Wednesday, September 16, 2009

NASI ULAM

Setiap tahun antara makanan yang pasti ada sekurang-kurangnya sehari dalam sepanjang bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa ialah nasi ulam...Nasi ulam adalah makanan tradisi di negeri Kedah ni, terutama pada bulan Ramadhan...Sewaktu pulang ke kampung di Sungai Petani baru-baru ni, tok(nenek) aku telah menyediakan nasi ulam untuk cucu kesayangannya...aku ler tu...hehehe.
pelbagai jenis ulam-ulaman disediakan untuk membuat nasi ulam ni...
kemudian segala macam ulaman tu akan disusun lalu diikat oleh nenek aku untuk memudahkan proses menghiris...nenek aku ni dah berumur 88 tahun... ulaman tadi diikat begini untuk memudahkan proses meracik atau menghiris...tali pengikat susunan ulaman tu ialah batang pokok sekentut...antara ulaman tersebut ialah daun selom,daun cenehom(kesom),pucuk janggus,pucuk kunyit,cemumar, pegaga,kadok, putat,beluntas,medang kemangi,derom,ulam raja,gajah beranak dan lain-lain lagi yang aku tak ingat namanya...
semua ulaman tadi kemudiannya akan dihiris halus begini... lengkuas dan serai diracik lalu ditumbuk... inilah daun gajah beranak...pokoknya besar macam pokok balak...tapi aku pun tak tahu macam mana cara orang mengambil pucuknya...pucuk salang...enak dibuat sayur air... kacang panjang ungu...banyak terdapat di kawasan pedalaman negeri Kedah...ianya sedap digoreng dengan telur...nasi putih untuk digaul bersama ulaman tadi...nasi putih itu akan digaul dengan pelbagai ulaman yang telah dihiris halus bersama kerisik,serai dan lengkuas yang ditumbuk,isi ikan talang kering yang dibakar lalu ditumbuk halus serta serbuk lada hitam dan garam secukup rasa... akhir sekali ditaburkan hirisan bawang besar mentah... gu(pasangan) nasi ulam ni semestinya sayur keladi...tidak lengkap nasi ulam tanpa sayur keladi...nasi ulam enak juga dimakan bersama ikan keli dan ayam bakar... keli dan ayam tu dibakar sendiri di rumah,bukan beli di pasar Ramadhan...alhamdulillah...semoga puasa kita diterima Allah...Amin...

Thursday, September 10, 2009

TALQIN UNTUK DIRI SENDIRI

Pada 10 hari terakhir Ramadhan yang mulia ini, aku muatkan talqin yang selalu dibaca sebaik sahaja jasad kita disemadikan di dalam liang lahat nanti bagi renungan dan keinsafan diri aku sendiri...
Eloklah kita talqinkan diri sendiri dulu sebelum kita benar-benar akan ditalqinkan oleh orang lain di saat upacara pengkebumian kita nanti...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Puji-pujian bagi Allah yang hidup kekal,selain daripadaNya mesti menemui mati dan binasa...
Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas Rasulullah Sallalahhu Alaihi Wasallam, pesuruh Allah yang membawa wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada hamba-hamba Allah,
siapa yang patuh taat di atas ajarannya mendapat syafaat,terhindar dari neraka dan siksa,juga ke atas keluarga Rasulullah Sallalahhu Alaihi Wasallam,sahabat-sahabat yang telah menyambung usaha tenaga memberi peringatan terhadap ajaran-ajaran Allah kepada hamba-hambaNya,selawat dan salam yang tidak terhingga setiap hari dan masa...

Maha Suci Tuhan Yang Maha Esa,bersendirian pada keagunganNya,tunggal pada zatNya dan sifat-sifat qudrat dan baqak,Maha Suci Tuhan yang menundukkan hamba-hambaNya dengan kematian dan fanak untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih banyak membuat bakti dan jasa...Sesungguhnya apa yang diamalkan oleh seseorang akan diperlihatkan sama ada baik atau buruk,akan dia lihat,kerana yang bernyawa akan merasai mati:-

Wahai ADIE BIN ROHANI!!! ingatlah, kamu akan diberi ganjaran pahala segala sesuatu amalan, baik kecil atau besar,yang sulit atau nyata,akan kamu terima di hari penghabisan nanti,berbahagia sangatlah siapa yang terlepas dari siksa neraka dan menjadi penghuni syurga,sedangkan kehidupan di dunia ini sementara waktu sahaja dan kesenangannya adalah palsu semata-mata,tidak kekal dan tidak boleh dibawa kemana-mana...

Wahai ADIE BIN ROHANI!!! dari tanah kamu dijadikan,kemudian kepada tanah kamu dikembalikan dan daripada tanah jua kelak kamu akan dibangkitkan untuk mengadap Tuhan Rabbul Izzah...

