Wednesday, August 27, 2008

KONVENSYEN SAUDARA MUSLIM

Bulan lepas telah diadakan Konvensyen Saudara Muslim(saudara baru@saudara kita@muallaf)Peringkat Kebangsaan, bertempat di Dewan Persidangan Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta,Kuala Lumpur.Wakil Kedah Darul Aman terdiri dari para pelatih Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim(PUSBA) Sg Petani...PUSBA adalah sebuah pusat pembelajaran atau pengajian untuk saudara baru(muallaf) yg baru memeluk agama Islam di negeri Kedah ini. bas yg kami sewa untuk ke konvensyen berkenaan.sebahagian dari saudara baru yg akan menyertai konvensyen tersebut.Dari pelbagai bangsa dan latar belakang.Kelihatan Ustaz Ramli Abdullah(berkopiah putih di hadapan sekali).Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar,merupakan seorang muallaf berbangsa India berasal dari Johor..tapi kalau dengar dia cakap kita akan sangka dia dari Kelantan, may be sbb dia belajar lama di sana barangkali.
singgah solat Jumaat di Masjid Ahmadiah,Kg. Kepayang,Sungai Raya,Ipoh,Perak.Masjid ni dibina pada tahun 1905. bangunan sebelah masjid ni pula dibina pada 14-8-1923 masihi(14 Ogos...hmm,my birthdate!)bersamaan 1-1-1342 hijriah. sekarang dah jadi kelas tajwid,biro muslimah... selepas selesai solat Jumaat,ustaz Ramli mengimamkan pula sebahagian anak2 didiknya solat jamak taqdim dan qasar(Jumaat + asar).adik-adik ni lepak2 jap sementara menunggu rakan2 yg masih belum selesai qodo hajat...penginapan wakil Kedah...Wisma Belia MAYC,Jalan Syed Putra,Kuala Lumpur.Lamanya aku tak tidoq dalam dorm,teringat zaman dok hostel dolu2...cenderahati untuk para peserta...sehelai sejadah,sehelai kain pelikat,sehelai kain batik,sebatang pen dan duit tunai rm50/=...sumbangan ikhlas Baitulmal Wilayah Persekutuan.
tempat konvensyen berlangsung,masjid wilayah persekutuan,kuala lumpur.sebahagian dari kira-kira 2000 orang saudara baru yg menyertai konvensyen kali ini...adik2 yang beruniform kuning ni adalah anak2 buah dari PUSBA,mereka ni berbangsa Kadazandusun,merantau dan bekerja di sekitar Sg Petani...yg tepi sekali ni ialah Ustaz Ramli,adik yg berbaju putih tu berbangsa Dusun,sebelahnya India dan dua lagi tu berbangsa Iban...
Ustaz Kamal,Ustaz Sobri dan Ustaz Zollani dari bahagian dakwah,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman.

ATURCARA MAJLIS KONVENSYEN
#Bacaan Doa
oleh Ustaz Muhammad Fitri Abdullah(muallaf India)
#Bacaan Ayat Suci Al Quran
oleh Uztaz Mohd Nordin Abdullah(muallaf Kadazan)
#Ucapan Aluan
oleh YB Dato'Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#Ucapan Perasmian
oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Jeanne Abdullah(muallaf Serani...hehehe)
#Anugerah Cemerlang Saudara Baru Muslim
pemenangnya ialah Saudara Ann Wan Seng.(muallaf Cina)
#Anugerah Cemerlang Saudara Baru Muslimah
pemenangnya ialah Toh Puan Dr Aishah Ong(muallaf Cina)
#Pembentangan Kertas Kerja I
Tajuk:Halatuju Pembangunan Insan Saudara Baru Dalam Era Globalisasi.
Oleh :Ir.Dr.Haji Fuad Yeoh Abdullah(muallaf Cina)
Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malysia(MACMA)
#Pembentangan Kertas Kerja II
Tajuk:Saudara Kita Sebagai Agen Dakwah:Pengalaman Singapura.
Oleh:En Muhammad Mubarak Bin Habib Mohd
Vice President of Education and Dakwah Division,Darul Al Arqam,Singapore
#Pembentangan Kertas Kerja III
Tajuk:SaudaraMuslim:Pegangan Lama Aqidah Baru.
Oleh Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah.(muallaf INdia)
Pensyarah Kolej Islam Selangor(KUIS).
Moderator:Ustaz Ridhuan Tee Abdullah(muallaf Cina)
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia YAB Datin Seri Jeanne Abdullah telah merasmikan konvensyen tersebut dan menyampaikan ucapan serta memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada sekelian saudara baru.Beliau telah memeluk agama Islam ketika berusia 23 tahun di Pejabat Kadi yg pada masa itu terletak di PJ Old Town.Beliau adalah bekas penganut Katolik. Pengislaman beliau telah mendapat restu kedua ibu dan bapanya.Malah tuan kadi telah datang ke rumah beliau berjumpa ibu bapanya untuk membincangkan berkenaan pengislaman beliau itu.Atas nasihat tuan kadi itulah juga beliau mengekalkan namanya kerana tiada mengandungi maksud yg tidak baik atau yg diharamkan oleh Islam mahupun mengandungi unsur2 syirik...
orang ramai mengerumuni gerai-gerai pameran selepas majlis.Kelihatan gerai Jakim...
Gerai Persatuan Cina Muslim
yang memakai kopiah putih dan beruniform ini pula adalah Imam-imam dari negara China yang ditaja pengajian mereka sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah program Islam Hadhari.Mereka ni bukan muallaf tetapi memang telah Islam.Mereka hadir ke konvensyen ni sebagai tetamu...
gerai seni khat al quran dari China..
gerai Perkim...salah sebuah NGO yg aktif dalam kerja2 dakwah islamiah di negara kita sejak sekian lama...
Al Hidayah...pertubuhan dakwah masyarakat India.
sebahagian peserta sibuk di gerai2 pameran...

