Monday, September 15, 2008

MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN LAGI.

Jumaat lepas, aku berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia,Sungai Petani.Setiap tahun GM dia kan kasi sekeping voucher kat aku untuk dua orang.Selalunya aku berdua jer ngan mak aku,tapi tahun ni berempat dengan anak2 penakan.voucher yg disedekahkan(hehehe) oleh GM Seri Malaysia ,Sg Petani...terima kasih Puan Hajjah Zarinah...La...tak dak sapa lagi ka!!!dalam surat suruh sampai mai sini 6.30pm,kami sampai 6.45pm...kami tak terlalu awalkan??sementara nak pi amik makanan,sempat lagi posing2 nih...mak aku,Syarmin Elise dan kakaknya Sarah Emily.seingat aku,pada petang tu semua tips ini kami patuhi dengan jayanya...pelbagai aneka choocalk yg melazatkan...yummie yummie! kelihatan choocalk lompang,choocalk cara,choocalk bengkang,choocalk udang,choocalk kodok pun ada nih!! macam2 lg lah...
tu dia...penghujung rasa katernyer...so kena la makan last sekali pelbagai jeruk meruk tu!!!La...dulu kampung setinggan,bila masa pula jadi kolam mandi kat situ tu...?gong dipalu menandakan tempoh berpuasa untuk hari tu dah tamat...cucoq2 yg kami amik untuk dimakan pada round pertama...nasi untuk round kedua...ini nasi aku...nasi minyak,kari kepala ikan,gulai daging lembu,ikan temenung bakar(seekor),ikan pari bakar(sepotong kecik) dan ikan keli bakar(saiz s jer).
apala anak2 aku dok perati dan dok pikiaq tu...?agaknya depa dok pikiaq lagu mana nak sumbat semua makanan2 tu sekaliguih ke dalam mulut kot.selepas solat maghrib, round ketiga pun diteruskan...bantai bihun sup pulak dah...last sekali makan jeruk pulak untuk mengelakkan dari melugai kerana makan itu dan ini...hehehe.habis licin laik...
terima kasih seri malaysia...selamat malam!
Selepas hantar mak dan anak2 penakan aku balik,aku bersiap untuk ke Bandar Perda,Bukit Mertajam pula kerana ada sorang kawan dah beberapa kali ajak makan,dia nak belanja.Makanya,lokasi makan berikutnya pada malam itu ialah steambot di Restoran Johnny's.ais batu campur ala Thai...side order.
Selepas makan steamboat,kami ke Nash Donuts & Bakery yg tidak berjauhan dari situ pulak...makan lagi...Apa yg membanggakan aku pemiliknya ialah seorang Melayu...
cutenya cawan kopi dia...bersemangat jer aku nak hirup kopi tu.donut...oh!sedapnya...
Aku pasti akan datang lagi sini,insya Allah.

