Tuesday, January 6, 2009

LAWATAN KE AL FAYYUM

Lawatan ke Al Fayyum juga sempat diatur sewaktu kami berada di Mesir tempoh hari. Al Fayyum adalah nama sebuah wilayah(muhafazah) dan juga nama bandar yang menjadi ibu wilayah tersebut.Ianya terletak 110 kilometer arah barat daya Kota Kaherah.Antara tempat yang telah kami lawati di wilayah Al Fayyum ni ialah Tasik Qarun.
papan tanda arah menuju ke Al Fayyum ...walaupun Mesir dikunjungi oleh berjuta-juta pelancong asing,tak der pun sibuk-sibuk dia orang nak tukar dan tambah tulisan Rumi ker,tulisan Cina ker,tulisan Tamil ker, tulisan Hindi ker,tulisan Peranchis ker pun...


sebelum meneruskan perjalanan,singgah dulu beli buah-buahan untuk dimakan di dalam kereta...


sayur-sayuran pun ada dijual juga...besarnya kobis Mesir... bergambar dengan tuan punya kedai buahan dan sayuran ni...dia teruja giler!!! Setelah hampir sejam setengah di jalanan akhirnya kami tiba di destinasi pertama iaitu Tasik Qarun atau dalam bahasa Arab dipanggil Buhairah Qarun.Terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Al Fayyum.Qarun adalah salah seorang sepupu Nabi Musa yang sangat kuat beribadah dan berilmu tetapi sangat miskin. Berkat doa Nabi Musa,beliau menjadi kaya raya.Abdullah ibnu Abbas(r.a) ada meriwayatkan bahawa anak kunci gudang hartanya sangat banyak sehingga memerlukan 40 orang lelaki gagah perkasa untuk memikul semua anak-anak kunci itu.Itu baru anak kunci gudang hartanya,cubalah kita sama-sama bayangkan bagaimana pula banyaknya harta si Qarun tu yer...???!!!Qarun menjadi sombong lagi bongkak.Dia menjadi lupa daratan dan sangat kedekut untuk bersedekah dan membantu orang2 yang memerlukan pertolongan.Akhirnya Allah Taala tenggelamkan Qarun bersama-sama hartanya ke dalam perut bumi.Adalah diriwayatkan Tasik Qarun itu adalah sebahagian dari kesan tenggelamnya Qarun akibat balasan azab Allah tersebut.Dato' Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman...

Tasik Qarun dilihat dari kejauhan...salah satu resort yang terdapat di pinggir Tasik Qarun...
Sebagai renungan,marilah sama-sama kita hayati Firman Allah yang dipetik dari Surah Al Qasas....

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa(Bani Israel),kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka,dan kami telah mengurniakannya dari pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya saja sungguh menjadi beban yang berat untuk dipikul oleh sejumlah orang yang kuat lagi sasa.(Dia berlaku sombong)tatkala kaumnya berkata padanya:"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu).Seseungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu)". Surah Al Qasas Ayat 76.

Qarun menjawab dengan sombongnya,"Aku diberikan harta kekayaan disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku".(Kalaulah Qarun bijak pandai)tidakkah pula dia mengetahui dan pandai memahami bahawa Allah telah pun membinasakan sebelumnya dari umat-umat yang telah lalu,orang-orang yang lebih gagah daripadanya dan lebih banyak mengumpul harta kekayaan dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa apabila disiksa tidak akan lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka kerana Allah sedia mengetahui. Surah Al Qasas Ayat 78.

Lalu kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah,maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan dia tidak pula dapat menolong dirinya sendiri. Surah Al Qasas Ayat 81.

Sodaqallahul'azim...!

11 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Alamak...aksi apakah itu? Tergaru-garu kepala menandakan kekonpiusan tahap cipan Zoo Negara yg amat sgt;-)

shazali said...

wah...bergaya sakan depan kamera nampak..;)

Zuer said...

Mesti banyak harta karun kat situ kan?

nazzman ibrahim said...

SO moral of the story,jgn sombong walaupun kita kaya,hensem,cantik dan yang sewaktu dengannya,kerana semua itu boleh di ambil kembali...mcm tuan empunya blog ni yang terlalu taksub dengan kekacakannya(kacak ke kaedahnya!!!ops larikkk)

daela said...

salam abg adie...nmpk kurus la abg adie skrg ni....ape pun..daela ttp suka reader blog abg tau...

Aleeza Zaily said...

Hmmm.... correct me if I'm wrong, kat situ ker tasik yang buat camna pun kita tetap timbul?? Aku nak gi jugak tasik Qarun nih... bila la ada peluang kan...

DarcyDiaries said...

Bab2 posing...bleh kasi kat ustaz kita nih ;-)

Nice pics..

adie-ishmael said...

ishan=cipan tergaru ker? monyet kot...aksi terlampau...hehehe.

shazali=belakang camera lagi sakan...

zuer=kena pi gali tu...

nazzman=dah terjawab sendiri...kacak ker i ni sampai perlu nak sombong dan kekwat bagai...

daela=KURUS???tq tq tq...baru balik dari beli seluar baru ni, sebab tak muat semua seluar yg sedia ada...

aleeza=yg tetap timbul tu Laut Mati kat Jordan sana nun...kat tasik ni tenggelam... terutama yang saiz macam aku dan kau!

darcydiaries=hehehe...leh ajer...

Aleeza Zaily said...

Oops.. Saiz aku nih bukan ada pelampung auto ker? mcm tu ler yg aku rasa so far... hehehe..

jacker said...

A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog!
runescape money

Siti Aisyah Affendi Lee said...

Salam,boleh saya dapatkan email awak dan juga tour guide di sana?Saya akan pergi ke Mesir beberapa hari lagi.Seronok membaca blog awak dan sangat berguna sekali.Semoga Allah merahmati awak.Terima Kasih