu yang telah ditetapkan...
para pegawai dari jabatan ukur dan pemetaan sedang mengadjust theodolite(alat utama cerapan).
Yang Amat Arif sedang melakukan cerapan...Dato'Syeikh Zakaria Awang Besar sedang menggunakan theodolite...cerapan terakhir sebelum kami berhenti untuk solat maghrib...hari dah semakin gelap...
hilal tidak dapat dilihat pada petang itu walaupun berdasarkan hisab ianya boleh nampak kerana awan agak tebal...


hari dah gelap gelemat...jom solat maghrib...jumpa dalam part II,insya Allah...

ilalliqak...

11 comments:

Zuer said...

salam Rahmadhan, Semoga tidak lewat untuk diucapkan kat abg? lama abang tak post?
Any way...kenapa kita panggil cerapan plak? kita cerap ker anak bulan tu?

DarcyDiaries said...

Salam,

Abg, do we still need to tgk anak bulan kalau dah mcm confirm akan puasa? Maaf kalau bunyi cam jahil je..

Saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan

adie-ishmael said...

zuer=salam ramadhan gak buat zuer..
yup lama gak sbb bz n cuti panjang.Cerap dipilih menggantikan perkataan lihat kerana lebih tepat istilahnya... mana kala hilal pula digunakan bagi menggantikan perkatan anak bulan.

adie-ishmael said...

darcydiaries=kita mencerap atau tgk hilal(anak bulan)kerana mengikut sunnah rasulullah,ianya adalah suatu ibadah dan dapat pahala,bahkan merupakan fardu kifayah kerana ada arahan dari nabi melalui sabdanya...bukannya sajer2 jer nak susah2kan diri pi cerap tu..hehehe!Menggunakan kaedah hisab dan rukyah tentunya lebih meyakinkan bila kita hendak beribadah khasnya ibadah yg terikat dengan penetapan tarikh berdasarkan lunar calendar.Ini jelas menunjukkan dalam Islam kita amat menitik beratkan kesahihan dalam sesuatu hal berkenaan ibadah,bukan sekadar ikut agak2 jer atau hanya turut cakap para ulama secara membabi buta...sedih juga bila masih lg terdapat sesetengah masyarakat kita yg tidak yakin dengan kaedah ini sehingga di sesetengah tempat mereka berpuasa atau berhari raya berbeza dengan apa yg diputuskan oleh pihak pemerintah kerana berpendapat kerajaan atau pemerintah tidak Islamic...

DarcyDiaries said...

Abg, thanks for the explanation panjang lebar. Really appreciate it

Catz said...

wah..penuh informasi..baru now catz tau how the proses cerap2 hilal itu..hem..thanks for the info.

adie-ishmael said...

catz=sama2,hepi dapat kongsi info ngan catz.

PUTUBAMBU said...

aku baru jek nak tanya mencerap tu ape..rupanya tgk anak bulan...

kat kg. aku pun ada gak..
kat Pasir Panjang, Pantai Remis tu..

Beruang Madu said...

hmmmm kalau gelap maknanya takleh nak posa lah yer?? satu soalan sensitif... keapa kita tak ikut jer Arab Saudi... diorang selalu nampak.. kalau seluruh dunia ikut arab saudi kan ker dalam hal ni kita bersatu?? USA dan Eropah sangat bersatu sebab diorang ikut Arab Saudi dalam menentukan puasa dan raya... (kalau tak salahlah) ini member yg cerita...

adie-ishmael said...

BMadu=apa? nak ikut Arab Saudi??? oh no no no...dalam banyak hal kita lebih baik banyak dari Arab Saudi termasuklah urusan rukyah hilal,lebih saintifik dan ilmiah serta terurus...orang Malaysia jer yg bila sebut Arab depa selalu dok ingat lebih Islamic...hahaha!!Arab Saudi tu yg patut contoh dan ikut kita.Malaysia ni bagus la juga,hanya orang2 yang selalu tak hargai apa yg ada kat kita sering inferiority complex...cam ner bang? hehehe

adie-ishmael said...

putu=ya btul...kat pantai remis memang ada...putu pi la buat lawatan sekali sekala di situ.