Wednesday, February 18, 2009

SANTAI DI HUJUNG MINGGU(PART 1)

Kehidupan di Langkawi ni akan terasa bosan dan hambar andainya kita tidak cuba aturkan aktiviti yang menarik.Sewaktu mula-mula datang ke sini dulu,aku telah menanam azam dan tekad untuk menjelajah segenap inci pulau ni...alhamdulillah,setakat ni banyak ler juga tempat yang telah aku explore.Namun sebenarnya masih banyak perkara yang menanti untuk aku lalui dan explore di Langkawi ni...Baru-baru ni aku dan kawan-kawan berkesempatan pergi beristirehat di Pantai Pasir Tengkorak yang terletak di utara Langkawi...Jom layan...
dah dekat nak sampai no...dah sampai pun... berdekatan pantai ada juga hutan lipur... pantai ni cantik dan airnya sangat jernih...rasa-rasanya paling jernih kat Langkawi kot... sewaktu kami datang ke sini airnya sedang surut tapi tetap best... berbaring atas pasir pantai sambil dipuput bayu laut...ralit dibuatnya...
bekal yang aku bawa...gulai ayam kampung perangat... untuk dicicah dengan roti...hmm...sedapnya...terima kasih kepada Tuan Imam Masjid Kg Gelam,Kedawang kerana bermurah hati menapau gulai tersebut sewaktu aku menziarahinya...bila perut kenyang...apalagi...zzzzzz...gendang gendut pokok sena,kenyang perut aku lena...hehehe.kawan-kawan aku dok mandi-manda...aku malas.
sebelum bertolak balik sempat snap beberapa keping gambar dulu...saudara Ishan Qureshi(rakan blogger aku) dah janji nak hantar kepada majalah mangga versi Bollywood kat Mumbai,kalau tak silap aku majalah tu nama Filmfare kot...ketua editor majalah tu abang ipar dia...
now,aku dah tahu kenapa yoga tu haram dan keji di sisi Islam...hehehe.

