Tuesday, April 14, 2009

ISTANA RAJA NORODOM SIHAMONI

Pada hari kedua di Phnom Penh kami telah melawat istana Raja Kemboja yang bernama Norodom Sihamoni. Preah Borom Reach Vang Chatomuk Mongkul atau The Royal Palace in Phnom Penh dibina asalnya pada tahun 1434.Ianya dibangunkan semula pada tahun 1866.Istana ini berkeluasan 435x421 meter persegi...
di hadapan pavilion tempat raja berdiri pada hari kebesaran atau upacara rasmi... di kebanyakan ibu negara dalam dunia ni ada satu kawasan tumpuan umum lapang yang merpati akan bertandang menyerikan kawasan tersebut sambil makan bijirin yang ditabur pelancong...senario ni ada tak kat Dataran Merdeka,Kuala Lumpur?kalau ada bagus...kalau tiada,kenapa tidak cuba diwujudkan... pengawal pintu istana...alamak! ketotnya dia... biarlah aku yang bertubuh sasa ni yang mengambil alih tugas mengawal istana...tak payah pakai senapang pun orang jahat dah kecut...hehehe. sila baca dulu ya...nanti kena potong kepala tak leh balik Malaysia...pakaian gundik raja... Ahad kena pakai color merah,Isnin oren,Selasa ungu dan begitulah selanjutnya...tempat simpan abu mayat raja yg dah mati...berhala lembu ni pernah dicuri oleh Kerajaan Siam...tapi diambil balik oleh Kerajaan Kemboja...Raja Kemboja sekarang...Preah Karuna Preah Bat Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni Nai Preah Reacheanachakr Kampuchea yang maksudnya Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni Raja Pemerintah Kerajaan Kemboja...Norodom Sihamoni diputerakan pada 14 Mei 1953. Beliau adalah putera sulung Raja Norodom Sihanouk dan Permaisuri Norodom Monineath.Beliau dinamakan Sihamoni hasil gabungan nama ayahnya Sihanouk dan ibunya Monineath.Menggantikan ayahandanya menjadi raja setelah Sihanouk turun tahta.Masih bujang...Kemboja dulu adalah sebahagian dari Empayar Khmer...perhatikan Kerajaan Melayu Champa dalam peta tu...ianya hancur musnah kerana perpecahan,perebutan kuasa dan wujudnya penderhaka sebangsa yang sanggup bekerja sama dengan bangsa asing Daiviet(Vietnam) di utara untuk menakluk negeri sendiri...akhirnya Champa runtuh dan bangsa Vietnam menguasai Champa...kita harus belajar sesuatu dari episod sedih bangsa Melayu Champa itu...

Friday, April 10, 2009

KEMBOJA...KAMI DATANG!!!

Alhamdulillah,setelah sekian lama merancang akhirnya hari untuk berangkat ke Kemboja pun tiba...Tanggal 1 April 2009 dengan kudrat dan iradat Allah Taala kami menuju ke Phnom Penh...
sebahagian dari ahli rombongan kami...dari kiri Anuar,Aku,Sam dan Azhar(sedang ambil gambar kami)...Wak Surip tak pergi sebab dia sering teragak-agak...kejap nak gi,kejap tak nak...tak tetap pendirian...maka kami tinggalkan dia di Malaysia dengan penuh kesedihan dan penyesalan...dapat mai hantar kami kat LCCT jer la nampaknya...jangan nangis ya Wak!... kami naik Airasia...tapi kapal terbang ni tak dak ciri-ciri Airasia langsung...
dah nak dekat sampai...nampaknya Malaysia kita lebih hijau...
Alhamdulillah...dapat juga pijak bumi Kemboja(Cambodia)...
kenderaan yang menanti untuk membawa kami ke hotel...bukan tak mampu nak naik teksi,tapi saja nak cuba kenderaan yang tak dak kat Malaysia... malam pertama kami menginap di Hotel Puncak...kepunyaan orang Malaysia...dari Kedah khabarnya... dua bilik=USD55...kurang lebih RM198...bahagi 4 orang=RM49.50 seorang...
Selepas mandi dan bersiap-siap,kami keluar bersiar-siar di sekitar bandaraya Phnom Penh...

antara tempat yang kami tuju pada malam tersebut ialah kawasan lapang berhadapan Istana Raja Kemboja...ala-ala Dataran Merdeka kalau kat Kuala Lumpur...yang berbaju hitam itu ialah saudara Manzur bin Musa...rakyat Kemboja berketurunan Cham yang pernah tinggal di Malaysia menjadi pekerja rakan kami Anuar(sebelah Manzur)...sepanjang berada di Kemboja,Manzur lah yang banyak membantu kami khasnya sebagai juru bahasa dan juru arah... kami lepak-lepak sambil minum dan makan sotong lenyek...kat Malaysia pun aku selalu makan benda tu...kemudian kami ke rumah kawan Azhar pula yang bernama Panya yang terletak tidak jauh dari tempat kami lepak tadi...Panya dan Azhar adalah kenalan lama sewaktu mereka sama-sama berkursus di Korea Selatan tidak berapa lama dulu...Panya adalah seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri Kemboja...kelihatan dalam gambar ialah Azhar,anak Panya yang berumur 3 tahun itu dan Panya...kedai cenderamata kepunyaan keluarga isteri Panya...mereka tinggal di tingkat atas kedai ini...isteri Panya menjamu kami buah mempelam yang dipetik dari ladang mereka...kami bantai 3 pinggan...alhamdulillah.
bersambung...