Monday, November 10, 2008

PROGRAM SAYANG AL-QURAN DI PULAU TUBA

Pada Jumaat lepas (7hb Nov 2008) aku telah berkesempatan menyertai Program Sayang Al-Quran anjuran bersama Persatuan Hafiz Malaysia,Pejabat Agama Daerah Langkawi dan Masjid Al Hijrah Kariah Selat Lubok Chempedak,Pulau Tuba.Program Sayang Al-Quran adalah bermatlamatkan mendidik generasi muda mudi Islam mencintai Al-Quran di samping memastikan mereka dapat membaca dan celik Al-Quran.Juga diselitkan usaha memantapkan pengetahuan fardhu ain kepada mereka. Ianya melibatkan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior,Pulau Dayang Bunting seramai 65 orang(bilangan semua pelajar di sekolah tu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi,Pulau Tuba seramai 175 orang.Fasilitatornya pula terdiri dari para pelajar jurusan tahfiz dari UIA dan ahli2 Persatuan Hafiz Malaysia yg terdiri dari pelbagai latar belakang kerjaya. Manakala untuk orang dewasa pula bertempat di Masjid Al Hijrah,Kg Selat Lubok Chempedak,Pulau Tuba.Jom kita lihat sebahagian aktiviti dakwah tersebut yg sempat aku rakamkan...

pangkalan bot nak ke Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting yg terletak tidak jauh dari Jeti Kuah... orang ramai menaiki bot untuk ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba.Tambangnya rm5 untuk sehala.driver bot yg hensem lagi bergaya itu...
aku dah berada dalam bot...bot mula gerak jam 10.00 pagi...muka penat gila sebab terpaksa bergegas ke pangkalan...pukul 9.45 aku masih berada di rumah,tertidur selepas balik jogging...driver bot terpaksa call aku,nasib baik pak Imam dah bagi nombor hpn aku kat dia.Aku pakai baju Melayu siap2 supaya senang nak solat Jumaat nanti...sebahagian dari penumpang bot...makcik ni anak beranak nak ke Kg Selat Bagan Nyior,Pulau Dayang Bunting...selepas ke kampung tu,bot akan meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Kg Selat Lubok Chempedak,Pulau Tuba iaitu tempat yg aku tujui...kelasi bot ni...pemandangan Kg Selat Bagan Nyior,Pulau Dayang Bunting melalui celahan tingkap bot...Sebaik sampai di jeti Kg. Selat Lubok Chempedak,adik tuan Imam bersama motor kapcainya sudah sedia menunggu untuk membawa aku ke masjid kariah berkenaan.Masjid ini adalah lokasi program untuk orang dewasa...bengkel memperbetulkan bacaan Al-Quran dan Surah Al-Fatihah...setiap orang akan diminta membaca dan dikesan kesalahan bacaannya,kemudian akan diajar cara yg betul...terima kasih kepada hadirin kerana bersemangat dan tidak malu untuk belajar walaupun dah ada yg berumur...hehehesebelum mereka diminta membaca,Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Roslan bin Abdul Halim Al Hafiz (Imam Besar Masjid Zahir@Masjid Negeri) menyampaikan taklimat dulu...bengkel ini dikepalai oleh beliau.Terima kasih tuan,Allah Taala jualah yg mampu membalas sumbangan tuan ni.
sebelum berhenti untuk solat Jumaat,aku diminta untuk berucap merasmikan penutupan seisi pagi...akan disambung lagi pada sebelah petang nanti tentang ilmu lain pula...Masyarakat Pulau Tuba ini amat mengharapkan lebih ramai alim-ulama datang menziarahi mereka untuk memberi tazkirah dan bimbingan kerohanian kepada mereka.Aku amat berharap selepas ini para pendakwah dan penceramah di luar sana akan sudi datang membuat pelbagai program keagamaan di sini...bukan hanya setakat bersyarah atau berpidato berapi-api di pentas-pentas ceramah saja. Komplen itu dan ini. Kutuk orang itu dan orang ini. Tak puas hati yang itu dan yang ini. Atau hanya pandai buat lawak bagi orang gelak ketawa terbahak-bahak macam badut atau tukang karut. Orang2 macam ni sepatutnya terjun ke gelanggang dan medan dakwah yg sebenar...kenali dan ambil tahu keperluan sebenar masyarakat awam...bukan hanya tahu dan pandai mengutuk,mengata,komplen,protes,buat lawak jenaka atas pentas ceramah tanpa ada nilai-nilai kerohanian dan keinsafan...marilah sama2 kita fikirkan...
Selepas Solat Jumaat kami pi pekena nasi di rumah tuan Imam pula...inilah rumah tuan Imam kariah berkenaan...selepas kenyang makan nasi,kami pun keluar meninggalkan rumah Imam.Bengkel seisi petang pula akan diteruskan...Ada sebahagian lagi terpaksa membuat persiapan untuk majlis forum dan tayangan menggunakan LCD pada sebelah malam nanti.Aku yg ditugaskan sebagai perasmi telah selesai tugasan.Pihak kariah telah mengatur satu seisi lawatan untuk aku ke persekitaran kawasan di sini... Sebelum dibawa berjalan,van terpaksa lah diisi minyak petrol dulu...Inilah station minyak petrol dan peralatan yang paling canggih di sini...Harga minyak di sini pula seliter ialah rm3(tiga ringgit) ada kedai yg jual rm2.80(dua ringgit lapan puluh sen)... Istilah 'minyak turun harga' tidak wujud di pulau ni...Alhamdulillah...nasib baik korang tak tinggal di sini...bersyukurlah wahai orang-orang yg selalu komplen harga minyak mahal...hehehe.