Dengan nama Allah,daripada Allah,kepada Allah,atas agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebenarnya kamu wahai ADIE BIN ROHANI!!! telah dimatikan, kematian inilah yang dijanjikan oleh Allah ArRahman, dan tepatlah janji-janji yang telah disampaikan oleh Utusan Allah hanya dengan sekali Israfil tempik, hancur lebur yang ada di muka bumi ini. Kemudian berhimpunlah kembali di sisiNya.

Wahai ADIE BIN ROHANI!!! mudah-mudahan dirahmati Allah ke atas kamu,dan diampunkan dosa-dosamu.Mulai dari hari ini berakhirlah sudah keduniaanmu,habislah sudah keseronokanmu,dan mulai hari ini kamu berada di alam barzakh iaitu alam yang lain dari yang kamu tahu,inilah salah satu dari alam akhirat,janganlah kamu lupakan perjanjian di masa perpisahanmu dari alam dunia menuju akhirat iaitu dua kalimah syahadah"Asyhadu allaa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah"...

Ingatlah,apabila datang kepada kamu dua malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyoal kamu dan manusia-manusia lain seperti kamu dari ummat Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, janganlah kamu terkejut,janganlah kamu bimbang dan terasa takut,kamu akan dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan seperti berikut:-
Siapa Tuhanmu?
Siapa nabimu?
Apa agamamu?
Siapa imammu dan apa pegangan hidupmu?
Apa qiblatmu?
Apa kewajiban di atasmu?
Siapa saudaramu?
Apa kepercayaanmu?
Atas apa kematianmu?
Oleh itu wahai ADIE BIN ROHANI!!! jawablah begini:-
Allah Tuhanku.
Muhammad nabiku.
Islam agamaku.
Al Quran imam dan pegangan hidupku.
Kaabah qiblatku.
Sembahyang,zakat,puasa dan haji kewajibanku.
Sekalian muslimin dan muslimat saudaraku.
Ibrahim Khalilullah bapa kepada agamaku.
Aku hidup dan mati tetap di atas kalimah attauhid...La ilaaha illallah,Muhammad rasulullah.

Berpegang teguhlah wahai ADIE BIN ROHANI!!! dengan hujah-hujah ini. Ketahuilah! kamu sekarang tetap berada di sini tinggal sementara di dalam alam barzakh sehingga hari kiamat dibangkitkan kelak.

Apabila ditanya lagi:-
Apa kata kamu tentang seorang lelaki yang diutuskan kepada kamu dan sekalian makhluk Allah?
Jawablah: Beliau adalah Saidina Muhammad Sallallahu alaihi wasallam,pesuruh Allah yang diutuskan kepada kami membawa ajaran dan kenyataan-kenyataan dari Allah maka kami ikut dia,kami percaya dengannya dan kami akui dengan benar atas kerasulannya.

Apabila mereka berpaling,katakanlah Allah memadai bagiku. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. Kepadanya sahaja aku menyerahkan diri dan dialah Tuhan yang mempunyai kuasa yang maha besar.

Ketahuilah wahai ADIE BIN ROHANI!!! bahawa mati itu benar, masuk ke kubur itu benar,soal Munkar Nakir itu benar,bangkit dari kubur itu benar,hisab dan perhitungan amalan itu benar,neraca timbangan keadilan itu benar,neraka itu benar,syurga itu benar dan tidak ragu-ragu lagi hari kiamat pasti akan datang jua,di masa itu Tuhan akan membangkitkan semula ruh-ruh yang berada di dalam kubur...

Kami ucapkan selamat tinggal bagimu sisi Allah...kami ucapkan selamat tinggal bagimu di sisi Allah...kami ucapkan selamat tinggal bagimu di sisi Allah...

Kamu disejahterakan oleh Allah...kamu disejahterakan oleh Allah...kamu disejahterakan oleh Allah...

Kamu ditetapkan oleh Allah...kamu ditetapkan oleh Allah...kamu ditetapkan oleh Allah...

Ditetapkan kamu oleh Allah di akhirat dengan jawaban-jawaban kamu yang tetap lagi tepat sebagaimana telah ditetapkan Allah bagimu di dunia.

Terhiburlah hendaknya kamu dari kerisauan dengan hiburan dari Allah,tercucurlah rahmat dengan rahmat dan nikmat Allah dalam kesepianmu,terampunlah dosa-dosamu dengan rahmat Allah,diterima segala kebajikanmu dengan kemurahan dan anugerah Allah.