Wednesday, February 11, 2009

PULAU SIPADAN

Sejak sekian lama aku telah bercita-cita untuk menjejaki setiap pulau yang boleh diakses di Malaysia ni.Setakat ni banyak la juga pulau yang telah aku jejaki.Sekarang ni pun aku tinggal di pulau( Pulau Langkawi).Dalam banyak-banyak pulau tu terdapat 5(lima)buah pulau yang aku rasa agak istimewa dan unik.Satu di Melaka iaitu Pulau Besar dan empat lagi di Sabah iaitu Pulau Sipadan,Mabul,Bum-bum dan Sebatik...Apa yang istimewanya tu,biarlah aku dan diriku jer yang tahu...hehehe...Dalam entry kali ni aku akan ceritakan tentang kunjungan aku ke Pulau Sipadan dan Pulau Sebatik di Sabah.
sebahagian pemandangan resort yang kami menginap di bandar Semporna...ikan berenang-renang di celahan tiang resort...
semalam rm75(tujuh puluh lima ringgit)...Dragon Inn Resort namanya...rm37.50 je sorang, kongsi ngan roomate...hehehe sebahagian dari bandar Semporna...kelihatan Masjid Daerah Semporna yang indah itu...mojoriti penduduk Semporna terdiri dari suku kaum Bajau yang beragama Islam(95%). setelah bermalam di resort ni,seawal pagi kami bersiap sedia menunggu speed boat yang akan membawa kami ke Pulau Sipadan... dengan lajunya boat memecut meninggalkan Semporna menuju ke Sipadan...
alhamdulillah...sampai juga aku ke Pulau Sipadan ni...sebelum ni hanya sempat menonton di tv ajer...aku juga sempat pusing mengelilingi pulau ni dengan berjalan kaki...aku,Sam dan Azhar...kami sedang menyangkut perut di atas signboard Pulau Sipadan tu...hehehe...bersiap-siap untuk snorkelling...kalau nak diving mesti ada lesen dulu... sebahagian daripada aktiviti snorkelling kami...sayangnya banyak gambar-gambar yang diambil telah terhapus atas sebab-sebab teknikal...ini jer yang ada...pada hari berikutnya kami berempat(Aku,Azhar,Surip (yang berkaca mata berbaju biru)dan Sam)berpatah balik ke bandar Tawau dan bermalam 2 malam pula di situ...Untuk makluman,kalau dari Semenanjung nak ke Pulau Sipadan,airport terdekat ialah di Tawau,kemudian kita harus melalui jalan darat sejauh 80km ke Semporna...Semasa di Tawau kami sempat ke Pulau Sebatik.Pulau Sebatik adalah sebuah pulau yang terbahagi dua.Bahagian utara yang berkeluasan 187.23km persegi adalah di bawah pemerintahan Malaysia. Manakala di bahagian selatan dengan keluasan 246.61km persegi adalah di bawah pemerintahan Propinsi Kalimantan Timur,Indonesia.Perjalanan dari Tawau ke pulau tersebut cuma memakan masa 15minit saja.Dari kuala sebatang sungai, kami menyusuri sungai tersebut yang berpaya bakau untuk ke sempadan Malaysia-Indonesia... bot menyusuri sehingga ke hulu sungai...apabila sungai semakin sempit dan tak dapat lagi dilalui oleh bot,kami berjalan pula menuju sempadan atau perbatasan mengikut istilah Indon,kalau istilah orang Kedah dipanggil perenggan...hehehe...jaraknya lebih kurang 1.5km. akhirnya sampai lah kami ke sempadan Malaysia- Indonesia yang terletak di sebuah kampung yang bernama Aji Kuning...perhatikan di belakang aku tu terdapat pondok pos kawalan sempadan atau pos lintas batas mengikut istilah Indonnya...hanya terdapat pos kawalan tentera Indonesia jer,Malaysia punya pengawal tak der pun...pihak Indonesia lebih prihatin dan patriotik dalam soal kedaulatan negara mereka...kedatangan kami sedikit menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk kampung tersebut terutama pihak tentera atau militer Indonesia...
kami berhenti rehat di sebuah kedai minum yang terletak di atas garis sempadan Malaysia-Indonesia sambil berbual-bual dengan masyarakat tempatan.Kebanyakan dari mereka adalah berketurunan Bugis yang semestinya beragama Islam.Penduduk Tawau juga ramai dari kalangan masyarakat Bugis dari selatan Pulau Sulawesi.Kemudian kami didatangi oleh seorang pegawai tentera Indonesia yang lengkap dengan uniformnya yang kemas rapi...beliau datang untuk berbual-bual sambil minum-minum dengan kami...barangkali untuk memastikan bahawa kami bukan bertujuan jahat ke situ...atau sebagai perisik...agaknya...hehehe...dari perbualan dengan beliau kami dapat tahu bahawa beliau berasal dari Jawa Timur...kemudian dia bertanya Sharif adakah orang Jawa...kawan kami si Sharif tu bukan lah ada kena mengena dengan Jawa langsung..dia berasal dari Ipoh,Perak...tapi kalau orang Jawa tengok muka dia mereka akan kata dia orang Jawa atau bercakap Jawa dengannya...masa kami ke Jakarta dulupun ramai orang-orang Jawa yang tertipu dengan wajah Jawanya...hehehe..sebab tu lah aku panggil dia Surip a.k.a Wak Surip...

ruang tamu rumah ni dalam negara Indonesia manakala bahagaian dapurnya pula dalam negara Malaysia...begitulah keadaannya dengan beberapa buah rumah lain di kampung ni...alhamdulillah,aku telah sampai di perbatasan paling timur negara Malaysia yang boleh dijejaki...korang bila lagi? hehehe...

Sunday, February 8, 2009

PAK TONGKO

Salah satu kuih kegemaran aku untuk di makan sewaktu minum petang selepas pulang dari pejabat ialah pak tongko.Pak tongko ialah panggilan orang Kedah untuk kuih cakui. Orang Cina panggil Char Kue.Kalau dapat makan pak tongko ni dengan kopi 'o' panas,alangkah nikmatnya...hehehe.
pak tongko ni korang boleh cicah dengan kaya pandan...atau boleh juga dengan susu pekat... kat Langkawi ni kalau sesiapa nak makan pak tongko yang paling lazat,bolehlah korang pergi kat kedai berdekatan Bella Vista Hotel(dulu Tiara Hotel) tu.Aku selalu pi lepak sambil makan pak tongko kat kedai tu dengan kawan-kawan aku...sepinggan cuma rm2(dua ringgit) sahaja...

BUNGA PUDAK

Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni...kuih ni kita boleh dapati dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.
bahan-bahan untuk buat kuih ni sangat mudah iaitu tepung pulut,kelapa,garam,gula dan daun pandan...ramai orang yang tidak lagi mengenali kuih ini suatu ketika dulu,tetapi alhamdulillah hasil usaha pelbagai pihak kuih ini berjaya dikomersialkan. Kita boleh dapati di merata-rata tempat dengan mudah pada masa sekarang.Minggu lalu sewaktu aku pulang ke kampung,aku sempat singgah di R&R Gurun untuk membeli kuih ini sebagai buah tangan untuk mak aku.