pemandangan Pulau Dayang Bunting dari sebelah Pulau Tuba...

pemandangan Selat Bagan Nyior dari atas jambatan(sebelah kanan menuju ke Pulau Dayang Bunting)...pemandangan Selat Tuba dari atas jambatan(sebelah kiri menuju ke Pulau Dayang Bunting). yang nampak berkabus tu sebenarnya adalah hujan...menaiki van menyeberangi jambatan yang memisahkan antara Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting...Sebelah kanan jambatan menuju ke Pulau Dayang Bunting itu namanya Selat Bagan Nyior manakala di sebelah kiri pula namanya Selat Tuba,kedua-dua selat ni menjadi pemisah antara dua buah pulau tersebut...Pulau Dayang bunting adalah pulau yg kedua besarnya selepas Pulau Langkawi manakala Pulau Tuba pula adalah pulau ketiga besar tetapi penduduk di Pulau Tuba lebih ramai dari penduduk di Pulau Dayang Bunting... jambatan penghubung antara kedua pulau berkenaan...antara projek Kerajaan BN Kedah terakhir sebelum kalah dalam pilihanraya yg lepas...pemandangan Pulau Tuba(gambar diambil sebaik saja sampai di sebelah Pulau Dayang Bunting)...bersambung dalam N3 mendatang...

ilalliqak...

Thursday, November 6, 2008

TOKIAW

Petang semalam aku berkesempatan jenjalan di pasar malam yg terletak tidak jauh dari Langkawi Baron Hotel, di pekan Kuah ni...Walaupun sudah 51 hari aku tinggal di Langkawi, ini adalah kali pertama aku ke pasar malam tu...Pelbagai aneka jualan diniagakan seperti pakaian,peralatan dapur,rempah cabai,buah-buahan,makanan,minuman dan macam-macam lagi lah...Salah satu makanan yg sempat aku beli ialah tokiaw! Tokiaw adalah sejenis makanan orang Langkawi.Ianya dibuat dari tepung gandum.Rasanya ala2 apom balik gitu... Jom kita lihat tokiaw ni...
Tokey tokiaw suami isteri sedang asyik menyiapkan kuih tokiaw yg sedang dinantikan oleh para pelanggan.Harganya 5biji seringgit.Abang tu terpaksa iklankan dalam bahasa Inggeris kerana tokiaw juga turut diminati oleh orang luar negara.tokiaw sedang dibakar...tokiaw yg telah siap dimasak...
inti tokiaw...ini ialah inti kelapa...ini pula inti kaya...Sesampai jer di rumah,aku terus masukkan dalam pinggan untuk dimakan panas-panas.Kalau korang datang Langkawi,jangan lupa merasa tokiaw ni. Casper,hang dok Langkawi lama kan,pernah dak rasa tokiaw ni??Hmmm...aku nak pulun ni...mai la makan,tinggal 4biji jer lagi...hehehe!