Ya Allah,kami memohon darimu yang maha pemurah lagi maha penyayang, ya Allah yang maha penghibur bagi setiap kesunyian dan kesepian, yang sentiasa ada dan tidak jauh dari hamba-hambaNya. Kami memohon dirahmati atas keseorangan kami dan keseorangannya,kami memohon dilancarkan oleh Allah lidahnya bagi jawaban-jawabannya dan janganlah kami tergoda sesudahnya bahkan tetap keimanan,kasihanilah di atas kami dan atasnya, kami memohon diampuni di atas kami dan atasnya dengan rahmatmu yang maha luas ya Allah ya Rabbal Alamin...

Monday, August 17, 2009

MASAK-MASAK HUJUNG MINGGU

Memasak bukanlah hobi atau minat aku,tapi kalau makan tu akulah juaranya.Selalunya makan kedai jer...lebih mudah dan ekonomik...maklumlah hidup sebatang karah di bumi Langkawi ni...Entah macam mana tetiba hujung minggu lepas teringin pula nak masak...jom tengok masakan aku...menu pertama ialah Ikan Gerut Tiga Rasa...semua pekakas ni kena ditumbuk tapi janganlah sampai terlalu laik pula...boleh juga diblend tapi rasa kurang kaw...
nilah rupanya ikan gerut yang akan ditigarasakan oleh aku nanti...telah dikatam(dipotong) oleh penjual kat pasar tu...aku terlupa nak pesan supaya jangan dikatam dulu...
kuah tiga rasa aku...untuk memantapkan lagi rasa kuah tiga rasa ni,jangan sesekali lupa masukkan bawang putih jeruk...tumbuk dan masak bersama kuah... isi ikan tu aku susun balik...siap dah Ikan Gerut Tiga Rasa...Menu kedua pula ialah Retak Seribu Masak Cabai...ini la siput retak seribu...orang Kuala Lumpur panggil lala...kalau di Kedah lala tu merujuk kepada sejenis lagi siput laut lain yang kecil,leper dan isinya amat kecik...tumisan cabai bersama lain-lain bahan...pastu campakkan retak seribu ke dalam cabai itu dan gaulkan...tu dia...Retak Seribu Masak Cabai katernyer...Menu ketiga...Kailan Goreng Bersama Ikan Cermin Kering...Kailan...hmm...orang tua-tua di tempat aku dulu panggil sayur kana...tak tau la macam mana tetiba semua orang panggil kailan sekarang ni...dulu-dulu sayur ni murah dan orang Melayu di tempat aku tak suka makan sangat...Cina jer yang gemar...seperti melukut tepi gantang jer sayur ni masa tu...tapi sejak gerai-gerai tomyam tumbuh melata di negara kita,sayur ini jadi gah dan meletop pula...sering menjadi menu tempahan kalau bertandang ke kedai tomyam Mek Pattani...goreng batang kailan dulu pastu masukkan ikan cermin kering...ikan tu elok juga kalau digoreng garing dulu sebelum digoreng ngan kailan...Kailan Goreng Bersama Ikan Cermin Kering... dah siap semuanya...pulun makan tak panggung kepala...kalau mak mertua lalu depan batang hidung pun tak nampak...ada ker mak mertua kaedahnya?
Selamat Berpuasa Ramadhan kepada sekalian umat Islam...

Thursday, August 13, 2009

RIMBA HERBA PERLIS

Antara tempat lain yang kami sempat kunjungi di Perlis ialah Rimba Herba Perlis yang terletak di tengah perjalanan ke Rekreasi Bukit Ayer...di sini kita akan dapat temui pelbagai tumbuhan dan herba yang mempunyai nilai perubatan...ianya telah lama digunakan oleh nenek moyang kita sejak zaman berzaman sehingga ke hari ini...kita akan dapat mengenali bermacam-macam tumbuhan dan herba dengan pelbagai nama yang unik...
bayaran masuk ke sini cuma RM1(sehinggit) jer...lebih murah dari bayaran masuk tandas kat KLCC tu...nenek aku pula dia orang bagi free jer masuk...yang pastinya, ilmu dan maklumat yang diperolehi di sini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit... suasana hijau redup dan bersih serta kemas boleh tenangkan jiwa raga... anak buah aku pun riang ria kesana sini dalam taman herba ni...jom kita kenali pula nama-nama tumbuhan yang berkhasiat di sini...
tumbuhan yang tersenarai di atas ni adalah untuk menambahkan/meningkatkan/menguatkan tenaga batin lelaki...kita selalu disyorkan tongkat ali jer...sebenarnya banyak lagi tumbuhan yang mempunyai khasiat yang sama...so,guys yang ada masalah lemah tenaga batin boleh la cari tumbuhan yang berkenaan...cuba la try...bayangkan...parang pun boleh patah kalau ditetak 'anu' korang...hmm...power tu...!!!hehehe.kalau perjalanan darah dah lancar, harus la yang tua pun jadi galak... alhamdulillah...dapat tambah ilmu dan maklumat...dapat tenangkan fikiran...dapat menghayati ciptaan Allah Taala...