Sunday, August 3, 2008

TEMASYA SUKAN SUNGAI 2008

Kemarin(semalam) telah diadakan Temasya Sukan Sungai di Dataran Tanjung Chali, di tepian Sungai Kedah,Alor Star.Dalam kesibukan sempat juga aku meluangkan masa dengan tujuan untuk santai santaian...Ada gambar2 yang dapat dikongsi ngan korang...silalah lihat.inilah Sungai Kedah yang sangat bersejarah itu.
Lokasi temasya

orang ramai mula memenuhi tebingan sungai.

para hulubalang istana sedang menanti ketibaan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah.hmm...tapi aku kurang pasti adakah depa ni hulubalang atau pun sida-sida istana!!!hehehe.kereta Tuanku Sultan dengan didahului oleh para hulubalang dan kumpulan gendang & serunai...
Tuanku Sultan dikejauhan...diarak hingga ke khemah di raja,orang terlalu ramai, tak dapat nak pi amik gambar dekat2.asap yang berkelon itu menandakan upacara perasmian pembukaan telah dimulakan...
Selepas perasmian pembukaan,acara diteruskan dengan lintasan kehormat perahu pasukan keselamatan.
dayung diangkat tanda hormat sebaik saja perahu melintasi khemah di raja yang berwarna kuning itu...

Bro Zaidi dari HARAKAH sedang beraksi ngan camera canggihnya...aku sempat berbual2 ngan dia dan bertanyakan harga camera dia tu. dengan penuh malu-malu kucing dia bagi tau aku harga lensa dia tu tak termasuk harga camera ialah RM49000(EMPAT PULUH SEMBILAN RIBU)yer!!!! alamak!!! itu sama dengan 123(seratus dua puluh tiga)kali ganda harga camera aku nie!!!! Kau tak dengki ker Hamdi tgk camera cam ni?? hehehe.

Dayung dan dayung lagi....


abang2 Bomba bersiap siaga membantu dan memberi pertolongan kepada sesiapa yang tertomoih ke dalam sungai...


tu dia...ramainya orang mai ke temasya ni...macam2 rupa punya dok ada...

Setelah berhempas pulas lawan mendayung perahu akhir nya keputusan seperti berikut...
rakan-rakan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menjadi johan kategori agensi agama.rakan2 dari pasukan Pegawai Tadbir Negeri(Kedah Civil Servant)menjadi johan kategori pegawai pentadbir mengalahkan pasukan pegawai tadbir persekutuan. ni pula wakil daerah Pendang,johan kategori daerah2...lain2 kategori banyak lagi,cukup la... pancaragam polis pun ada membuat persembahan sebagai halua telinga 'diconductkan' oleh abang polis India tu...nampak tak...?


sebaik saja habis lagu 'Bunga Tanjong' tetiba atok mat salleh yang merupakan tetamu di majlis ni minta kat abang polis India tu dia nak jadi conductor pula...korang nampak?!! wow!!grandpa tu dapat beraksi dengan sangat profesional...habis ja lagu...orang ramai tepuk tangan dengan meriah sekali...hehehe!!

Ini pula pakaian polis dulu2 diperagakan oleh adik2 polis junior. Meh kita lihat...





Hmm...mereka bergambar beramai2 selepas diminta..tp sayang,kecik sangat pic ni...sekian....

Ilalliqak...

10 comments:

kak ja said...

Salam Adie,

Tq bebnyak buat entry ni.. kja x penah pi tengok lumba2 perahu ni.. tengok kat cni pun kira ok lah...

*suka tengok uniform polis zaman dolu2 tu..

CATZ said...

wah..meriah..meriah...bestnya..tak pernah tgk lumba perahu betul2 mcm ni..pakain2 polis zaman dulu tuh cantek jugaklah..
nice photo lah adie..ehhh...RM49000???? ueeww.....sampai kiamat le aku tak mampu beli..huhuuhu

adie-ishmael said...

kak ja=salam kak ja...tahun dpan kak ja kena bawa anak2 pi tengok.
memang teruja tgk baju2 lama polis tu...

catz=memang meriah...tiap2 tahun dapat jemputan,tp baru tahun ni berkesempatan pi.suka juga baju polis tu...rm49k,mustahil aku beli...ahaks

Anonymous said...

giler ah die nyer lens..teringnin pegang..hehe..bnyk gmbr2 kt sini

adie-ishmael said...

arulz=nak pegang pun takut,kalo terosak macam mana nak ganti.

adie-ishmael said...

arulz=nak pegang pun takut,kalo terosak macam mana nak ganti.

Najib Ariyan Ali Basha said...

tu dia... masa cek kat sana takda lah pulak pesta pesta bagai yer... dah balik habis satu kedah berpesta... tapi kalau cek ada kat sana masa pesta2 ni haruslah lentok cair rosak abis dah... kan kan kan

adie-ishmael said...

BMadu=hah!!siapa yang cair bang?

PUTUBAMBU said...

wah ismadi..byk2nya gambor2 menarik..
best betul..

nama dataran tu uniklah.. "Dataran Tanjung Chali"
takde sejarah ke di balik nama tu?

huh..49k? gulp..!!
dapat kereta sebijik tu...

adie-ishmael said...

putu=tak tahu la apa sejarah sebalik nama dataran tg chali tu,tp mesti ada kan..
tu la rm49k...tanya dua kali bg nak pastikan tak salah dengar...