Tuesday, October 21, 2008

KERABU BRONOK

Salah satu makanan istimewa penduduk-penduduk Langkawi ialah kerabu bronok atau dalam bahasa Inggeris disebut sea cucumber...Sepanjang 36 hari aku tinggal di Langkawi ni sudah dua kali aku makan kerabu bronok.Sebelum ni aku cuma mendengar cerita tentang keenakan dan khasiat bronok terutama untuk kesihatan kaum lelaki seperti aku.Sewaktu kunjungan tetamu dari Pejabat Agama Daerah Manjung,Perak Darul Ridzuan ke pejabat aku baru-baru ni, salah satu menu yang kami sajikan kepada mereka adalah kerabu bronok.Jom kita sama-sama lihat rupa bronok yg sangat berkhasiat itu... bronok hidup di dalam laut sekitar Pulau Langkawi dan pulau2 di sekelilingnya...ianya dari keluarga gamat yang banyak terdapat di Langkawi ni...

bronok direbus dan dibersihkan untuk proses selanjutnya...ianya akan dicampur dengan bahan2 biasa seperti kita membuat kerabu perut lembu atau kerabu jantung pisang atau kerabu daun selom...cuma tambahkan bronok yang telah dihiris-hiris jer untuk menjadikan ianya kerabu bronok...hehehewow! wow! wow! sedapnya kerabu bronok...kalau korang nak cuba,nanti datang Langkawi aku akan jamu kerabu bronok ni...Insya Allah dalam N3 mendatang aku akan cuba masukkan cerita tentang sup gamat pula...yummie yummie!

Sunday, October 19, 2008

PEKENA LAKSA DI COCO BEACH

Di suatu petang tatkala aku baru jer syok baring-baring dalam master bedroomku selepas pulang dari office, tetiba ada call dari kawan..."Jom pi jogging kat Pantai Chenang"katanya... Lepas jogging kami pi pekena laksa tepi pagar Langkawi Airport! Tak jauh dari Coco Beach tu...orang Langkawi pasti tahu lokasinya... selain laksa,abang ni juga menjual cendoi pulut,rojak dan mee rebus...petang tu aku makan laksa dan rojak buah...sedap...silalah cuba di sini kalau korang mai Langkawi dan kebetulan lalu di kawasan ini. Juz ingat"Laksa Power" jer...tu dia...bersusun kereta pelanggan abang laksa ni...sambil pekena laksa dapat juga menikmati keindahan pantai dan kecantikan lembayung petang...malam dah mula melabuhkan tirainya...tunggu apa lagi...jom balik!!!

Thursday, October 16, 2008

PEJABAT TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI 1429

Kemarin,15 Oktober 2008,pejabat aku telah mengadakan open house atau open office. Sebenarnya, majlis ni kira tiga dalam satu ...di samping ianya majlis sempena aidil fitri, juga sebagai majlis perpisahan dengan pegawai lama dan majlis selamat datang kepada pegawai baru(aku ler tu)....jom kita lihat sambil jamu mata apa yg sempat aku rakamkan kemarin tu....


