Wednesday, February 11, 2009

PULAU SIPADAN

Sejak sekian lama aku telah bercita-cita untuk menjejaki setiap pulau yang boleh diakses di Malaysia ni.Setakat ni banyak la juga pulau yang telah aku jejaki.Sekarang ni pun aku tinggal di pulau( Pulau Langkawi).Dalam banyak-banyak pulau tu terdapat 5(lima)buah pulau yang aku rasa agak istimewa dan unik.Satu di Melaka iaitu Pulau Besar dan empat lagi di Sabah iaitu Pulau Sipadan,Mabul,Bum-bum dan Sebatik...Apa yang istimewanya tu,biarlah aku dan diriku jer yang tahu...hehehe...Dalam entry kali ni aku akan ceritakan tentang kunjungan aku ke Pulau Sipadan dan Pulau Sebatik di Sabah.
sebahagian pemandangan resort yang kami menginap di bandar Semporna...ikan berenang-renang di celahan tiang resort...
semalam rm75(tujuh puluh lima ringgit)...Dragon Inn Resort namanya...rm37.50 je sorang, kongsi ngan roomate...hehehe sebahagian dari bandar Semporna...kelihatan Masjid Daerah Semporna yang indah itu...mojoriti penduduk Semporna terdiri dari suku kaum Bajau yang beragama Islam(95%). setelah bermalam di resort ni,seawal pagi kami bersiap sedia menunggu speed boat yang akan membawa kami ke Pulau Sipadan... dengan lajunya boat memecut meninggalkan Semporna menuju ke Sipadan...
alhamdulillah...sampai juga aku ke Pulau Sipadan ni...sebelum ni hanya sempat menonton di tv ajer...aku juga sempat pusing mengelilingi pulau ni dengan berjalan kaki...aku,Sam dan Azhar...kami sedang menyangkut perut di atas signboard Pulau Sipadan tu...hehehe...bersiap-siap untuk snorkelling...kalau nak diving mesti ada lesen dulu... sebahagian daripada aktiviti snorkelling kami...sayangnya banyak gambar-gambar yang diambil telah terhapus atas sebab-sebab teknikal...ini jer yang ada...pada hari berikutnya kami berempat(Aku,Azhar,Surip (yang berkaca mata berbaju biru)dan Sam)berpatah balik ke bandar Tawau dan bermalam 2 malam pula di situ...Untuk makluman,kalau dari Semenanjung nak ke Pulau Sipadan,airport terdekat ialah di Tawau,kemudian kita harus melalui jalan darat sejauh 80km ke Semporna...Semasa di Tawau kami sempat ke Pulau Sebatik.Pulau Sebatik adalah sebuah pulau yang terbahagi dua.Bahagian utara yang berkeluasan 187.23km persegi adalah di bawah pemerintahan Malaysia. Manakala di bahagian selatan dengan keluasan 246.61km persegi adalah di bawah pemerintahan Propinsi Kalimantan Timur,Indonesia.Perjalanan dari Tawau ke pulau tersebut cuma memakan masa 15minit saja.Dari kuala sebatang sungai, kami menyusuri sungai tersebut yang berpaya bakau untuk ke sempadan Malaysia-Indonesia... bot menyusuri sehingga ke hulu sungai...apabila sungai semakin sempit dan tak dapat lagi dilalui oleh bot,kami berjalan pula menuju sempadan atau perbatasan mengikut istilah Indon,kalau istilah orang Kedah dipanggil perenggan...hehehe...jaraknya lebih kurang 1.5km. akhirnya sampai lah kami ke sempadan Malaysia- Indonesia yang terletak di sebuah kampung yang bernama Aji Kuning...perhatikan di belakang aku tu terdapat pondok pos kawalan sempadan atau pos lintas batas mengikut istilah Indonnya...hanya terdapat pos kawalan tentera Indonesia jer,Malaysia punya pengawal tak der pun...pihak Indonesia lebih prihatin dan patriotik dalam soal kedaulatan negara mereka...kedatangan kami sedikit menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk kampung tersebut terutama pihak tentera atau militer Indonesia...
kami berhenti rehat di sebuah kedai minum yang terletak di atas garis sempadan Malaysia-Indonesia sambil berbual-bual dengan masyarakat tempatan.Kebanyakan dari mereka adalah berketurunan Bugis yang semestinya beragama Islam.Penduduk Tawau juga ramai dari kalangan masyarakat Bugis dari selatan Pulau Sulawesi.Kemudian kami didatangi oleh seorang pegawai tentera Indonesia yang lengkap dengan uniformnya yang kemas rapi...beliau datang untuk berbual-bual sambil minum-minum dengan kami...barangkali untuk memastikan bahawa kami bukan bertujuan jahat ke situ...atau sebagai perisik...agaknya...hehehe...dari perbualan dengan beliau kami dapat tahu bahawa beliau berasal dari Jawa Timur...kemudian dia bertanya Sharif adakah orang Jawa...kawan kami si Sharif tu bukan lah ada kena mengena dengan Jawa langsung..dia berasal dari Ipoh,Perak...tapi kalau orang Jawa tengok muka dia mereka akan kata dia orang Jawa atau bercakap Jawa dengannya...masa kami ke Jakarta dulupun ramai orang-orang Jawa yang tertipu dengan wajah Jawanya...hehehe..sebab tu lah aku panggil dia Surip a.k.a Wak Surip...

ruang tamu rumah ni dalam negara Indonesia manakala bahagaian dapurnya pula dalam negara Malaysia...begitulah keadaannya dengan beberapa buah rumah lain di kampung ni...alhamdulillah,aku telah sampai di perbatasan paling timur negara Malaysia yang boleh dijejaki...korang bila lagi? hehehe...

