Thursday, January 29, 2009

MELAWAT MAKAM-MAKAM WALI

Pada 28 November 2008 lalu,kami bersembahyang Jumaat di Masjid Abu Al Abbas Al Mursi yang telah dibina pada tahun 1775. Di dalam masjid ini juga terdapat makam seorang wali Allah yang terkenal iaitu Abu Al Abbas Al Mursi...
mihrab Masjid Abu Al Abbas Al Mursi... inilah makam wali Allah, Abu al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al Mursi.Beliau dilahirkan di Murcia,Spain pada tahun 1219 Masihi dalam keluarga pedagang yang kaya.Selepas Andalusia termasuk Murcia jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1242 Masihi,beliau dan keluarganya berpindah ke Tunisia.Hanya beliau seorang sempat sampai ke Tunisia.Di Tunisia beliau bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas Tarikat As Syaziliah.Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria dan mengajar di situ.Beliau telah berkahwin dengan anak gurunya dan mendapat seorang putra dan dua orang putri.Selepas bapa mertuanya meniggal,beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As Syaziliah.Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi.
selepas solat Jumaat,terdapat jemaah yang berkumpul dan berwirid dengan wirid yang dikarangan Al Imam Abu Al Abbas Al Mursi...
aktiviti berjual-beli di hadapan masjid selepas solat Jumaat...

ini ialah makam wali Allah, Al Imam Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Said Al Busiri.Lahir pada tahun 1211 Masihi.Beliau adalah pengarang Qasidah Burdah yang amat terkenal di serata dunia termasuk di alam Melayu ini.Meninggal dunia pada tahun 1294Masihi... di hadapan Masjid Nabi Daniel...mihrab Masjid Nabi Daniel...tangga untuk turun ke makam Nabi Daniel yang terletak di bawah masjid...inilah makam Nabi Allah Daniel...ada ker patut depa buat tangga untuk turun ke bahagian bawah ni betul-betul di atas makam nabi yang mulia tu...ini pula makam Luqman Al Hakim yang terletak berhampiran makam Nabi Daniel...
ini pula ialah makam sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Abu Dardak atau nama sebenarnya Uwaimir bin Zaid Al Ansari Al Khazraji. Meninggal dunia tahun 32 hijrah dalam usia 72tahun.

3 comments:

arsaili said...

salam..pengalaman yg indah sekali

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Kaifa hal lak? Ermm, Nabi Daniel tu betul2 pernah wujudkah? Cuma ingin mendapat kepastian...huhuhu!

Wassalam:-)

adie-ishmael said...

arsaili=memang indah...

ishan=salam...wallahu a'lam bissowab...