Monday, March 16, 2009

RUMAH AGNES KEITH

Sebelum sampai ke Sandakan,kawan aku si ASM bukan main lagi sibuk mempromosikan Rumah Agnes Keith untuk aku lawati semasa di Sandakan nanti.Alhamdulillah,akhirnya aku berkesempatan menjejaki rumah yang menjadi sebutan ramai dan sering dikunjungi oleh para pelawat itu.Ianya berhalamankan rumput yang hijau,dinaungi pohon-pohon besar dan bersenibina setempat amat mendamaikan jiwa.Percayalah...
dengan adanya papantanda ni akan memudahkan pelawat sampai ke tempat yang dituju dengan jayanya...

dah sampai...bayaran masuk untuk pemilik MyKad ialah rm2.00. Kanak-kanak dan pemegang MyKad yang berumur 55 tahun keatas adalah percuma.Bukan pemegang MyKad dikenakan rm15.00. Rumah agam ini asalnya ialah kuarters pegawai kerajaan British yang dikenali sebagai Newlands.Ianya didiami oleh penulis Amerika yang sangat terkenal (bagi orang yang minat membaca jer la) iaitu Agnes Newton Keith (4 Julai 1901-30 Mac 1982).Beliau adalah penulis buku Land Below The Wind (1939). Dua buah buku lain yang menuruti kejayaan buku pertama ialah Three Came Home (1946) dan White Man Returns (1951). Buku Land Below The Wind dan White Man Returns telah ditulis oleh beliau di rumah ini sambil menikmati panorama indah Teluk Sandakan di hadapan dan Laut sulu di belakang rumah ini. Negeri Sabah diberi gelaran Negeri Di Bawah Bayu adalah mengambil sempena tajuk buku beliau Land Below The Wind itu. Rumah ini dibina semula sekitar tahun 1946/47 dan merupakan bangunan kayu kekal yang pertama dibina oleh kerajaan selepas Perang Dunia Kedua. Ianya dibina dengan rekabentuk dan di atas tapak asal rumah yang musnah semasa perang.Rumah ini telah menjadi kediaman bagi Agnes dan keluarganya.Suami beliau Henry a.k.a Harry George Keith adalah seorang pegawai pemulihara hutan kerajaan British.Hari ini rumah ini dipulihara dan ditukar menjadi rumah warisan serta menjadi selayang pandang tentang kehidupan pegawai Inggeris semasa Sabah dikenali sebagai Borneo Utara British dulu.ASM dan rakan-rakannya si IJM dan APY sedang masuk ke dalam Rumah Agnes Keith... pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah ni...tapi aku curi-curi juga...tetiba pengawal datang menegur aku dengan penuh sopan...rupanya ada cctv...hanya gambar ini yang sempat aku ambil...sarat dengan perabut dan perhiasan serta kelengkapan rumah zaman kolonial...cantik,tapi rugi sebab tidak dapat diabadikan melalui photo...store atau rumah amah di bahagian belakang...berdekatan dengan Rumah Agnes ni terdapat English Tea House & Restaurant...malangnya aku tidak sempat masuk...insya Allah kalau ke Sandakan lagi aku akan menikmati teh ala Inggeris kat situ...Menara Majlis Perbandaran Sandakan... Teluk Sandakan dan pulau-pulau di dalamnya...oleh kerana Bandar Sandakan berada di kawasan teluk menjadikan pantainya tidak berombak...pemandangan dari atas bukit yang menempatkan Rumah Agnes Keith.

13 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Wow, cantik sungguh rumah Agnes Keith tu. Psstt, bila nak buat entry pasal RUMAH ADIE pulak? ;-)

Salah satu impian ISH adalah untuk membina sebuah rumah tradisional Melayu yg menggunakan kayu sepenuhnya didedikasikan khas utk si DIA yg amat ISH sayangi & cintai. Walau apa pun yg terjadi ISH akan pastikan impian ini terlaksana jua bg membuktikan ketulusan cinta ISH terhadapnya. Ermmm, kalau abg terer design rumah, boleh la bagi cadangan design rumah kat ISH. Mana tau kot2 design tu menarik n boleh menghasilkan rumah yg cantik:-) Wassalam....

nazzman ibrahim said...

nice pic tu semua

daela said...

abg adie..bestnya umah tu kan???

Anonymous said...

cantik rumah tu...
ala2 british..
but kalo lin, lin suka rumah tradisional... dulu simpan impian nak rumah tradi tepi laut..

di kg halaman lin ada satu banglo britsh atas bukit... banglo ni dah lama but now tutup untuk renovate.. akan di buka bulan 6 thn ni.....

plan nak booking untuk sahabat2 lin and abg adie n sahabat baru di langkawi tu...kite buat bbq time...

insyaallah k.. nanti lin jemput abg adie n sahabat baru...(tak berani sebut nama tanpa izin tuannye).

PUTUBAMBU said...

ish..cantik yek rumah tu.. very the rumah kg...

perabot2 kayu semua...

adie-ishmael said...

ishan=semoga impian tu dikabulkan Allah Taala...amin

nazz=trima kasih...juga trima kasih kepada camera.

daela=ya...best gak kalo ada sebuah.

lin=boleh ajer...ajaklah sama sahabat baru Lin tu...may be dia suka...

putu=ya...cantik...umah kayu sekarang lebih mahal dari rumah batu...

manggisboy said...

adie..rumah agnes monica ada tak?

adie-ishmael said...

manggisboy=amar...saya juga banyak kali tersasul menyebut agnes monica sewaktu berbual ngan kawan2 pasal rumah ni...

Casper a.k.a wifee en.atan said...

adie
cantik la umah tu. landskap dia pun lawa....

adie-ishmael said...

casper=aku selalu dok berangan ada rumah macam tu...tepi laut...best kan?

DeaN said...

lain kali saya xperlu merujuk kepada tourism coz info kt dalam ni lebih banyak dan menarik..

teringin nak tengok2 tempat lain gak..
harap2 lebih banyak tempat yang menarik bakal di paparkan dalam ni..=)

adie-ishmael said...

dean=insya allah...sudi-sudilah ikuti blog ni dari semasa ke semasa...

Anonymous said...

cantik sangatt rumah AGNES KEITH . :D