Monday, August 11, 2008

JALAN JALAN KE PHUKET

Pada 4 Ogos sampai 7 Ogos itu hari aku bercuti ke Phuket,Thailand.Pegi berempat orang ngan kawan2.Bertolak dari Sg.Petani,Kedah dengan kereta kawan.Perjalanan dari Sg.Petani ke Phuket lebih kurang 550km atau bandingannya perjalanan tu dari Sg.Petani ke Melaka.
dari kejauhan nampak Banjaran Nakawan yang memisahkan Malaysia ngan Thailand...pintu masuk ke Thailand,sebelah Malaysia ialah Wang Kelian,Perlis...di sebelah Thailand pulak pintu masuknya bernama Khuandon atau Wang Prachan mengikut panggilan orang2 di utara ni.Di atas tu, gambar tiga jejaka yang over teruja.Pada mula nya kami bercadang untuk masuk melalui Bukit Kayu Hitam dan terus ke Hatyai dulu,tapi oleh kerana malam sebelum kami bertolak tu ada letupan bom di Hatyai,maka kami cancel jer ke Hatyai dan tukar plan pintu masuk.

inilah kereta yang kami gunakan untuk jalan2 ke Phuket kali ni.Toyota Hilux.Kereta ni kepunyaan kawan aku, Mohamed Khairil Anuar namanya.Kami panggil dia Nuar jer.aku sedang memandu dengan lajunya ala-ala filem Phuket Menjerit!!!!luas dan selesanya jalan depa...2lorong pi dan 2 lorong balik.Tetapi yang paling mustahak ialah TAK DAK TOL,tol hanya ada dalam Bangkok aja yer...Bunga malai ni dijual oleh peniaga jalanan apabila kereta berhenti di lampu trafik.Orang Thai Buddha akan letakkan bungai malai ni di cermin kereta untuk mendapat keberkatan dan keselamatan di jalan.Kami pula beli dan letakkan di cermin pandang belakang untuk bagi wangi kereta....alamak!!!depa bawa rumah guna lori pickup la...
dan lembu juga...
Kami bertolak dari Sg.Petani dalam pukul 10 pagi dan sampai ke Phuket dalam jam 6petang.Kami menginap di Baipho baithong Hotel,205/12-13,Rat-Utit 200 Pee Rd,Tambun(Mukim)Patong,Amphur(Daerah)Kathu,83150Changwat(Wilayah/Negeri)Phuket,Thailand. Bayaran hotel tu semalam satu bilik kalau ikut duit Malaysia ialah RM80 jer.Kami amik 2 bilik.Bermakna kami bayar seorang rm40 jer semalam untuk hotel tu.Korang lihat lah gambar2 hotel tu dan nilaikanlah sendiri berbaloi ker atau tidak...di bawah ni pula suasana dan pemandangan di dalam bilik aku...
Korang jangan jeles tau,hotel murah ni ada swimming pool lagi...pics aku tak dibenarkan dimuatkan disini kerana terlalu sexy...aku muatkan kawan2nyer jer...cukuplah untuk entry kali ni,insya Allah aku akan muatkan lagi pengalaman2 aku di Thailand untuk kongsi ngan korang.
ilalliqak....

13 comments:

nazzman ibrahim said...

sawadee krap!!!!!!!!!!
amboi sonok nooooo kat sanaaa,aku pun tingin nak p hahaha( sambil cakap pelek siam)

Anonymous said...

Wah hebatnya.....Boleh plak kete Mesia masuk Siam? Kena bayaq roadtax tak? Aku tak sabaq nak tgk gambaq hampa kt pantai phuket. Surip

kak ja said...

Salam Nazz,
Hotel depa murah tapi selesa, kan? Kja ingat lagi masa kja pi Haadyai pun ratena lbhkurang mcm tu je.. Bilik pun besaq..

Murah jugak jln kat sana, kan? Part paling best, takdak tol...tak mcm kita..bergerak skit, tol..

Zuer said...

best nyer g phuket. zuer tak pernah g phuket...best ker..nanti abg add zuer kat list frind abg k..
http://www.kehadiranku.blogspot.com

adie-ishmael said...

nazz=sabai dee...buat la passport nnt leh pi.
surip=boleh la,tak dak masalah... tapi kena amik insuran thai dulu. tp kawan aku ni dia amik insuran thai dan insuran antarabangsa yg leh pakai satu dunia.
kak ja=adie la kak ja!!!bukan nazz! amboi,dia dok ingat kat nazz ja,jeles haku!!!
zuer=sangat best...nnt abang addkan.tq...

Catz said...

hi ismadi..
wahh..bestnya...
catz pun pernah ke phuket melaluyi jalan darat juga..masa tuh saya llau bukit kayu hitam..dan sempat singgah di hatyai..phuket memang best..
aku akan pegi lagi bulan december nih..hehhe..penangan air asia lah nih..updet lah dgn aktiviti di sana..tak sabor nak tgk..

PUTUBAMBU said...

serbis hotel ok tak?

tpi kalau dah RM40 jek tuk semua tu.. bilik pun selesa..

mmg berbaloi sangatlah...

awat takdak gambaq hang?

adie-ishmael said...

putu=serbis ekselen...nanti putu akan cemuih tgk pic aku yang belambak2 dalam entry berikutnya

adie-ishmael said...

catz=nnt saya masukkan n tgk ler...

kak ja said...

Salam Adie,

Sorrrrriiiii... mmg kja nak tulis nama Adie, tertulis nama Nazz.. tu, sambe tulis, dok nampak muka dia dok tersengih kat atas tu, tu yg tertulis nama dia!!! Mintak mahap...

FAUZI NOR said...

salam sedara,

boleh review hotel banyak sikit tak,,,
sebab nak ke phuket nie..
takut sampai sana hotel full

hehheh

Muhamad Asyraf said...
This comment has been removed by the author.
Muhamad Asyraf said...

Salam..bro..berapa ye perbelanjaan kasar sepanjang kat sana??..kira berapa budget utk sorg lets say nak dok seminggu...