Wednesday, January 14, 2009

AIN AL SILIN

Ain al Silin adalah tempat mata air yang terkenal di Al Fayyum.Ianya mata air asli yang telah wujud sejak dahulu kala lagi. Tempat ini menjadi kunjungan para pelawat dari dalam dan luar negara untuk beriadah.pintu masuk ke mata air ni...kena ambil tiket dulu dengan bayaran kira-kira 25sen kalau nilai duit Malaysia...kelihatan kerja-kerja naik taraf sedang dilakukan di sini...
taman dengan pepohon menghijau untuk beristirehat...di Mesir taman dan tempat-tempat yang ada kehijauan sangat dihargai dan digemari...kawasan yang biasa pada nilaian kita orang Malaysia yang mewah dengan kehijauan ini,di sana dianggap syurga....maklumlah,bumi Mesir ni kaya dengan padang pasir yang tandus gersang...sekali lagi kita patut bersyukur dilahirkan di Malaysia yg indah dan penuh dengan kehijauan ini...kita sering take 4 granted dengan nikmat Tuhan...hanya setelah nikmat Tuhan tu hilang baru kita sedar dan insaf...mungkin pada ketika itu sudah tidak beerti apa-apa lagi...fikir-fikirkan,selamat beramal!hehehe.
taman mainan kanak-kanak...inilah mata air yang dimaksudkan...memancut airnya dari dalam tanah...mata air ni mengandungi kandungan mineral yang baik serta berkhasiat untuk merawat penyakit-penyakit tertentu...zoomkan ler kalu nak tahu maklumat lanjut...
seperti biasa...kanak-kanak Mesir akan mengerumuni kami minta untuk bergambar dengan pelbagai aksi...cikgu mereka pula suruh praktis bercakap Inggeris ngan kami...maka dengan segala kudrat dan kepayahan, mereka pun cuba ler speeking English...tapi bila kami cakap Arab depa terkejut dan mula tanya itu ini dengan bahasa daerah masing-masing yang adakalanya kami pun tak berapa reti sangat! hehehe...
Al Fayyum terkenal dengan kincir-kincir airnya...oleh sebab-sebab yang tertentu,kami tidak dapat melawat kincir air zaman Nabi Yusuf yang ada di Al Fayyum...semasa perjalanan pulang ke Kaherah,kami sempat bergambar dengan kincir air yang telah lama ada di sini...ini bukan kincir air Nabi Yusuf punya tau,kincir air Nabi Yusuf lebih besar...ini kincir air Pak Chop yang empunya...hehehe!

Tuesday, January 13, 2009

ISTANA QARUN

Selepas melawat Tasik Qarun,kami meneruskan perjalanan ke istana Qarun pula yang terletak tidak berapa jauh dari Tasik Qarun.Istana tersebut adalah sebahagian dari runtuhan yang telah dibaikpulih oleh kerajaan Mesir untuk kunjungan para pelancong...
sekali lagi karenah pengawal tempat ini terpaksa dilayan...kalau beli tiket secara rasmi kami terpaksa bayar 30 pounds seorang(10pounds=rm6.50)...kalau tanpa tiket bayaran masuk cuma 15 pounds...ke mana duit tu pergi lagi kalau bukan ke poket mereka...kan?...korupsinya depa ni...Malaysia lagi baik la kot...setuju?...kelihatan Ustaz Hassan dok pulun kautim dengan depa tu...
sebahagian dari kesan runtuhan Istana Qarun di belakang aku... pintu masuk utama ke istana... pemandangan di dalam istana...
imej Tuhan Mesir purba...Sobek...'tuhan' berkepala buaya...bergambar di atas istana Qarun... sebahagian kota yang tertimbus oleh tanah...kelihatan perkampungan baru di belakang nun...

padang pasir saujana mata memandang... Selepas melawat-lawat sekitar Istana Qarun atauQasr Qarun,kami meneruskan perjalanan ke Ain Silin pula iaitu sebuah kawasan yang terdapat mata air asli.Ianya wujud sejak dahulu kala lagi...pepohon anggur di kiri kanan jalan menuju ke Ain Silin...seorang petani menunggang kaldai atau himar dalam bahasa Arab...Syukri mencuba menunggang 'atan'(اتان)bermaksud kaldai betina kepunyaan anak seorang petani bernama Ahmad... ini pula ladang zaitun...pohon kurma...kalau ke negeri Arab tak amik gambar pohon kurma rasa macam tak sah la pulak kan... ladang bunga matahari...adakah aku juga akan jadi 'Mat Bunga' macam Nazz??...oh,tidakkkkkkk!!!!!!

