Tuesday, January 6, 2009

KUBU SALAHUDDIN AL AYYUBI (قلعة صلاح الدين الايوبي)

Lawatan kami diteruskan dengan melawati Kubu Salahuddin Al Ayyubi pula yang terletak di atas Bukit Muqatham.Salahuddin atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada 1137 Masihi dalam sebuah keluarga berbangsa Kurdish di Tikrit,Iraq(kampung Saddam Hussin). Ayahnya Najmuddin Ayyub adalah gabenor Baalbek(sekarang dalam Lubnan).Salahuddin dihantar menyambung pelajarannya di Damsyik,Syria.Bapa saudaranya yang bernama Syirkuh adalah orang yang banyak memberi latihan ketenteraan kepada beliau.Salahuddin adalah orang yang bertanggungjawab mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir dari Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah lalu menubuhkan Dinasti Ayyubiah dengan mengembalikan Mazhab Ahl Sunnah Waljamaah sebagai pegangan rakyat Mesir hingga ke hari ini.Kalau lah tidak kerana beliau,kemungkinan rakyat Mesir masih lagi di bawah pengaruh Syiah sampai sekarang.Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 dalam usia 56 tahun.
sebahagian dari pemandangan Kubu Salahuddin Al Ayyubikenapa la kepala aku teliang sampai jadi lagu tu...???silap camera kot...berhampiran Kubu Salahuddin Al Ayyubi juga terletaknya Masjid Muhammad Ali Pasha. Masjid ini mula dibina pada tahun 1830 dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Arkiteknya bernama Yusuf Bushnak dari Istanbul mengambil reka bentuk Masjid Yeni di Istanbul untuk diadaptasi menjadi binaan masjid ini.Muhammad Ali Pasha adalah pemerintah Mesir mewakili pihak Daulah Uthmaniah Turki mentadbir negara Mesir.Beliau berketuruan Albania yang dilahirkan pada tahun 1182 hijriah bersamaan 1769 masihi di Macedonia,Greece(waktu itu Greece sebahagian dari empayar Uthmaniah).Beliau datang ke Mesir sebagai seorang pegawai tentera laut Uthmaniah untuk memerangi tentera Peranchis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte sehingga berjaya mengalahkan mereka dan berjaya pula menjadi pemerintah Mesir.Masjid ini mengikut gaya senibina Turki yang banyak dipengaruhi oleh Hagia Sofia.Ianya juga dikenali sebagai Masjid Marmar(Alabaster Mosque).

7 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Begitu tinggi ya semangat juang pemimpin Muslim zaman dulu-dulu tu. Ternyata mereka begitu ikhlas dlm menegakkan syiar Islam di seantero dunia. Cuma satu hal yg ISH terfikir...adakah pemimpin-pemimpin Muslim zaman skrg juga punya semangat juang dan keikhlasan seperti itu?!!! Semua itu masih tinggal tanda tanya!!!!
Wassalam!

adie-ishmael said...

ishan=jangan kita persoalkan sangat orang lain...kita kena tanya dan perhatikan diri kita sendiri...apa sumbangan kita terhadap agama Allah...dan satu lagi...jangan mempertikaikan dan memperlekehkan sumbangan dan kebaikan orang lain...biar dia dan Tuhan yang menilai...perkara baik tetap kita kena katakan baik walaupun dari musuh kita...perkara jahat tetap kita kena katakan jahat walaupun dari orang yang kita sayangi atau sokongi...

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Ya, benar kata abg tu! Sungguh mendalam falsafahnya! ISH akan sentiasa pegang kata-kata abg tu:-) Ternyata, abg benar-benar insan yg luhur budi pekertinya. Ap se mil kar bahut khushi hui:-)
Wassalam!!!

putera said...

salam....saya ni kawan ishan...selalu tgk blog2 org jer....tapi teruja sangat tgk foto2 kat mesir specially kat piramid tu....its my dream nak ke sana....melihat keajaiban org2 arab mencipta benda sebesar itu...

adie-ishmael said...

putera= salam...thanks...insya allah kalau ada rezeki putera juga akan dapat ke sana...menjadi impian saya juga untuk menjejaki binaan manusia yg hebat2 serata dunia,insya Allah...knapa tak update ur blog?

putera said...

abg adie...sory to say...i belum ada blog...berminat nak buat tp belum kesampaian.....memang best melawat tmpt yg menakjubkan tu....my pic penah sesat dlm blog mary...guess me...ishan lebih arif about me...salam

maicher said...

Read your article, if I just would say: very good, it is somewhat insufficient, but I am still tempted to say: really good!
runescape gold