25 comments:

nazzman ibrahim said...

ni bila punya cerita nihhhhhh bukan ka 2 tahun lepas ops

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Cantik sungguh Pulau Sipadan ni...terasa betapa agungnya ILAHI, Rab seluruh alam. Psstt abg, kamu nampak BELIA REMAJA dlm semua foto2 ini...mungkin kesan tempias ombak Laut Pulau Sipadan kot ye? ;-)

adie-ishmael said...

nazz=cerita lama...N3 baru...

ishan=ya ker...nanti abang belanja kamu RFC...hehehe

PUTUBAMBU said...

uihs..cantiknya...clear betul water tu..boleh nampak fish semua..

**rojak betul bahasa aku..

daela said...

abg adie,bila g pulau sipadan ni???shioknya...nak joint len kali buleh ark???hehehe...

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE...

RFC je? Tak mau la...dah selalu sgt makan, sampai muak jadinya. ISH nak abg belanja ROR (Rasa Oriental Radix)...BOLEHHHH?! Hehehe...demand betoi kannn;-)

Anonymous said...

wah.. best ke pulau2 ni....
insyaallah lin gi pulau ni bulan 5 nanti....
nak carik chalet tu lah...
bershare lagi... heheheeheh
mesti abg adie senyum ni...
kite2 je tau k..

shazali said...

waaah....

jom pi sekali nanti!

Zuer said...

bila plak abg adie pergi pulau sipadan nie?

adie-ishmael said...

putu=jangan sangka kelia wata no boya...hehehhe

daela=nanti ajak abang daela kita i reramai...

ishan=nanti kta pi makan situ

lin=yup...kiter2 jer tahu...ahaks

shazali=bila nak pi lagi tu?

zuer=zuer dah sampai situ lom?

Anonymous said...

cantik nya pulau sipadan tu ya... teringin nak pegi situ...

eh nak tanya ISH, RASA ORIENTAL RADIX tu kat ne?

mcm best je... hehehe...

IK

Ishan_Qureshi said...
This comment has been removed by the author.
Ishan_Qureshi said...

Salam ANONYMOUS @ IK,

Maaf, ISH dah silap,BUKAN RADIX RASA ORIENTAL tapi yg sebenarnya ialah RADIX ORIENTAL CUISINE. RADIX ORIENTAL CUISINE ni terletak di SUNGAI PETANI, tak jauh dgn Kedai kain La'Moda. Selain RADIX FRIED CHICKEN & RADIX ORIENTAL CUISINE, terdapat juga RESTORAN RADIX CHICKEN RICE di Amanjaya, Sungai Petani. Rasa nasi ayam ni mmg lain drpd nasi2 ayam lain...sedap hingga menjilat jari. kamu mesti cuba makan:-)

Wassalam

adie-ishmael said...

IK=silalah buat plan untuk pergi situ...menarik...oceanic island.

Anonymous said...

salam adie

ISH-terima kasih byk2 bgtau plan ke situ... rasa teruja nak ke situ. insya allah kalau diizinkan Tuhan, boleh temankan saya makan kat situ nanti ya.

IK a.k.a Chenta_Agung

Ishan_Qureshi said...

Salam IK,

Tiada masalah...selagi saya masih bernyawa:-) Bilang saja bila, insya-ALLAH saya temankan. Kalau boleh, ajaklah tuan empunya blog ni sama krn telah menumpang lalu di blog ni...tak gitu ABG ADIE? ;-)

Wassalam.

Anonymous said...

Pulau Sipadan dalam kenangan........

W.Surip

adie-ishmael said...

wak surip=bila kita nak pi jalan2 lagi...tapi hang dah menikah...mesti nak berkepit ngan bini jer kan???hehehe

Anonymous said...

salam adie,

ISH - salam ish. terima kasih kerana sudi utk temankan saya makan nanti. cuma perlu mencari masa yg sesuai atas kesibukan yg tak dapat nak dielakkan.

idea utk ajak tuan punya blog ini amat2lah dialu2kan... cuma entahkan sudi entahkan tidak...

IK a.k.a Chenta_Agung

Aleeza Zaily said...

G pulau sipadan, tapi tak snorkelling/diving.. cam tak complete jer..

Catz said...

aku dah lama teringin nak ke pulau sipadan...
cantiknyaaaaa.,...
bila entah nak sampai ke mari..

N A Z M I E S K I said...

Askm,
Thanks for sharing the view through your blog. Sedangkan saya dah duduk kat sabah berpuluh-puluh tahun lum lagi smpi di Sipadan.

Ahaks.....

Simple blog but full of Travel info. Keep it up. :)

takumi said...

hai...

nice report...

sebenarnya saya buat kajian kat kawasan pulau sebatik...dan lokasi dia betul2 kat kg. sg. aji kuning...hihihihihi or Desa Sei Aji Kuning...hihihih..hampir dua tahun saya buat research kat situ...yang awak lepak bersama kengkwan tuh kat rumah "ketua omar" kan?..hihihih...kat situ bukan sahaja rumah dibahagi dua but the identity also have two..hihihihi...

takumi said...

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/DSC02227jpg9.jpg[/IMG]


[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/DSC02231jpg8.jpg[/IMG]

Yastro said...

Saya pernah sampai ke Tawau dan Pekan Sampoerna tu...tp x sempat ke Sipadan dan jg ke pulau sebatik sana...sayang la sbb gambar kat pulau sebatik tu sikit sgt...pelik jg bila kata takde pengawal dr mesia...

http://yastro.blogspot.com/