Thursday, January 1, 2009

MAKAM IMAM AS SYAFIE

Selepas berkunjung ke Masjid Amru ibn Al A's kami meneruskan lawatan ke Makam Imam As Syafie pula yang terletak tidak jauh dari Masjid Imam As Syafie.Imam As Syafie atau namanya Muhammad bin Idris As Syafie adalah ahli fiqh Islam yang terkemuka.Beliau adalah pengasas mazhab Syafie yang menjadi ikutan penganut-penganut Islam di seluruh Asia Tenggara,sesetengah kawasan di India,sebahagian Mesir,Kurdistan,sebahagian Yaman,Daghestan di selatan Russia dan lain-lain lagi.Beliau dilahirkan di Gaza,Palestin pada tahun 767Masihi/150Hijri dan meninggal dunia pada tahun 820Masihi/204Hijri.Berketurunan Quraisy sama seperti Rasullulah dan banyak merantau mencari ilmu dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam.

biodata Imam As Syafie untuk tatapan pelawat...aku membelakangi Makam Imam As Syafie Rahimahullahu Taala...

dikatakan bahawa pagar kayu bermutu tinggi untuk makam ini telah dihadiahkan oleh para Muslimin dari India...

inilah gambar rupa makam Imam As Syafie yang sempat aku ambil melalui celahan pagar makam...aku memang telah sekian lama menyimpan hajat untuk ke makam beliau ini.Tuhan kabulkan juga niat aku itu...syukur...
Tidak berapa jauh dari makam Imam As Syafie,tanpa aku duga rupa-rupanya di sinilah juga terletaknya makam Syeikhul Islam Zakaria Al Ansari...

inilah makam As Syeikh Zakaria Al Ansari Rahimahullahu Taala...Beliau adalah ulama mazhab Syafie yang terkenal.Selama ini aku hanya sempat mengenali nama beliau sewaktu belajar kitab fekah mazhab Syafie jer...Sewaktu pengajian kitab Fathul Muin,kami sering membahaskan pandangan-pandangan beliau bersama guru kami Al Fadhil Al Ustaz Muhammad Daud Al Iraqi.Aku benar-benar tidak menyangka dapat bertemu makam beliau suatu waktu nanti...alhamdulillah,syukur pada Allah.Moga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin...

Masjid Imam As Syafie...di sinilah Imam As Syafie dan As Syeikh Zakaria Al Ansari dimakamkan...aku sempat solat sunat 2 rakaat di masjid ni...alhamdulillah.

8 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ADIE BHAIYYA,

Pssttt, yang dok posing depan makam Imam Syafiee tu pun mukanya penuh nur dan kesucian maaatcham Imam Syafiee jugak. Boleh tanya sikit...apa rahsianya? Konpom bukan sebab buat botox ataupun dok langgah ayaq rumman hari-hari kan?!!! Ceghita la sikit rahsia abg tu....hehehe;-)

DarcyDiaries said...

ehem ehem ehem...
asyik posing aja!

Takpe laa...ada peluang jalan2 kat bumi anbiya' kan?

adie-ishmael said...

ishan=salam...siapa lah kita untuk dibanding bandingkan dengan Imam As Syafie...

darcydiaries=betul tu Mesir bumi anbiya...jangan lupa,Mesir juga bumi orang-orang jahat seperti Firaun,Haman dan Qorun, juga polis-polis dan imigresen yang suka minta rasuah...kalau tak sebab ada Univ Al Azhar dan Makam para Ulama dan para Anbiya' di sana,Malaysia 1000kali lebih baik dalam banyak aspek dari Mesir,walaupun ada orang tabiatnya selalu suka kutuk negara sendiri...

Zuer said...

alhamdullilah....dapat jugak g makan Imam as syafie...

chef atan said...

adie
maknanya ke 2 makam tersebut dalam masjid lah yer???

handmade jewelry said...

how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!

adie-ishmael said...

yup...tp makam Imam Syafie di ujung sebelah kanan masjid...dalam satu binaan.

superior said...

louis vuitton uk