saudara baru keturunan Cina ini bersama dengan baby nya yg cute macam ayah nya juga...hehehe
Konvensyen kali ini juga turut dihiburkan dengan alunan nasyid oleh Nazri(muallaf Kadazan) exRaihan....

illaliqak...

11 comments:

Shah said...

Kekadang segan lak bila saudara2 baru lebih menghayati & mengamalkan Islam dari orang yang dilahirkan Islam...

kak ja said...

Salam Adie,
Kja n husband pernah pi melawat PUSBA, n kalau tak silap Ust Ramli yg sambut dan raikan kedtgan kami.. Kami pi sana, ambik risalah2 dakwah dlm bahasa Tamil n Cina.. Balik, kami distribute pd jiran2 setmn.. The least we could do sbg usaha dakwah pd non-moslems.. Depa nak terima atau tak, itu tergantung pd hidayah Dia Yg Di Atas Sana..

Zuer said...

sungguh terharu...insan yang baru masuk islam...selalu buat konvesyen, tapi org islam sendiri...asyik bergaduh jer...

P/s :- minat abg nazri...ex raihan

adie-ishmael said...

shah=betul shah,espcly yg masuk Islam dengan membuat kajian dan belajar secara mendalam...ramai yg lebih alim dr kita yg dilahirkan islam ni.
kak ja=usaha yg macam kak ja buat tu harus diikuti oleh org2 lain juga...jangan nak harap dan selalu marah Jaik jer...tgungjawab semua. zuer=abg sokong 100% apa yg zuer cakap...

kak ja said...

Salam Adie,
Bukan nak besar2kan diri, tp according to the ustaz, kamilah org awam pertama yg buat mcm tu... Bukannya susah sgt pun sebenarnya, nak dgn x nak je..

Kja penah tulis entry pasal ni:
http://sufina2008.blogspot.com/search?q=Dr+L

PUTUBAMBU said...

alhamdulillah..

seronok pulak aku dengar...

bak kata shah.. mmg segan lah..

depa lebih Islam dari org Islam sebenarnya...

adie-ishmael said...

kak ja=tq kak ja...saya dah lihat.

putu=yup...segan juga kita.tp lagi sedih apabila perangai buruk sebahagian umat Islam menjadikan org bukan Islam rasa jijik untuk masuk Islam...

Cae said...

awat lah tak bgtaw ada program lagu ni... org luar boleh join ka? next time kasi tau na...

adie-ishmael said...

cae=insya allah...tp untuk muallaf jer...yg bukan muallaf kalo nak menyelit sorang dua tu insya allah boleh diuruskan...next time kalo ada lagi i bg tau u...

Kazman Nordin said...

salam, sya kazman, pelajar jbtn dakwah ukm, sya sedang proses membuat tesis tajuk "pengamalan islam terhadap saudara baru belia etnik2 sabah di ipta,kajian kes ipta lembah klang"minta sapa2 dpt memberi maklumat kps sya,email,man_nordin@yahoo.com, syukran,islam untuk semua..

Salina Er said...

Salam, saya pun baru attend Konvensyen Saudara Muslim pada 25.07.09 di PWTC. Sgt2 menghiburkan dan memberi semangat kpd kami saudara kita yg mana persepsi org terhadap kami x brp baik.Group Nasyid Hijjaz kali ni menghiburkan peserta2 yg hadir. Pengalaman saya di blog saya http://Hajjahsalina.blogspot.com