Thursday, February 5, 2009

SENJATA MAKAN TUAN???!!!

Masih ingatkah kita bagaimana rakus,gelojoh dan kemaruknya DSAI nak jadi Perdana Menteri Malaysia?Tak sempat-sempat lagi beliau nak tunggu Pilihanraya ke 13...Aku masih ingat dan tak akan kulupakan...hehehe.Selepas jer Pilihanraya ke 12 lalu,BN masih juga dipilih oleh rakyat Malaysia secara demokrasi(walaupun sebelum Pilihanraya SPR dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan) untuk menerajui kerajaan pusat. Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor pula dikuasai oleh PR, juga secara demokrasi atas pilihan rakyat(mereka yang mempertikaikan SPR dulu tak pula tuduh menyeleweng!).Sebaik saja DSAI menang di Permatang Pauh(SPR juga tak dipertikaikan) dan beliau menjadi ketua pembangkang,maka gegak gempitalah bumi Malaysia dengan perkhabaran bahawa PR sedang mara ke arah membentuk kerajaan di peringkat pusat.Maka ke hulu dan ke hilirlah beliau mencanangkan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008...Perang saraf dilancarkan bertubi-tubi dengan mendakwa bahawa ramai wakil rakyat BN(yang dipilih oleh rakyat secara bermaruah dan sah dalam pilihanraya) akan melompat parti meninggalkan BN untuk menyertai PR.Maka kecut perut dan kecut telur(yang ada telur ler..hehehe...)serta gelabah biawaklah sesetengah pemimpin BN dengan telatah DSAI itu.Penyokong-penyokong PR pun dengan penuh keyakinan dan riang gembira memasang angan-angan bahawa pada tarikh keramat itu pasti DSAI akan menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada saat dan waktu itu penyokong-penyokong PR sedikit pun tidak pernah mempersoalkan betapa keji,kotor,busuk,jahat,zalim,hina dan hanjengnya tindakan serta perbuatan melompat parti itu.Bagi mereka, perbuatan melompat parti dari BN ke dalam PR pada ketika itu adalah suatu perbuatan yang mulia,wajar,baik,bagus,adil dan terhormat.Waktu itu, pendokong PR langsung tidak merasakan bahawa melompat parti itu suatu tindakan yang jelas memperleceh serta memperlekehkan hak dan suara rakyat.Apa yang penting DSAI mesti jadi Perdana Menteri.PR mesti menggulingkan BN untuk berkuasa dan menerajui pemerintahan Malaysia.Mereka lupa untuk menghormati pilihan rakyat yang masih mahu BN untuk memerintah Malaysia.Pelbagai tawaran,pujukan dan janji-janji telah cuba ditawarkan demi memastikan wakil-wakil rakyat BN melompat parti meninggalkan BN lalu masuk PR supaya PR berkuasa dan DSAI boleh naik tahta.Begitulah keadaannya sehinggalah ADUN Bota,Perak Darul Ridzuan dari BN(UMNO) melompat parti menyertai PKR.Perlakuan ini masih lagi dianggap mulia dan diraikan oleh PR dengan pujian,syukuran serta kegembiraan tanpa sedikit pun mereka(penyokong PR) berasa ianya adalah tindakan yang sangat tidak bermoral,keji,hina,hanjeng dan memperlekehkan kuasa dan pilihan serta hak rakyat yang beliau wakili....
Tiba-tiba,bila ADUN PKR dan DAP keluar parti PR dan mengisytiharkan lompat ke dalam BN,sehingga menyebabkan kerajaan Perak Darul Ridzuan yang dikuasai oleh PR(hasil pilihan dan sokngan rakyat secara sah) runtuh hancur,terus timbul suara cacian,keji-kejian,kutukan dan marah-marah menyatakan bahawa melompat parti itu adalah tindakan jahat dan tidak adil...mereka yang melompat parti dicop sebagai jahat,keji,busuk dan hanjeng...jahatnya seolah-olah sama macam murtad keluar Islam menjadi kafir!!! Kenapa pada masa DSAI menggila mahukan wakil BN melompat parti ke dalam PR dulu mereka(penyokong PR) tidak merasakan ianya perbuatan keji lagi tidak bermoral??? Adilkah? HAKIKAT:
(1)Melompat parti tidak kira samada dari BN ke PR atau dari PR ke BN adalah tindakan yang tidak adil dan tidak bermoral.
(2)Jelas bahawa politik Machiavellism masih diamalkan oleh semua parti di Malaysia,BN mahupun PR.Malah parti yang mengaku bersifat Islamic pun tidak terkecuali...mengapakah mereka tidak menasihatan sekutu mereka untuk lebih bermoral dan berakhlak?
(3)Perlu adanya undang-undang yang tidak membolehkan mana-mana wakil rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang yang mewakili mana-mana parti politik sewenang-wenangnya melompat parti.
(4)Pilihanraya semula haruslah diadakan dan calon yang telah melompat parti tersebut haruslah tidak dibenarkan bertanding untuk kerusi berkenaan.
Firman Allah Taala:
Katakanlah(wahai Muhammad):"Wahai Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan,Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali 'Imran:26.

