Thursday, September 4, 2008

MENCERAP HILAL RAMADHAN PART II

Sewaktu aktiviti mencerap berlangsung di bahagian atas,di Bilik Gerakan Jawatankuasa Mencerap Hilal Ramadhan pula segala persiapan untuk menerima maklumat dari ketiga tiga pusat cerapan telah bersiap sedia.Laporan perjalanan aktiviti mencerap di ketiga tiga tempat iaitu di bahagian atas Menara Alor Star,di Kg Pulau Sayak,Kuala Muda dan Pemandangan Indah,Langkawi akan disampaikan serta dipantau oleh jawatankuasa ini yg dipengerusikan oleh Sohibussamahah Dato'Setia Jaya-Dato'Paduka Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. kelihatan abang2 polis dari PDRM Negeri Kedah sedang menjalankan kerja2 mereka.Alat-alat komunikasi dan logistik disediakan oleh pihak PDRM.Ini ialah Sohibussamahah Dato'Setia Jaya-Dato Paduka Syeikh Hasbullah Bin Hj Abdul Halim,Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman...beliau berketurunan Acheh,sangat alim lagi tegas dan terkenal dengan suaranya yg besar@macho giler...hehehe!!!Ya ampun tok!!!Gurau jek...Ini pula ialah Sohibussaadah Dato'Syeikh Uzir Bin Baharom,Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Yang ini pula ialah Dato'K... hehehe...Dato'Khairuddin Bin Zain,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Setelah mendapat laporan dan keputusan dari ketiga-tiga pusat cerapan,maka Mufti akan menghubungi Setiausaha Sulit KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk dipersembah maklum keputusan cerapan kepada baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri...Selepas memaklumkan kepada Tuanku Sultan,barulah Mufti kan menghubungi Penyimpan Besar Mohor Raja2 untuk dipersembahkan keputusan cerapan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk diisytiharkan kepada orang ramai...



Selepas selesai urusan pencerapan dan menunaikan solat maghrib,semua ahli rombongan beredar ke Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara Alor Star.Jamuan malam tersebut ditempah oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman(JHEAIK).kelihatan VIP berbual-bual sementara menanti nasi didatangkan...kedengaran bunyi perlahan lahan di ujung telinga aku... 'lambat' 'lambat' 'lambat'...meja para pegawai jabatan ukur dan pemetaan malaysia...meja abang2 polis dari PDRM.
meja abang2 polis yg lebih senior...menu kami pada malam tu...kerabu jantung pisang yg lazat lg sedap dan ikan bilis goreng cili kering tidak dimasukkan dalam menu ni tapi dihidangkan...tak tau knapa...makanan@lauk pauk di restoran ni sangat lazat...kalau markah penuh 10 aku kasi 8.5!! Tapi layanan pekerja dia amat slow dan tidak cekap,kalau markah penuh 10, akau kasi 3.5 jer,itu pun setelah aku dengar salah sorang pekerja dia cakap kat aku, "maaf tuan,lambat sikit"...kalau tak aku kasi 2.5 jer kot...ahaks...!!!Ini bukan pertama kali,dah banyak kali lar...so,pihak pengurusan perlu lah prihatin sikit ngan komplen2 yg diberi tu....tapi apa pun Alhamdulillah,kami kenyang...rezeki dari Allah!!! Sekian,Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Menambah Amal Ibadah....

ilalliqak...

9 comments:

Anonymous said...

selamat menjalani ibadah puasa jugak!!

kak ja said...

Saam Adie,
Seorg pakcik kja semasa masih berkhidmat dgn Pej Agama Aloq Staq gak, kena assigned pi intai2 anak bulan.. Dia dh pencen skg, rasanya dah tiga tahun..

adie-ishmael said...

anonymous=selamat hari raya gak...

kak ja=salam...siapakah gerangan pak cik itu ya...???

kak ja said...

Adie,
Nama dia Hj Mahmod Radhi Muhammad.. kenai ka?

Anonymous said...

anonymous=selamat hari raya gak...???? raya?? hmmm.....kita baru wish puasa....

adie-ishmael said...

kak ja=kenai la kak ja...dia pun pi juga ptg tu...ada gambar dia dalam part 1 masa taklimat tu...

kak ja said...

Yg duduk di dpn, pakai jubah dgn kain pelikat tu, kan? Kja cam gaya dia duduk..

Beruang Madu said...

wahhh... sedapnya... pada I lah Ismardi kalau ramai ramai orang macam ni baiklah buat buffet... hidang macam tu nampak macam sikitlah bebnor... satu meja makan berapa orang ...dah lah lambat jadi makan makin banyak... kan... tapi seronok jugak kerja ngan jabatan agama ni yer... hehehehehe... motif??

adie-ishmael said...

BMadu=tu la...pnah buat buffet,tapi VIP2 tu macam kureng selesa bang...so tak der pilihan la...kalau ikut i,makan ramai2 dalam satu dulang pun ok!