Tuesday, March 23, 2010

GULAI SEMILANG

Ikan semilang adalah ikan laut yang berjanggut dan bermisai seperti ikan keli...Masakan yang paling sesuai untuk ikan semilang ni ialah dibuat gulai,masak asam pedas dan digoreng garing-garing...Kalau sesiapa yang nak merasa keenakan gulai semilang ni,anda bolehlah berkunjung ke sebuah kedai makan yang terletak di Kg. Sungai Pial,Tg.Dawai...Orang Kedah panggil Sungai Pe(pear)...kalau tersesat jalan,tanya orang dengan sebutan tempatan...kalau sebut pial,mungkin depa tak tau...
dari Sungai Petani ambil jalan ke Semeling,pastu ke Merbok...kemudian teruskan perjalanan ke Singkir.Bila sampai pekan Singkir terus ambil jalan arah ke Tanjung Dawai...bila dah jumpa papan tanda di atas maka tak jauh dah la...jalan depan sikit lagi maka akan jumpa lah kedai yang dimaksudkan...papan tanda ni menandakan anda dah sampai ke tempat tujuan...ada juga pelanggan yang telipon tempah dulu sebelum mai makan di sini supaya tak lama menunggu..gulai semilang...hidangan istimewa kedai ni...tapi agak mahal sikit la...seekor ikan semilang yang digulaikan ni rm15...kalau abang Naim tokey kedai ni baca entry ni minta dia kurangkan sikit...kami bukannya kaya sangat...nasib baik sedap... ni pula gulai kepala tenggiri...rm12 seperiuk... kangkong goreng... kalau tak dak ulam,tak sah...pucuk tenggek burung,pucuk janggus dan timun... gulai tu dihidang dengan periuk-periuk sekali...diletak dalam lekaq lagi...
patut la...

Monday, March 8, 2010

LAKTUT

Pejam celik pejam celik dah setahun empat bulan rupanya aku dok di Langkawi ni...sepanjang tempoh tersebut telah banyak pengalaman suka dan duka(ada ker duka)yang dilalui...macam-macam benda baru yang ditemui dan dipelajari...alhamdulillah. Kerabu bronok,sup gamat,gulai kawah ghebau balaq,tokiaw,kuih bunga dan macam-macam lagi makanan telah menerjah tekak dan terhumban ke dalam ususku...Syukur nikmat Allah Taala.
Baru-baru ni seorang kawan orang tempatan telah menghantar sejenis makanan untuk aku di rumah. LAKTUT namanya...Laktut adalah rumpai laut dan ianya sangat terkenal di Langkawi...sesiapa yang tak tahu laktut maka dia bukanlah anak jati Langkawi...inilah rupanya laktut...sejenis rumpai laut...makanan istemewa orang Langkawi.
dah lama benar nak merasa laktut ni,alhamdulillah,sampai juga hajat untuk makan buat pertama kali...kata orang laktut ni bertambah sedap kalau dimakan ngan sambal kerisik...tapi yang dalam gambar ni sambal belacan biasa jer...may be orang yang bagi ni tak sempat nak buat kot agaknya... laktut banyak terdapat pada musim kemarau iaitu antara bulan Januari sampai awal April...kalau di Kedah ni orang panggil musim timoq... makan pula ngan asam pedas ikan temenung(kembung)...mak ai!!!...susah nak cerita lah... sedap...lazat...dua pinggan nasi licin dibedal...terima kasih kepada yang sudi menghantar makanan ni untuk aku...

Wednesday, February 17, 2010

TEMPAT MENARIK SEKITAR SONGKHLA

Selepas menikmati makan tengahari,kami berjalan lagi.Khao Tang Kuan adalah tempat yang seterusnya...
Khao Tang Kuan atau Bukit Tang Kuan ni adalah antara tempat kunjungan orang ramai untuk melihat panorama bandar Songkhla dari arah atas.Setiap pengunjung akan dikenakan THB30 atau lebih kurang RM3 untuk bayaran naik ke atas bukit tu...
beratur untuk naik lift ke atas Bukit Tang Kuan... lift bergerak ke atas...ala-ala keretapi Bukit Bendera...tapi 3 minit dah sampai... keluar dari lift... bandar Songkhla ni terletak di antara dua perairan...di sebelah kiri ialah laut Teluk Siam.... manakala di sebelah kanannya pula Tasik Songkhla yang luas saujana mata memandang... terdapat sebuah kuil Buddha yang dikunjungi oleh penganutnya...tempat ni tak jauh dengan Konsul Jeneral Malaysia...feri meningkalkan jeti...teruskan perjalanan...naik feri menyeberangi Tasik Songkhla ke destinasi selanjutnya...tambang rm3...patung kepala naga di pertemuan jalur sempit antara Tasik Songkhla dan laut Teluk Siam... menyeberangi Jambatan Tinsulanonda...mengambil sempena nama bekas Perdana Menteri Thailand General Prem Tinsulanonda(sebut Tinsulanon)...beliau berasal dari Songkhla... kemudian kami singgah di Folklore Museum yang terletak di atas sebuah bukit di sebuah pulau dalam Tasik Songkhla ni...apa yang menarik di muzium ni ialah mereka memasang lagu-lagu Melayu Malaysia...rasa cerin bulu roma bila mendengar irama lagu sekapur sirih di sebuah muzium di negara gajah putih ni...

jambatan Tinsulanonda dari atas muzium... namun yang paling unik di muzium ni adalah koleksi kukoq nyok( kukur kelapa)...jom tengok... Orang Thai ni memang seni...