Tuesday, February 3, 2009

MASJID AL AZHAR

Sewaktu di Mesir,banyak juga masjid bersejarah yang sempat aku ziarah dan bersolat.Semoga masjid-masjid tu akan menjadi saksi bagi pihak aku di akhirat nanti bahawa aku pernah bersembahyang di dalamnya...amin...
salah satu masjid yang nak sangat aku ziarahi ialah Masjid Al Azhar...ianya dibina pada tahun 972Masihi(361H) oleh seorang panglima perang yang bernama Jawhar Al Sequili atas arahan khalifah Muez li Dinillah iaitu khalifah kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah.Ia dinamakan al Azhar sempena gelaran puteri Rasulullah iaitu Fatimah Al Zahraak.(al Zahraak gelaran untuk perempuan manakala untuk lelaki disebut al Azhar). Al Azhar pada peringkat awalnya menjadi pusat pertemuan dan perbahasan ilmiah para pelajar Syiah. Ianya kemudian menjadi institusi pengajian tinggi pada zaman itu. Kuliah pertama dimulakan pada tahun 975Masihi.Universiti Al Azhar mula wujud dari kelas-kelas pengajian di dalam masjid ini sehinggakan ianya diktiraf sebagai universiti pertama di dunia.(Walaupun ada juga pandangan yang mengatakan bahawa universiti pertama di dunia ialah Universiti Al Qairawan,Maghribi).Selepas Salahuddin Al Ayyubi mengambil alih pemerintahan Mesir dari kerajaan Fatimiah,mazhab rasmi negara telah ditukar kepada Ahl Sunnah Waljamaah.Maka bermulalah tradisi pengajian berlandaskan fahaman Ahl Sunnah Waljamah di Universiti Al Azhar.Salahuddin Al Ayyubi sendiri adalah dari kalangan Ahl Sunnah Waljamaah yang mengikut mazhab Syafie seperti kita di Malaysia. courtyard atau sahn masjid... pintu masuk utama Masjid Al Azhar...korang nampak tak kereta tu? Ada apa-apa yang korang nak katakan?hehehe... mimbar dan mihrab Masjid Al Azhar...aku sentuh tangga mimbar...ribuan para ulama telah menyentuh tangga mimbar ini sejak zaman berzaman dahulu sewaktu mereka naik untuk berkhutbah...mana la tau kot-kot tumpang berkat depa...hehehe...Amin.
di seberang jalan sana pula ialah pejabat pentadbiran Universiti Al Azhar...juga kelihatan teksi2 hitam putih...hitam putih tu warna teksi untuk Kota Kaherah...tempat lain warna teksinya pun lain...hanya kereta yang buruk jer leh dijadikan teksi...hehehe.Masjid Al Azhar dari kejauhan...
kemudian kami beredar ke Medan Al Imam Al Houssein yang terletak tidak jauh dari Masjid Al Azhar tu... makam Sayyidina Hussain bin Ali bin Abi Talib,cucu Rasulullah melalui anaknya Fatimah Az Zahraak binti Muhammad S.A.W...dikatakan di dalam makam ini hanya menempatkan kepala Sayyida Hussain sahaja,manakala badannya dimakamkan di tempat baginda dibunuh iaitu Karbalak,Iraq...Masjid Al Imam Al Hussain...pernah suatu waktu menjadi Masjid Negara Mesir sebelum dipindah ke masjid lain,di dalam masjid inilah terletaknya makam Sayyidina Hussain R.A...setelah penat berjalan dan berasa haus,kami singgah minum di kedai milik lelaki Afro-Arab ni...mula-mula minum jus buah-buahan campuran...
lepas tu minta apple susu pula...alhamdulillah...hilang dahaga!!!