Wednesday, August 20, 2008

WILAYAH PHANG-NGA

Pulau Phuket kami tinggalkan dengan 1001 kenangan manis.Walaupun sudah kali ke 2 aku ke Phuket tapi tetap nak datang lagi di masa depan,insya Allah.Sewaktu perjalanan pulang,kami melalui wilayah(kalau di Malaysia disebut negeri,dalam bahasa Thai disebut changwat)Phang-nga,Krabi,Trang dan Satun. Ini adalah Sarasin Old Brige,manakala di sebelah kanan pula Sarasin New Bridge.Jambatan lama digunakan untuk perjalanan keluar dari Phuket manakala jambatan baru digunakan untuk masuk ke Phuket.Selat Pak Pra memisahkan Wilayah Phang-nga dengan Wilayah Phuket... Dah sampai ke Changwat(Wilayah) Phang-nga...Pulau Phuket kami tinggalkan di seberang sebelah sana jambatan...tidak jauh dari jambatan tu ada deretan kedai menjual produk hasil laut.Syukri singgah beli sotong kering untuk makan di bulan puasa ni.Ini pula adalah sejenis makanan laut yg dikukus dari keluarga ketam.Tak pasti kat Malaysia ada ker tak.Ketam ni kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu maknanya ialah 'Ketam Yang Berjalan Betul/Lurus'!!!Rupa2nya ada ketam yg berjalan betul/lurus no!!!May be peribahasa seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul/lurus tidak dapat dipakai di Thailand!!!
Kami teruskan perjalanan.Kemudian singgah di Suamsuan Thaksin Nakarin.Kawasan yang kaya dengan bukit2 batu kapur...kereta kami boleh melalui di bawah gua batu kapur ni...
Setelah relax2 di Suamsuan Thaksin Nakarin,kami meneruskan perjalanan ke selatan...semasa di perjalanan kami nampak gerai menjual hasil laut&sungai,kami singgah la...kerang...ketam nipah...ketam dalam bahasa Thai=phulokan...belangkas...siput belitung...siput ni tak tau nama apa...tak sempat nak tanya penjualnya.Kat Malaysia ada tak? Sapa tau?Besaq-besaq ketam kat sini. Kami beli 8 ekor...Masih hidup tau...Nak rebus jer dan ratah! Kami bawa dapur dan periuk,tapi masa otw tu kami nampak kedai makan,perut pun dah lapaq so kami suruh tokey kedai makan tu jer yg rebuskan untuk kami...Syukri pula minat belangkas...yummie yummie katanyer...
Jumpa dalam entry berikutnya di Wilayah(Changwat)Krabi!!!

ilalliqak...

8 comments:

nazzman ibrahim said...

wahhhhhhhhhhh gelinya korang makan,kerang,ketam belangkas eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee meloya aku

adie-ishmael said...

nazz=yang halal kami bantai jer... yang haram baru la kami meloya uweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek!!!

Zuer said...

ermmm boleh bawak masuk keter ker dalam gua tu..
kang tak pasal2 runtuh plak gua tu..ehheh

kak ja said...

Salam Adie,

Kja pun tersgt2 gemarkan seafood.. guess that explains my uric acid level yg tak nak turun2 sejak zaman berzaman ni...

Adie penah makan siput kemudi? Kja rasa itu siput yg paling sedap dlm semua jenis siput..

adie-ishmael said...

zuer=tak akan runtuh punya,ada baca-baca la...hehehe

kak ja=siput kemudi tak pernah la kak ja,kalau kelemboi dan kedaya tu pernah la...

Cae said...

mmg syiok kalo naik kenderaan sendiri kan?! ketam dia mmg mengiurkan...

adie-ishmael said...

cae=i memang suka gila ngan ketam...kenderaan sendiri membuatkan kita rasa lebih bebas dan seolah2 berada di negara sendiri...

megat dewa said...

Tak gatai ka hampa makan menatang tu semua?