Tuesday, January 6, 2009

LAWATAN KE AL FAYYUM

Lawatan ke Al Fayyum juga sempat diatur sewaktu kami berada di Mesir tempoh hari. Al Fayyum adalah nama sebuah wilayah(muhafazah) dan juga nama bandar yang menjadi ibu wilayah tersebut.Ianya terletak 110 kilometer arah barat daya Kota Kaherah.Antara tempat yang telah kami lawati di wilayah Al Fayyum ni ialah Tasik Qarun.
papan tanda arah menuju ke Al Fayyum ...walaupun Mesir dikunjungi oleh berjuta-juta pelancong asing,tak der pun sibuk-sibuk dia orang nak tukar dan tambah tulisan Rumi ker,tulisan Cina ker,tulisan Tamil ker, tulisan Hindi ker,tulisan Peranchis ker pun...


sebelum meneruskan perjalanan,singgah dulu beli buah-buahan untuk dimakan di dalam kereta...


sayur-sayuran pun ada dijual juga...besarnya kobis Mesir... bergambar dengan tuan punya kedai buahan dan sayuran ni...dia teruja giler!!! Setelah hampir sejam setengah di jalanan akhirnya kami tiba di destinasi pertama iaitu Tasik Qarun atau dalam bahasa Arab dipanggil Buhairah Qarun.Terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Al Fayyum.Qarun adalah salah seorang sepupu Nabi Musa yang sangat kuat beribadah dan berilmu tetapi sangat miskin. Berkat doa Nabi Musa,beliau menjadi kaya raya.Abdullah ibnu Abbas(r.a) ada meriwayatkan bahawa anak kunci gudang hartanya sangat banyak sehingga memerlukan 40 orang lelaki gagah perkasa untuk memikul semua anak-anak kunci itu.Itu baru anak kunci gudang hartanya,cubalah kita sama-sama bayangkan bagaimana pula banyaknya harta si Qarun tu yer...???!!!Qarun menjadi sombong lagi bongkak.Dia menjadi lupa daratan dan sangat kedekut untuk bersedekah dan membantu orang2 yang memerlukan pertolongan.Akhirnya Allah Taala tenggelamkan Qarun bersama-sama hartanya ke dalam perut bumi.Adalah diriwayatkan Tasik Qarun itu adalah sebahagian dari kesan tenggelamnya Qarun akibat balasan azab Allah tersebut.Dato' Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman...

Tasik Qarun dilihat dari kejauhan...salah satu resort yang terdapat di pinggir Tasik Qarun...
Sebagai renungan,marilah sama-sama kita hayati Firman Allah yang dipetik dari Surah Al Qasas....

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa(Bani Israel),kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka,dan kami telah mengurniakannya dari pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya saja sungguh menjadi beban yang berat untuk dipikul oleh sejumlah orang yang kuat lagi sasa.(Dia berlaku sombong)tatkala kaumnya berkata padanya:"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu).Seseungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu)". Surah Al Qasas Ayat 76.

Qarun menjawab dengan sombongnya,"Aku diberikan harta kekayaan disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku".(Kalaulah Qarun bijak pandai)tidakkah pula dia mengetahui dan pandai memahami bahawa Allah telah pun membinasakan sebelumnya dari umat-umat yang telah lalu,orang-orang yang lebih gagah daripadanya dan lebih banyak mengumpul harta kekayaan dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa apabila disiksa tidak akan lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka kerana Allah sedia mengetahui. Surah Al Qasas Ayat 78.

Lalu kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah,maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan dia tidak pula dapat menolong dirinya sendiri. Surah Al Qasas Ayat 81.

Sodaqallahul'azim...!