Thursday, October 30, 2008

SUP GAMAT

Seperti yang dijanjikan dalam N3 bertajuk 'Kerabu Bronok' yang lalu,dalam N3 kali ni aku akan paparkan satu lagi makanan istimewa dan exotic penduduk-penduduk Langkawi ni iaitu sup gamat.Baru-baru ni aku sempat merasa sup gamat buat pertama kali dalam hidup aku di Kota Mahsuri (kampung Mahsuri).Sebelum aku tunjukkan rupa sup gamat tu,moleklah kiranya kita lihat dulu rupa gamat di habitatnya iaitu dalam laut.Gamat dan bronok adalah dua jenis hidupan laut yang banyak terdapat di persekitaran Pulau Langkawi ni...




inilah rupa gamat yang masih hidup di dalam laut...

ini pula rupa gamat yang telah dikeringkan untuk tujuan perubatan tradisional Melayu...pelbagai jenis ubatan tradisi dapat dihasilkan daripada gamat seperti air gamat untuk luka2 dalaman tubuh,lelah atau penat...minyak gamat pula untuk luka2 luar tubuh dan sebagai minyak urutan...balm gamat untuk sapuan dikulit dan lain-lain lagi... tu dia...sup gamat yang diminta dah sampai...harga dia boleh tahan la jugak mahainya...semangkok rm5...tapi khasiatnya...hmm...hanya orang yg makan jer yang tahu...hehehe!

hmm...yum yum....sedapnya...!!!ada sesiapa nak cuba...???jom kita pi pekena kat sini...jom lar!!!

Sunday, October 26, 2008

MUZIUM KOTA KAYANG

Salah satu tempat yang paling aku suka lawati ialah muzium...Kalau aku jalan ke mana-mana pun tak kira dalam ataupun luar negara,muzium adalah salah satu destinasi yang aku pasti kunjungi.Banyak perkara yg dapat kita pelajari di dalam muzium terutama bagi mereka yg mencintai sejarah...Generasi sekarang kurang jati diri dan lemah semangat kebangsaan dan patriotisme kerana kebanyakkan daripada mereka tidak minat bahkan benci pelajaran sejarah, walhal belajar sejarah adalah sebahagian kewajiban dalam agama secara fardhu kifayah...kalau tak, masakan Allah Taala mengungkapkan pelbagai cerita umat-umat terdahulu di dalam Al Quran untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada kita sepanjang zaman...tetapi seperti biasa,...manusia sentiasa tidak pernah mahu belajar dari sejarah dan akhirnya mereka mengulangi kesilapan datok nenek mereka terdahulu...
Baru-baru ni sementara menanti feri untuk pulang ke Langkawi,aku sempat mengunjungi Muzium Kota Kayang yg terletak lebih kurang 6km dari jeti Kuala Perlis.Kota Kayang ialah sebuah kota yang telah dibina oleh Sultan Kedah yg ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al Mukarram Syah I (1661-1687) sebagai ibu negeri Kedah Darul Aman.Pada waktu itu,Perlis adalah sebahagian dari negeri Kedah Darul Aman.Jom kita lihat sebahagian gambar muzium berkenaan yg sempat aku rakamkan dalam waktu yang terhad...




hadapan muzium...pintu masuk muzium...



sebahagian bahan pameran kat muzium ni...yg banyak lagi tu kalau nak tau kena mai lawat sendiri...