wah!!! sempat lagi anak buah aku ni buat banner bagai...baguih betui la depa ni!!!bakaq satay... 4000(empat ribu)cucuk...aku sengaja tak jemput Nazz,Yazz,Zuer,Ishan dan Pokcik Asmadi ke open office aku ni kerana mereka tidak boleh makan satay...maklumlah,depa tu semua pengamal ilmu susuk,mana leh makan satay!!!!hmm...abang dan kakak ni dok besiang sengkuang dan lain-lain buah-buahan untuk buat rojak. tu dia...boss baru tengah dok tekrisin tekeryeh...boss lama sedang menyampaikan ucapan terima kasih dan selamat tinggal...pemandangan dalam tenda(khemah)VIP...jamuan pada hari ni adalah untuk kira-kira 1000(seribu)orang tetamu yg terdiri dari kakitangan jabatan kerajaan dan swasta serta orang ramai yg berurusan dengan pejabat aku...majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan aluan dari aku dan ucapan selamat perpisahan dari pegawai yg lama,kemudian bacaan doa diikuti dengan aktiviti makan-makan...yang berbaju belang tanpa songkok dan berbaju putih bersongkok ni adalah ADO Langkawi(Penolong Pegawai Daerah)manakala bersongkok berbaju Melayu tu pula ialah Tuan Imam Kariah Kelibang,Langkawi..Tuan Imam ni sangat baik hati lagi pemurah...aku minta dia sponsor RM300 tapi dia kata:"Rm300 tu nak makan apa,mana cukup,nah ambil Rm500"...terima kasih tuan imam...sebahagian pemandangan yg sempat aku rakamkan dari dalam khemah VIP semasa majlis baru nak dimulakan...
selepas ucapan,upacara makan pun dimulakan...sila!sila!antara menu yang telah disediakan pada majlis ni ialah:1)satay 2)nasi tomato+ayam masak merah+dalca 3)makaroni 4)laksa 5)lemang,ketupat palas+rendang dan gulai daging 6)tapai pulut 7)rojak buah 8)kueh mueh 9)air sirap+oren+mineral
maaf...aku tak sempat nak ambil gambar2 makanan kerana terlalu sibuk melayan tetamu yang tak putus-putus datang bertandang...sebelum kami mengemas-ngemas setelah majlis berakhir,aku dan para staff aku yang berjumlah 10 orang itu sempat bergambar kenangan...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...tahun depan kita buat lagi no!!!!

Wednesday, October 15, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Terima Kasih kerana sudi menghantar kad jemputan kahwin kau pada aku...at last,kawin juga kau yer Surip!!!Aku juga yg tak laku...kurang sorang lagi nampaknya ahli bachelor club kiter...hehehe.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAU...MOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU CICIT PIUT PIAT...ISTIMEWA UNTUK SAHABATKU:

EN. MOHD SHARIF BIN MOHAMAD YAAKOB dan ROFIDAH BINTI MOHD NASIR
pada hari Ahad 26 Oktober 2008 bertempat di 108,Jalan Tapah,Kg Sg Tapah Tambahan,Ipoh, Perak Darul Ridzuan,akad nikah di rumah pengantin perempuan pada 25 Oktober 2008 bertempat di Kg. Tanah Lalang,Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan....

Tuesday, October 14, 2008

PANTAI TANJUNG RHU

Secara rasminya sudah hampir sebulan aku bertukar ke Daerah Langkawi ni...bermula dari tarikh lapor diri pada 16 September 2008(hmm...tarikh DSAI berangan-rangan nak jadi PM tu) hinggalah ke hari ini 14 Oktober 2008.Namun,belum ada satu pun N3 tentang Langkawi yang aku muatkan,kecuali N3 tentang rumah kediaman aku di sini.Makanya,dalam N3 terbaru ni,aku akan muatkan gambar2 pemandangan di bumi Langkawi Bandaraya Pelancongan ni...jomlah layan...!!!
tempat yang paling melekat di hati aku kat Langkawi ni ialah Pantai Tanjung Rhu...Nostalgia 15 tahun lalu,tetap tersemat di sanubariku...maklumlah masa tu masih teruna rumaja lagi,masih bergetah lagi...so,aku muatkan Pantai Tanjung Rhu ni ini sebagai lokasi pertama yg patut aku kunjungi dan muatkan dalam N3 aku...hehehe...over!!! pulau yg bercabang itu adalah mercu tanda Pantai Tg. Rhu ni,kalau korang ternampak di mana-mana filem atau gambar rupa pulau ni,maka ketahuilah bahawa pic itu diambil di Pantai Tg. Rhu inilah...Tanjung Rhu Resort...harganya??...hmmm,tak payah!jom balik tidur rumah aku jer...
malam dah...jom balik!!! N3 pantai-pantai lain di Langkawi ni akan menyusul nanti,Insya Allah.

ilalliqak...