pemandangan di luar kota.
pintu masuk utama ke dalam kota.Kota Cornwallis ini telah dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light.Kota Cornwallis ini mendapat namanya bersempena dengan nama seorang Gabenor Jeneral Inggeris di Bengal pada ketika itu iaitu Charles Cornwallis.Kini bangunan tinggalan sejarah yg masih terdapat di dalam kota ini terdiri dari gereja,setor,bilik penjara dan juga tempat simpanan belerang.Juga terdapat beberapa pucuk meriam.
patung Francis Light...PENJAJAH PULAU PINANG YG PERTAMA...
lelaki yg sedang memegang senapang gajah sebelah patung Francis Light itu pula ialah sepupu tiri lain pak lain mak beliau,ISMARDI TORCHLIGT...
Chapel atau gereja kecil,sama macam surau bg orang Islam...antara perkhidmatan awal yg telah direkodkan di sini ialah perkahwinan janda Francis Light,Martina Rozells dengan John Timmers pada tahun 1799.


pemandangan dalam kawasan kota...
korang perhatikan nama salah seorang anak Francis Light tu...FRANCIS LANOON LIGHT...hahaha!!!sesuai sangat! sedaq diri pun!!!Anak Francis Light yang bernama William Light pula ialah pengasas dan pembuka bandaraya Adelaide,Australia!!!


Model canopy yg pernah digunakan oleh Francis Light semasa beliau mula tiba di Pulau Pinang.
pemandangan bangunan penjara yg dibina pada tahun 1811...
kesiannya...! 51 tahun dah kita Merdeka,Inggeris dah berambus balik negeri depa dah,tapi hang masih tak merdeka...masih dok dalam penjara lagi no!!!
Fuyoo!!!Bestnya naik ndoi ni! Rasa macam baru berumur 10 tahun...Merdeka!Merdeka!Merdeka!


perhatikan meriam2 lama untuk mempertahankan kota tu...aku memang obses dengan meriam2 lama ni...
Tempat Simpanan Belerang...dibina pada tahun 1814.Ia direka sedemikian rupa bagi mengurangkan kesan kerosakan akibat dari letupan kalau berlaku kemalangan...
lambang Syarikat India Timur Inggeris.

pemandangan di dalam tempat simpanan belerang...
Meriam Seri Rambai ni pada asalnya telah dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor.Kemudian kerajaan Johor telah menghadiahkan kepada orang Acheh dan ditempatkan di Kuala Selangor.Akhirnya British merampas(memang dasar perampas depa ni) lalu dibawa dan ditempatkan di sini pada tahun 1871.
lain-lain meriam yg terdapat di sini...
di sini juga terdapat sebuah rumah api.





pemandangan dari atas rumah api,cantik...Pulau Pinang telah dijajah Inggeris dan terlepas ke tangan bangsa asing hingga ke hari dan saat ini...bila lah agaknya orang Melayu boleh memerintah Pulau Pinang kembali?? Hmm...tak tau la nak kata apa...depa tak sempat nak pikiaq hal masa depan anak cucu depa...yg depa tau asyik bergaduh,berkelahi sesama sendiri untuk kepentingan diri sendiri....Sorang tu lembek tak bermaya...Sorang lagi pula dok ralit gila kuasa nak jadi Perdana Menteri....!!! Alamak...!!!Ada yang marah???? hehehe.
ilalliqak...


