Thursday, September 11, 2008

NASI KANDAR BERATUR

Dalam bulan puasa ni,dua kali aku ke Penang. 1st ialah masa pergi makan biryani kambing kat Restoran Kapitan tu dan 2nd pula pergi makan nasi kandar di Kedai Nasi Kandar Beratur,di sebelah Masjid Kapitan Keling,Penang.Masjid Kapitan Keling dan Restoran Kapitan tu tak der kena mengena yer...Aku ni gigih sampai ke Penang bukannya apa,cuma diundang oleh seorang kawan yang baru datang berhijrah untuk bekerja di salah sebuah syarikat antarabangsa di Bayan Lepas nun...dia berasal dari Seri Kembangan,Selangor...Riza namanya.sebelum kami pi makan nasi kandar tu,kami buka puasa dulu di masjid tidak jauh dari apartment Riza tu...mat-mat Bangla pun ramai juga join buka posa sini,maklumlah,nak jimat...duit tu nak buat ketul hantar balik Bangladesh. menu buka posa kami...makaroni goreng ya...sedap...ada ayam lagi.dan ini...orang Kedah panggil kanji,orang Kuala Lumpur panggil bubur lambok,orang Selatan India panggil Sakannji...teh susu,buih tu sebab aku tarik sendiri masa tuang dari cerek...oren ais aku tak nak...
Selepas buka posa,solat maghrib...pastu dok bual2 sampai masuk isyak dan tarawih...kami pergi ke Kedai Nasi Kandar Beratur tu lambat sikit kerana khabarnya pukul 10.00pm baru buka...kedai ni dekat sangat ngan pintu masuk Masjid Kapitan Keling...zoomkan untuk baca apa yg ditulis kat banner tu...ada tulisan melayu dan tamil...tu dia...kena beratoq no!!!patut la nama Nasi Kandar Beratur...alamak...korang perhatikan la...belemoih dengan kuah-kuah yg tumpah sana sini...biasalah,mamak punya cara...kalau geli,jangan makan nasi kandar...
hmm...lauk baru masak dah sampai...periuk tu kalau kat tempat aku dipanggil periuk cekek nama dia...hehehe.
nasi aku...lauk kurma kambing,ayam goreng dan sebatang cabai hijau. Sedapnya...hampa pakai la mai cuba!

Wednesday, September 10, 2008

HADIAH HARIJADI UNTUK AKU

Tahun ni aku menyambut birthday yang ke 37 pada 14 Ogos lalu...alhamdulillah,Allah Taala masih panjangkan umurku walaupun ada juga kawan2 yang sebaya yg dah pergi dulu.Walaupun dah tua tua cenggini,pada 14 Ogos itu hari ada la juga dapat hadiah.Setelah 14 Ogos berlalu agak lama,rupa2nya ada lagi hadiah harijadi untuk aku...hmm...aku Leo la...bukan aquarius...hehehe.salah pilih ler tuh...dari anak-anak penakan@keponakan(Indon))@anak saudara aku,Sarah Emily Suhaimi dan Syarmin Elise Suhaimi.Depa lambat bagi hadiah harijadi aku sebab terpaksa kumpul duit belanja sekolah untuk beli hadiah kat aku...terharunya aku!

BIRYANI KAMBING

Baru ni selepas berbuka puasa dan tarawih kat rumah,tetiba jer aku termengidam pulak nak makan nasi biryani...pun begitu,perut bagi tau otak aku nasi biryani tu pulak mesti kat Penang jer.Sg Petani atau Seberang Perai punya biryani perut aku tak terima! Maka aku pun start lah kereta meluncur ke Penang...Di Penang aku ditemani oleh sorang kawan,Syed Afrie namanya.Ada dua kedai biryani paling sedap kat Penang katernya.Satu ialah kat Restoran Hameedia yg tidak jauh dari GAMA & KOMTAR dan satu lagi kat Restoran Kapitan dekat Mall Telok Permaisuri...Queensbay Mall da...Mula2 kami pi ke Restoran Hameedia,tapi dah habis.Kami bertolak pula ke Restoran Kapitan.inilah Restoran Kapitan...mamak's juga...apalah dan siapalah Penang tanpa mamak,mami dan mamu!!!Hampa menega bokbaik no,jangan dok buat lecey na!!!dekat sangat dengan Queensbay Mall yg gah itu...tu dia...biryani kambing katernyer...aku memang minat gila ngan kambing ni...kalau lah semua binatang dalam dunia ni nak pupus,pupuslah...aku redho tapi tolonglah jangan kambing yg pupus!Boley??? dalca dia sedap sangat...nampak jelas ubi mengala yg lazat itu.biryani ayam...Syed Afrie punya.kopi 'o' aku...minum,bual,minum,bual...4 gelas air untuk aku sorang...kopi o dan teh halia...bagi aku biryani dia tak lah sedap sangat,biasa jer..lg pun masa dia hantar tu tak panas pun...lain kali nak pi cuba yg kat Restoran Hameedia tu plak.Saper2 yg tahu biryani sedap kat penang atau memana pun di utara ni,tolong cadangkan kat aku ya!